DAP cuba salahkan UMNO dan sekali lagi.memperalatkan UITM sebagai modus operandi dengan menyatakan UITM gagal melahirkan perjuangan anak muda yang menghargai UMNO dalam merealisasikan sebuah Universiti yang dibentuk untuk membantu orang melayu yang tidak mendapat belajar di pusat pengajian tinggi.
DAP merasakan bahawa mereka telah berjaya meracuni fikiran anak melayu dengan fahaman DAP yang komunis dalam usaha menindaskan orang melayu tambahan pula Lim Kit Siang berjaya memujuk pembantunya Dyana Sofea menjadi calon Pilihanraya kecil Teluk Intan dalam meraih sokongan orang melayu.
Lim Kit Siang dengan bongkak mengistiharkan bahawa Naib Canselor UITM, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah telah gagal dalam mencorakkan anak-anak muda di UITM dalam menyusun kembali agenda melayu di dalam idealisme anak - anak melayu sewaktu di UITM
HM merasakan bahawa Lim Kit Siang amat marah dan geram di atas UMNO membantu anak melayu dan bumiputera dengan memastikan mereka ke menara gading. Dan Lim Kit Siang berazam dengan kejayaan 2 orang alumni UITM memasuki DAP berteraskan fahaman komunis, dia akan pastikan DAP akan meneruskan kejayaan dalam meruntuhkan Ketuanan melayu dalam Perlembagaan Malayasia.
HM cuba menyalahkan UMNO dalam situasi ini sedangkan beliau tidak tahu kemasukan UITM adalah berdasarkan merit dan bukannya Fahamn Politik. Lim Kit Siang cuba mengaburi mata rakyat dan hanya mementingkan politik semata mata agar dia mendapat sokongan yang penuh dari rakyat cina.
Lucu apabila Lim Kit Siang bercakap tentang politik baru DAP yang kononnya berasaskan keadilan, kebebasan dan ketelusan serta urus tadbir yang baik akan menggantikan politik lama dengan melangkaui batasan kaum. Pemilihan CEC yang lepas menyaksikan ketidaktelusan dan ketidakadilan dimana mereka telah memanipulasikan undi sehingga menyebabkan DAP sekarang sebenar bertanding atas tiket yang tidak berapa nak sah memandangkan kes mereka dengan ROS masih lagi belum selesai sehingga ke hari ini.
Lim Kit Siang ini tidak habis-habis dengan perangai bongkak sombong chauvinist melampau. Sikap ini telah beliau terapkan ke dalam diri anak cucu beliau dan juga para penyokong tegar DAP. Mereka inilah bakal menjadi musuh utama negara yang akan tidak berhenti-henti memainkan isu perkauman untuk memusnahkan ketuanan Melayu bagi menganiaya Tuan Tanah Melayu secara berterusan.
No comments:
Post a Comment