Thursday, August 20, 2015

@tonypua SENYAP ISU SKANDAL RM30BILLION @azminali

Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor


1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP ).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.
Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.
Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. 

Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.
Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? 

Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?

 Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?


Wednesday, August 12, 2015

MATA WANG MEROSOT ADALAH ISU GLOBAL

Krisis Ringgit: Serangan Mahathir dan Kejumudan Sebahagian Rakyat


Sebilangan rakyat negara ini mula keluh kesah kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat (US Dollar) pada masa sekarang pada tukaran RM 3.99 = USD 1.

Sebahagian mereka bukan pengimport, mempunyai hutang dalam USD mahu pun selalu melakukan perjalanan ke luar negara, namun mereka mencipta riuh rendah isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Kononnya kerana masalah 1MDB dan isu wang dana politik RM 2.6 Bilion maka matawang negara jatuh teruk.

Faktanya, Ringgit bukanlah satu-satunya mawatang dunia yang mengalami kejatuhan teruk. Malah, keghairan rakyat negara ini memburukkan kelemahan ringgit sangat memalukan dan menunjukkan nasionalisme dan patriotisme telah mati dalam diri mereka.

Kejatuhan matawang ringgit tidaklah seteruk mawatang Russia, Indonesia, India, Norway, Canada dan Australia. Malangnya, rakyat Malaysia tanpa mahu melihat fakta menyalahkan Mohd Najib Razak semata-mata dan berasaskan kesimpulan yang salah.

Sebenarnya, dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang kerana beberapa faktor berlaku serentak. Punca ini berasaskan faktor luaran dan dalaman.

Faktor Luaran:

KENAIKAN USD
1. Kenaikan USD secara mendadak. Dalam konteks sekarang faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh negara-negara terjejas seperti Russia, Malaysia dan Australia ialah pengukuhan USD yang drastik. Ini berikutan cadangan Amerika Syarikat (US) untuk meningkatkan kadar faedah pada Sepetember ini. Banyak pemegang matawang negara melepaskan pemegangan ringgit mereka kepada USD.

KRISIS EKONOMI CHINA
2. Krisis ekonomi China. China mengalami pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat sehingga dikhuatiri pasaran saham dan kewangan mereka hari ini ialah ruapan atau buih-buih sahaja (buble market) bukannya sesuatu yang nyata. Kenaikan matawang China yang terlalu tinggi merugikan eksport mereka dan kerajaan China mengambil keputusan menurunkan nilai matawang mereka.

Faktor Dalaman

KEBERGANTUNGAN EKSPORT KOMODITI DAN KEJATUHAN HARGA KOMODITI

Di samping itu terdapat faktor dalaman kepada negara yang mengalami kejatuhan matawang mereka. Negara-negara ini bergantung kepada eskport komoditi seperti minyak mentah, minyak kelapa sawit dan mineral. Kejatuhan harga komoditi ini turut mendorong kejatuhan matawang.

POLITIK YANG TIDAK STABIL
Di Malaysia sendiri, sungguhpun pengenalan GST membolehkan ekonomi negara lebih stabil dan tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak mentah dan minyak kelapa sawit, ketidakstabilan politik telah menyebabkan ringgit terus mengalami kejatuhan nilai.
Berikutan serangan bertalu-talu oleh bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh di negara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mewujudkan ketidakstabilan politik. Tindakan sebahagian rakyat cuba menunjukkan negara ini sedang dalam krisis kepimpinan menyebabkan pelabur hilang keyakinan. Para pelabur tidak pasti sama ada kerajaan ini akan kekal atau runtuh. Ini menyebabkan sebahagian pelabur melepaskan pegangan ringgit dan memegang USD atau matawang lain yang lebih kukuh dan mempunyai persekitaran politik dan ekonomi yang lebih stabil seperti Sterling dan Euro. Para pemegang matawang ringgit hilang keyakinan bahawa kerajaan ini akan kekal lalu melambakkan ringgit ke pasaran.

Rakyat Malaysia jangan salahkan sesiapa kerana mereka sendiri sebenarnya menghilangkan keyakinan pelabur kepada matawang ringgit apabila mula berkempen “jatuhkan Najib”, “tangkap najib” dan ugutan menurunkan Perdana Menteri melalui politik jalanan.

MYKMU.Net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...