Wednesday, January 27, 2010

PEKERJA MALAYSIA PERLU GARAP SIKAP BEKERJA SEPENUH HATI BAGI MEMENUHI TRANSFOMASI PENTADBIRAN NEGARA.


Saya juga tertarik dengan apa yang saya baca di dada akhbar berita harian hari ini yang meminta jasa baik pekerja Malaysia supaya benar-benar ikhlas dalam bekerja untuk meningkatkan ekonomi Negara dan membantu Negara mencapai Wawasan 2020. Kenyataan itu menyentuh juga tentang beberapa strategi yang dilakukan Perdana Menteri dalam mengubah seluruh jentera kerajaan supaya bertanggungjawab didalam tugas bagi mencapai tanda aras prestasi kerajaan dalam melaksanakan agenda Nasional untuk Rakyat dan Negara. Bagaimana ingin mencapai jika hanya sekadar slogan dan penanda aras diagung-agungkan jika pekerja Malaysia masih lagi alpa dan tidak bersungguh-sungguh dalam menguruskan pentadbiran, tidak kiralah sektor swasta ataupun sektor kerajaan?. Didalam buku “Reflection on Asia ” mengatakan bahawa kita di Malaysia ini mengagungkan-agungkan sikap pekerja jepun yang bersemangat kental, patriotik, dan disiplin dalam menjayakan pembangunan Negaranya walhal kita disini, dihantar kursus pun buat “endah tak endah sahaja”. Apakah kita ingin lihat kita ini sekadar menikmati kejayaan hanya baru peringkat pertama tetapi dari segi ekonomi kita masih lagi tidak mampu mengegar vendor antarabangsa?. Generasi kitalah sebenarnya yang mengisi kemerdekaan dan bukannya menikmati kemerdekaan yang dicapai. Kita sebenarnya perlu mengarap budaya mengejar kecemerlangan, kepantasan dalam membuat tindakan yang tepat dan berintegriti dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang, barulah kita mampu mencapai misi dan visi bekerja untuk memajukan Negara sehingga peringkat antarabangsa.

Adalah dilihat sekarang ini, tahun 2010 harus dijadikan tahun untuk semua pihak membuat perubahan anjakan paradigma yang jelas dalam mengejar ke arah mentaliti yang positif bagi membangunkan negara. Kesemua pihak(kerajaan dan swasta ) perlu bekerjasama dengan bersungguh-sungguh di atas landasan yang sama bagi memaksimumkan impak ekonomi negara. Diakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan dengan cabaran globalisasi yang mempunyai arus yang deras tetapi jika kerja digembleng dan cabaran ditangani bersama mungkin dapat diatasi bagi manfaat kita bersama. Jika benar kita dapat memanfaatkan ruang yang kita ada sekarang ini dan dapat kita bergerak di atas satu landasan yang sama, kita yakin hasrat kerajaan menjadikan 2010 sebagai tahun persediaan mencapai status negara maju mampu di realisasikan.

Tuesday, January 19, 2010

KKLW PERLU BERBUAT SESUATU..


"Walaupun secara realiti, cabaran serta kekurangan ini berat dan sukar, bukan bermakna ia tidak dapat diatasi. Jika kita halusi dan susun strategi dengan teliti, kita pasti dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," kata Dato' Seri Mohd Shafie Afdal

Saya melihat kementerian inilah paling kritikal dalam menjalankan amanah sepenuhnya kepada rakyat tetapi kita jangan lupa bahawa kementerian inilah satu-satunya yang juga mempunyai Universiti sendiri dan beberapa lagi pengajian tinggi yang berada dibawah naungannya iaitu MARA, seperti contoh UNIKL,GMI,KM,KPTM,MRSM,GIAT MARA selain Kementerian Pengajian Tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan kementerian ini bukanlah daripada kewangan tetapi dari segi kemahiran dan graduan yang sedia ada. Saya merasakan jika benar-benar kementerian ini ingin mengorak langkah,perlulah bergerak daripada graduan-graduan yang lahir daripada kementerian ini,inilah “income” sebenar kepada kementerian ini. MARA perlu digerakkan secara maksimum dengan kekuatan yang ada bagi membasmi kemiskinan. MARA perlu memperkasakan lagi pembentukkan mahasiswa dan pelajar dari Agensi ini dengan dunia TeknoUsahawan,Industri Teknologi dan sebagainya. Dengan cara ini, akan menambahkan aset daripada konsep (Graduan MARA+ Teknikal + Usahawan) akan membantu mengelakkan kemiskinan.Kekuatan Alumni Graduan MARA perlu diperhalusi sebenarnya bagi membantu meningkatkan dana didalam kementerian ini disamping membasmi masalah rakyat di kawasan luar Bandar. Ini adalah komen saya selaku bekas Graduan MARA mungkin ini salah satu cara untuk membantu Kementerian ini dalam mengembleng tenaga untuk memastikan visi dan misi kerajaan merealisasikan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa gagasan 1Malaysia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Monday, January 18, 2010

JANGAN MENYISIHKAN KEUPAYAAN MAHASISWA


"Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,"Datuk Saifuddin Abdullah.


Kerajaan Barisan Nasional perlu memahami dunia orang muda,khususnya Mahasiswa yang akan mengantikan barisan veteran bagi membantu mencapai agenda nasional Negara. Sejak dari dulu lagi saya melihat bahawa Mahasiswa ini pencetus idea dan suara Masyarakat kedua kepada kerajaan. Kerajaan sepatutnya tidak boleh menolak secara bulat-bulat idea mahasiswa ini, kerana mereka ini juga adalah salah satu kumpulan suara rakyat dan juga pengundi yang paling ramai di Malaysia. Pemimpin Barisan Nasional perlu memegang mereka sebagai rakan karib dalam membentukkan dasar untuk hak rakyat sebenarnya; kerana idea mereka ini kadang-kadang diluar jangkaan dan boleh diterima pakai untuk kebaikan semua pihak. Janganlah dicemuh dan memandang sebelah mata sahaja dengan pemikiran yang mereka suarakan untuk Barisan Nasional kerana hal ini mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional pada masa hadapan, seperti yang terjadi pada Pilihanraya ke 12, idea mereka perlu dihormati dan dilihat sebagai satu idea alternatif kepada keputusan dasar yang ingin dibuat.

Tetapi mahasiswa juga perlu menyuarakan dengan mengikut saluran-saluran yang betul, yang disediakan oleh kerajaan supaya mudah kerajaan menimbalbalik hak suara mahasiswa itu sendiri. Dan saya nasihatkan sebagai bekas pepimpin mahasiswa suatu ketika dahulu, kita perlu mempunyai semua jaringan dan kenalan yang ramai serta perlulah mempunyai fakta yang jelas dalam menyuarakan sesuatu isu tersebut agar suara kita dipandang tinggi dan mampu mengubah persepsi pemimpin negara masa kini.

Sunday, January 17, 2010

BARISAN NASIONAL MAMPU MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT


"Pokoknya kita akan memberi perhatian utama kepada soal fokus yang dihadapi rakyat, dan saya ingin menjelaskan komitmen pimpinan parti dan kerajaan BN dalam menyelesaikan masalah rakyat adalah komitmen 'total' bukan separuh hati.”Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dengan kata-kata ini perlulah rakyat faham bahawa Barisan Nasional tidak kisah dengan apa tindakan rakyat sebelum ini dan tetap meneruskan perjuangan dengan membela Hak Rakyat dan keharmonian rakyat secara keseluruhan. Barisan Nasional tidak memilih mana-mana pihak dan mengamalkan sikap “buang yang keruh ambil yang jernih” supaya rakyat selesa dan selamat di Malaysia ini. Barisan Nasional dan Rakyat sebenarnya bak kata orang-orang tua bagaikan "air dicincang tidak akan putus” kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menjaga rakyat di Malaysia ini sehingga akar umbi. Saya berpendapat,rugilah rakyat tidak mengunakan ikatan ini sebagai suatu jaminan untuk mendapatkan hak sebagai pengundi dan rakyat Malaysia. Lupakanlah sengketa lama dan bersatu sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga perpaduan di negara ini.

Saturday, January 16, 2010

MODEL EKONOMI BARU BANTU EKONOMI NEGARA

"Jika buat duit di luar negara, kita boleh membawanya ke dalam negara menerusi pelaburan. Ini bukan saja akan mengembangkan ekonomi negara, malah membawa kemakmuran ekonomi ke negara kita.” Datuk Seri Najib Razak


Didalam berita harian hari ini, Perdana Menteri Malaysia menyeru kepada semua syarikat Malaysia yang berjaya di luar Negara membantu menjayakan Model Ekonomi baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan ekonomi Negara. Saya melihat model ini adalah satu peluang pelaburan yang besar buat usahawan-usahawan Malaysia yang berjaya diluar negara dalam mempertingkatkan dan meluaskan lagi pasaran yang sedia ada. Model ini juga mampu membantu usahawan tempatan yang berpontensi meluaskan pasarannya ke luar Negara. Dengan cara ini,Malaysia mampu meraih nama diluar negara dengan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi diperkenalkan dan bersaing dengan syarikat-syarikat yang ternama di arena antarabangsa. Mudah-mudahan dengan model yang diperkenalkan dapat membantu usahawan-usahawan dan kesemua pihak perlu bekerjasama erat terutamanya kerajaan bagi menjayakan model ini untuk meningkatkan ekonomi Negara dan bukanlah hanya melepaskan batuk di tangga.

SUDUT PIDATO PENTAS TERBAIK UNTUK MENCARI CALON PELAPIS PEMIMPIN NEGARA


Sudut pidato yang diwujudkan kembali adalah amat baik bagi memastikan idealisme yang disuarakan Mahasiswa adalah salah satu saluran alternatif untuk kerajaan bagi memastikan penentuan dasar yang dirancang untuk Rakyat Malaysia adalah tepat dan ini juga mampu mengukuhkan kembali kegemilangan Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya, Mahasiswa adalah pemikir yang terbaik dan mereka ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencari pelapis yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan di masa hadapan. Saya amat-amat menyokong sudut pidato ini diwujudkan kembali.
Saya melihat bicara siswa di saluran RTM yang menengahkan segelintir Pemimpin MPP yang kadang-kadangnya pemimpin yang diberi peluang tidak mencerminkan sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi pemimpin akan datang, dan sudut pidato ini adalah salah satu saluran yang membuka ruang kepada semua pemimpin yang berpotensi untuk digilap menjadi pemimpin yang akan datang.
Saya juga menyeru agar semua pemimpin kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional supaya meneliti kesemua pemimpin yang mampu mengegarkan sudut pidato ini dengan baik dengan mengupas isu-isu semasa selepas ini diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional supaya barisan pemidato ini tidak beralih kepada kerajaan pakatan rakyat. Saya percaya dengan adanya sudut pidato ini dan kecekapan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional memberi peluang kepada pemidato yang berpontesi bekerjasama dengan kementerian akan mengukuhkan lagi Kejayaan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan.Terima Kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana membuka ruang yang luas kepada Mahasiswa menyuarakan hasrat mereka bagi memakmurkan Malaysia.

BERTANGGUNGJAWAB PADA APA YANG KITA LAKUKAN


"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng,"Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kadang-kadang tindakan kementerian itu betul juga bila kita melihat dari semua sudut, penangkapan seorang pengkritik dari Facebook adalah tindakan yang wajar hanya kerana untuk menjaga hak Perpaduan Malaysia yang berbilang kaum, hari ini pun saya menerima satu pesanan yang mempertikaikan perjuangan UMNO itu sendiri, malas nak jawab sebab soalan dia macam tidak tahu lansung tentang sejarah UMNO, kemudian kritik bagai nak rak. Profail dia pun hanya nampak macam rekaan semata-mata, kenapa rakyat Malaysia suka “baling batu sorok tangan”?, bagi saya itu amat menyedihkan. Kalau jika ingin mengkritik biarlah professional sikit, bertanggungjawab ke atas apa yang telah disuarakan. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri dan kadang-kadang apa yang kita buat itu akan memakan diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...