Saturday, January 16, 2010

SUDUT PIDATO PENTAS TERBAIK UNTUK MENCARI CALON PELAPIS PEMIMPIN NEGARA


Sudut pidato yang diwujudkan kembali adalah amat baik bagi memastikan idealisme yang disuarakan Mahasiswa adalah salah satu saluran alternatif untuk kerajaan bagi memastikan penentuan dasar yang dirancang untuk Rakyat Malaysia adalah tepat dan ini juga mampu mengukuhkan kembali kegemilangan Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya, Mahasiswa adalah pemikir yang terbaik dan mereka ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencari pelapis yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan di masa hadapan. Saya amat-amat menyokong sudut pidato ini diwujudkan kembali.
Saya melihat bicara siswa di saluran RTM yang menengahkan segelintir Pemimpin MPP yang kadang-kadangnya pemimpin yang diberi peluang tidak mencerminkan sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi pemimpin akan datang, dan sudut pidato ini adalah salah satu saluran yang membuka ruang kepada semua pemimpin yang berpotensi untuk digilap menjadi pemimpin yang akan datang.
Saya juga menyeru agar semua pemimpin kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional supaya meneliti kesemua pemimpin yang mampu mengegarkan sudut pidato ini dengan baik dengan mengupas isu-isu semasa selepas ini diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional supaya barisan pemidato ini tidak beralih kepada kerajaan pakatan rakyat. Saya percaya dengan adanya sudut pidato ini dan kecekapan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional memberi peluang kepada pemidato yang berpontesi bekerjasama dengan kementerian akan mengukuhkan lagi Kejayaan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan.Terima Kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana membuka ruang yang luas kepada Mahasiswa menyuarakan hasrat mereka bagi memakmurkan Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...