Beberapa hari yang lepas, Dyana Sofya yang masih baru mentah telah terlepas cakap tentang dia tidak menolak hudud tetapi enggan memberikan persetujuan kepada perlaksanaan hudud seandainya dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.
Reaksi yang diterima DAP berhubung kenyataan Dyana Sofya itu tidak menyenangkan sekaligus mengganggu aliran sokongan kepada parti tersebut di akar umbi dan Dyana Sofya sendiri.
Kita tahu bahawa DAP pada kali ini ingin menaruh harapan yang besar terhadap pengundi melayu dan DAP telah melihat bahawa Dyana Sofya kalau dibiarkan mengeluarkan kenyataan, akan merosakkan sokongan Melayu dan Cina.
Dan kita dapat melihat tuntas peraturan baru dibuat dimana Dyana Sofya hanya boleh bercakap apabila Lim Kit Siang ada bersama-samanya atau dengan para pemimpin DAP yang lain Selagi boleh, Dyana Sofya tidak akan bercakap kecuali dibenarkan oleh pemimpin-pemimpin itu. Perkara paling utama yang paling tidak boleh diperkatakan atau disentuh oleh Dyana Sofya adalah HUDUD.
Pada masa yang sama, ibunya, Yammy Samat pula diberikan kebenaran dan laluan untuk menjawab untuk memadankan muka para pemimpin UMNO sepertimana yang dilakukannya terhadap Tun Dr. Mahathir menerusi The Malaysian Insider.
Keadaan ini membuatkan bahawa Dyana kurang dapat menyerlah secara konsisten dan akan memainkan isu Parti Perkauman sahaja dimana-mana ceramahnya dengan ditemaninya oleh Lit Kit Siang, Nga Kor Ming atau pemimpin pimimpin pusat. Terbukti bahawa Pemimpin DAP juga kurang yakin terhadap Dyana yang tidak faham dan lansung tidak berpengalaman.
Pengundi DAP dan PAS mula sangsi dengan pergerakan ini dan cuba senyap dengan harapan supaya rakyat tidak melihat kelemahan ini, Rakyat sudah bijak menilai, HM yakin Barisan Naisonal akan menang pada kali ini dengan Wakil Rakyat yang memahami masalah rakyat
No comments:
Post a Comment