Tuesday, May 27, 2014

KANTOI !! #OmakKau @Nomy69 BOHONG KABURI MATA PENGUNDI PAKATAN TOLAK @Dyanasmd PENIPU #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JompilihMah




Blog Omakkau cuba mengaburi mata rakyat yang membaca blognya dengan kononnya ingin menegakkan benang yang basah akibat Dyana Sofya membohongi rakyat tentang perakuan seorang Peguam. HM faham bahawasanya mungkin Omakkau tidak faham atas kenapa dia ini tidak boleh membezakan Pengamal Undang-undang dan Peguam kerana mungkin tahap pendidikannya yang rendah.


Kenapa kita kata Dyana bukan seorang peguam?
Kita memang faham bahawasanya dia adalah seorang pengamal Undang undang tetapi jelas ditunjukkan bahawa Dyana adalah bukan Peguam adalah berdasarkan perakuan yang ditunjukkan dalam blog Omakkau ini yang telah tamat tempoh menyebabkan dia tidak boleh dipanggil peguam. boleh dilihat secara mata kasar dibawah:-


Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengetahui seseorang itu peguam atau tidak?
HM juga menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui bahawasanya dalam mengesahkan sama ada seorang itu peguam bela dan peguam cara dengan melayari laman sesawang Majlis Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my dan klik pada “Directories” atau membuat panggilan telefon kepada Sekretariat Majlis Peguam di talian 03–2050 2050.


Penjelasan Tamat Tempoh Diakui Dyana?
Penjelasan Dyana telah dibuat oleh dia sendiri mengatakan bahawa Sijil Perakuan telah tamat Tempoh. Dari segi undang-undang juga telah dinyatakan sendiri didalam perakuan seorang peguam adalah berlandaskan kepada perakuan yang disahkan serta ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi dan mempunyai tempoh yang ditetapkan mengikut sijil perakuan. Jika telah tamat tempoh, makanya Dyana tidak layak dipanggil Peguam dan hanya pengamal Undang Undang.

IBU JADI MANGSA KELUAR PERKASA AKIBAT @Dyanasmd BERBOHONG PADA MEDIA #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #jompilihmah


                         

Sebelum ini Dyana Sofya mengumumkan bahawa Ibunya, Yammy Samad bukan lagi ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan menyebabkan Yammy samad menyangkal ketidakjujuran anaknya dengan menengaskan bahawa beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau turut mengakui Dyana dijemput pada Majlis pelancaran laman web  Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.

"Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.

Pada 21 Mei Dyana telah membuat penafian mengenai pembabitan ibu beliau dalam Perkasa malah mendakwa ibunya tidak pernah hadir pada Mesyuarat Agong Perkasa sekaligus tidak pernah mendaftar sebagai ahli NGO Melayu itu. 

Dalam pada itu, Yammy turut menjelaskan, beliau tidak pernah sama sekali keluar dari Perkasa akan tetapi tidak lagi aktif apabila berpandangan NGO Melayu itu bertindak seolah-olah menjadi orang suruhan UMNO.






Mengikut kepada sejarahnya Yammy Samat kecewa apabila kalah bertanding 2 kali kalah bertanding Bahagian Ipoh Barat bagi pemilihan Ketua Wanita dan sebab itulah mengambil haluan untuk menyertai PERKASA dan Kenyataan itu boleh disangkal kerana terbukti ibunya pernah kalah 2 kali dalam sejarah pemilihan di Ipoh Barat dan sebab itulah beliau dilantik menjadi Ketua wiranita Penaja PERKASA.

Dan atas disebabkan oleh Dyana Sofya jugalah beliau terpaksa mengorbankan dirinya menjadi Ahli Perkasa yang setia pada perjuangan melayu. Alangkah gembiranya hati Lim Kit Siang apabila dapat merosakkan dua beranak ini demi mencapai kepentingannya demi merosakkan orang Melayu.

HM telah berikan contoh dan inilah pengajaran kepada orang melayu apabila diperalatkan orang Lim Kit Siang tanpa disedari. Kita tahu bahawa Lim Kit siang memang sangat rasis dalam DAP tanpa mengira apa juga keamanan negara yang berlandaskan Perlembagaan Negara.

WAJIB TOLAK DAP!!


CUBA TARIK HATI PENGUNDI CINA; @LimKitSiang SALAHKAN UMNO GAGAL KAITKAN ORANG MUDA DAN UITM #PRKTelukIntan @P076TelukIntan TOLAK @dyanasmd #jompilihmah



DAP cuba salahkan UMNO dan sekali lagi.memperalatkan UITM sebagai modus operandi dengan menyatakan UITM gagal melahirkan perjuangan anak muda yang menghargai UMNO dalam merealisasikan sebuah Universiti yang dibentuk untuk membantu orang melayu yang tidak mendapat belajar di pusat pengajian tinggi.

DAP merasakan bahawa mereka telah berjaya meracuni fikiran anak melayu dengan fahaman DAP yang komunis dalam usaha menindaskan orang melayu tambahan pula Lim Kit Siang berjaya memujuk pembantunya Dyana Sofea menjadi calon Pilihanraya kecil Teluk Intan dalam meraih sokongan orang melayu.

Lim Kit Siang dengan bongkak mengistiharkan bahawa Naib Canselor UITM, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah telah gagal dalam mencorakkan anak-anak muda di UITM dalam menyusun kembali agenda melayu di dalam idealisme anak - anak melayu sewaktu di UITM

HM merasakan bahawa Lim Kit Siang amat marah dan geram di atas UMNO membantu anak melayu dan bumiputera dengan memastikan mereka ke menara gading. Dan Lim Kit Siang berazam dengan kejayaan 2 orang alumni UITM memasuki DAP berteraskan fahaman komunis, dia akan pastikan DAP akan meneruskan kejayaan dalam meruntuhkan Ketuanan melayu dalam Perlembagaan Malayasia.


HM cuba menyalahkan UMNO dalam situasi ini sedangkan beliau tidak tahu kemasukan UITM adalah berdasarkan merit dan bukannya Fahamn Politik. Lim Kit Siang cuba mengaburi mata rakyat dan hanya mementingkan politik semata mata agar dia mendapat sokongan yang penuh dari rakyat cina.

Lucu apabila Lim Kit Siang bercakap tentang politik baru DAP yang kononnya berasaskan keadilan, kebebasan dan ketelusan serta urus tadbir yang baik akan menggantikan politik lama dengan melangkaui batasan kaum. Pemilihan CEC yang lepas menyaksikan ketidaktelusan dan ketidakadilan dimana mereka telah memanipulasikan undi sehingga menyebabkan DAP sekarang sebenar bertanding atas tiket yang tidak berapa nak sah memandangkan kes mereka dengan ROS masih lagi belum selesai sehingga ke hari ini.
Lim Kit Siang ini tidak habis-habis dengan perangai bongkak sombong chauvinist melampau. Sikap ini telah beliau terapkan ke dalam diri anak cucu beliau dan juga para penyokong tegar DAP. Mereka inilah bakal menjadi musuh utama negara yang akan tidak berhenti-henti memainkan isu perkauman untuk memusnahkan ketuanan Melayu bagi menganiaya Tuan Tanah Melayu secara berterusan.


HOT!! @Dyanasmd MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENGUNDI SEBAB MENIPU?? #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #Jompilihmah


Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud wajib membuka permohonan maaf kepada seluruh pengundi Teluk Intan di atas ketidaktanggungjawabannya sebagai seorang yang profesional dan juga calon berbohong dan tidak menjelaskan perkara yang sebenar mengenai seorang peguam yang sah sebelum ini.

Tamparan hebat kepada Dyana selaku Calon DAP yang ditimpa pelbagai persoalan daripada wartawan yang tidak konsisten didalam memberikan jawapan  ekoran  Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” kata Haesreena yang dipetik portal televisyen web (web tv), Suara.TV.


Seorang  yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam. Haesreena yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya calon tidak berterus terang berkenaan dengan profesyen beliau secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” tegas Haezreena lagi.


Turut mempertikaikan kelayakan yang mengaku peguam Dyana ialah Penasihat undang-undang Persatuan Kebajikan Shah Alam, Ahmad Soffian Mohd Shariff .

Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP kelihatan terpaksa menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawap soalan media. Soffian, 27, berkata, seorang peguam wajib berdaftar dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk beramal dalam profesyen itu dan mewakili mana-mana pihak atau individu.

“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.

“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja. Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya yang juga dilaporkan portal tv web Suara.TV.


Soffian yang juga graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, secara dasarnya mana-mana firman guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja.

“Sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi. “Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggil sebagai seorang peguam."


“Tambahan pula dia (Dyana) hanya bekerja sebagai PA (pembantu peribadi) sahaja dan sejak bila seorang PA dikenali sebagai seorang peguam,” tegas Soffian.



HM merasakan bahawa apabila penjelasan demi penjelasan dibuat, seharusnya meminta maaf secara terbuka kerana ini melihatkan etika sebagai seorang pemimpin rakyat, jika Dyana tidak memohon maaf kepada pengundi, Lupakan sahaja keinginan menjadi Wakil Rakyat sebab Teluk Intan memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab keatas apa tindakan yang diambil.

TOLAK DAP, UNDILAH BN

Monday, May 26, 2014

PENGUNDI WAJIB TAHU #PEMBOHONGAN @Dyanasmd #jompilihmah

Pengundi perlu tahu dan memilih calon yang sesuai mengenai perbezaan di bawah.

TERKINI! PENGUNDI #PRKTELUKINTAN @P076Telukintan WAJIB TENGOK #jompilihmah Tolak @dyanasmd

Pengundi Teluk Intan wajib untuk mendengar manifesto yang ingin disampaikan oleh Datuk mah Siew Keong dibawah kerana inilah Manifesto yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Teluk Intan daripada Wakil Rakyat Teluk Intan. 

Sila Klik Pada Gambar dibawah:


UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

Sunday, May 25, 2014

TERBARU!! #PRKTelukIntan MANIFESTO #JompilihMah

BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN
1.Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda
2.Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak
3.Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

 PELANCONGAN
1.Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO
2.Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak
3.Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

KOMUNITI
1.Pusat komuniti di setiap taman dan kampung
2.Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar
3.Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia
4.Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas
5.Sebuah Universiti untuk Teluk Intan
6.Rumah mampu milik melalui PR1MA
7.Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

✅BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN
✅ UNDILAH BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...