Friday, May 23, 2014

ADUN PAS AKUI KEMENANGAN MAH JAMIN POST MENTERI KABINET #Prktelukintan #jompilihmah @p076telukintan

Mumtaz Mat Nawi Ahli dewan undangan Negeri Demit Kelantan mengakui bahawa Calon Barisan Nasional akan menjadi Menteri di dalam Kabinet jika menang Pilihanraya Kecil P076 Teluk Intan di dalam ceramahnya di Karnival Rakyat malam ini.

ADUN PAS ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa kekalahan PRU13 tidak bermaksud bahawa Barisan akan kalah tetapi memberikan seribu rahmat kepada seluruh pengundi di Parlimen Teluk Intan apabila Mah Siew Keong diberikan Jawatan Menteri di dalam Kabinet apabila menang Pilihanraya Kecil pada kali ini.

HM terkejut apabila ada rakan yang mendengar ceramah di Kubu Kuat PAS di Kampung Bahagia ini telah memecah rahsia manfaat yang amat diperlukan oleh pengundi. Apabila Mah Siew Keong menang dan Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk memberikan post menteri kerana Mah juga adalah Presiden Parti GERAKAN. Mah juga adalah berjiwa rakyat dan sudah pastinya Mah akan mengunakan kelebihannya sebagai Menteri kelak untuk membantu rakyat sebaik mungkin supaya bersedia menghadapi PRU14 Kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...