Monday, June 29, 2015

@rafiziramli TERNYATA BODOH BURUKKAN MARA @AnnuarMusa


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada gunanya untuk melayan tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.


“Perlukah saya melayan orang yang hanya mahu mendapatkan publisiti daripada menjalankan siasatan.

“Mereka yang mahukan publisiti akan pergi kepada pihak media manakala mereka yang mahu tindakan diambil dan juga keadilan akanm pergi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu bukanlah perkara baru dan saya pasti pihak berkuasa sudah maklum mengenainya.
Katanya, Rafizi ‘agak terlambat’ dengan dakwaan itu.

“Adalah lebih baik untuk membantu SPRM daripada cuba mendapatkan kritikan umum. Bagaimanapun, biarlah kita ambilnya secara positif,” katanya.

Menurut Annuar, beliau hanya akan menemui pihak media pada 2 Julai ini.

“Jika ada apa-apa yang perlu kita jelaskan (selagi tidak mengganggu siasatan), kita sedia untuk memberi penjelasan. Masyarakat perlu tahu kebenaran,” ujarnya.

Hari ini, Rafizi yang juga Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa MARA menggunakan lapan syarikat untuk memastikan pembelian hartanah di Melbourne tidak dapat dikesan.

Rafizi mendakwa, dengan menggunakan ‘lapisan’ syarikat ini, MARA dilihat seolah-olah cuba untuk menyembunyikan pembelian itu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...