Wednesday, February 19, 2014

PASIR SALAK MELUAT TENGOK BILA @tajuddinrahman MEMILIH BULU DALAM KAWASANYA SENDIRI !!? @Najibrazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanreal


HM terkejut apabila sahabat karib blogger Paritbuntar rebels (KLIK DISINI) membuka permasalahan kawasan kampung HM di Parlimen Pasir Salak dengan sikap YB Timbalan Menteri Pertanian yang menyusun belang menghukum ADUN yang di sanjung tinggi sebagai orang kanannya dahulu dan hanya disebabkan melawan semasa pemilihan UMNO yang lepas YB Timbalan Menteri menutup ruang dan hak YB Zainol Padzi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik untuk berkhidmat bakti kepada kawasannya. 

HM bukanlah ingin melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini tetapi, cerminan pemimpin YB Tajuddin agak kasar apabila khabarnya program Tahun Baru cina di kawasannya sendiri di Dewan Langkap anjuran MCA beliau mengumumkan jika penganjur memberi peluang ADUN berucap, beliau tidak akan hadir malah tidak akan menurunkan peruntukkan kepada rakyat di kawasannya tetapi apabila ADUN luar kawasan berucap dibenarkan pula.  Lagi diceritanya oleh orang kampung mengenai ADUN ini juga tidak dibenarkan turun ke sekolah akibat dendam kesumat YB Tajuddin kepada YB Zainol satu ketika dahulu sehingga terpaksa masyarakat turun ke pusat khidmat menerima bantuan ADUN dari segi kelengkapan belajar di sekolah


Rakyat disini sebenarnya merintih simpati dan memerlukan "Yang Berhormat" yang tidak memilih bulu dan sanggup bersama rakyat dan mengenepikan kepentingan tamak haloba diri sendiri.

Sudahlah anak YB Tajuddin memenangi Ketua Pemuda melonjakkan presepsi bahawa Tajuddin ingin mengukuhkan kedudukannya dengan cara ala-ala samseng kononnya. Saya bukanlah meniat untuk memburukan keadaan tetapi HM sayangkan parti keramat ini dan sebab itulah HM ingin menegur.

Tidak perlulah akibat pertelingkahan didalam pemilihan dibawa sehingga hari ini kerana dunia kita semakin mendesak dengan pelbagai isu. YB Tajuddin seharusnya sebagai Ketua Bahagian menyusun kembali saf kepimpinan Bahagian Pasir Salak dan bukanlah mengugut rakyat supaya tidak bersama dengan YB Zainol Padzi didalam memastikan kejayaan Barisan Nasional di Parlimen Pasir Salak. Janganlah akibat sengketa terdahulu dipanjangkan dan janganlah akibat dendam terdahulu dibawa sekarang. Kita tidak inginkan kawasan Kubu Kuat ini jatuh ketangan orang lain, tegadai seluruh nikmat yang ada akibat dengan diantara sesama kita.

Generasi muda melihat gelagat kita dan janganlah itu menjadi ekoran mereka apabila mereka menjadi pemimpin kelak. Jika itu yang dibawa, nescaya hasil usaha kita terdahulu akan mengalir ke tangan yang lain dan akhirnya kita tergadah dibumi sendiri.

Tuesday, February 11, 2014

LAGI KORUPSI PAKATAN RAKYAT @Anwaribrahim DIAM DAP "BALUN" HARTA YAYASAN SELANGOR #PRKKajang @TengkuAdnanReal

Pendedahan blog DAP Insider, di sini mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas.



Berdasarkan sumber blog di atas, penglibatan Teresa Kok di dalam amalan korupsi melibatkan 'proxy' beliau selama ini. TS Khalid telah membawa perkara ini ke pengetahuan pemimpin tertinggi DAP, dan perkara ini telah menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Amalan korupsi ini termasuklah satu projek yang bernilai RM1billion yang dianugerahkan kepada syarikat milik asing ke atas 2 lot tanah di Dengkil dan Kuala Kubu yang terletak di dalam daerah Sepang dan Hulu Langat.

Yayasan Selangor mempunyai 2 lot tanah, satu di Dengkil di bawah daerah Sepang dan satu lagi di Kuala Kubu Baru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil yang berkeluasan 15.17 ekar (PT 39693) telah disewakan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan kadar sewaan RM25 ribu sebulan. Manakala tanah di Kuala Kubu Baru (PT 521) yang berkeluasan 40 hingga 50 ekar telah disewakan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menempatkan 2 kem dengan kadar sewaan RM700 ribu sebulan, yang mana merupakan penyumbang keuntungan kepada Yayasan Selangor.

Pada 14/12/2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat Hasrat (Letter of Intent) daripada Goldsino Investment Development Limited yang berasal dari Zhuhai, China, untuk memulakan projek yang dikenali sebagai 'Solar Photovaltaic Power Plant' di atas kedua-dua tanah tersebut. Cadangan yang dikemukakan adalah menyewa kedua-dua lot tanah tersebut selama 25 tahun dan projek berkenaan dianggarkan bernilai RM1 billion. Dalam mesyuarat pengenalan, kedua-dua wakil daripada Goldsino Investment Development Limited telah memaklumkan bahawa mereka mengenali Teresa Kok.

Fakta yang menarik dicatatkan di dalam Surat Hasrat daripada Goldsino Investment Development Limited kepada Yayasan Selangor adalah kenyataan "We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project (Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Yayasan Selangor kerana menjemput pihak kami untuk terlibat dalam projek di atas)". Ini menunjukkan perbincangan awal telah dibuat di antara Teresa Kok dengan wakil daripada Goldsino Investment Development Limited (merujuk kepada Kok Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited (Malaysia)).

Lanjutan daripada itu, pada 19/12/2011, Hafidah Haron, Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Harta dan Pembangunan di Yayasan Selangor telah mengeluarkan satu memo kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk melakukan semakan ke atas syarikat Goldsino Investment Development Limited. Pada 22/12/2011, Yayasan Selangor telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Goldsino Investment Development Limited yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan engurus Besar yang dilantik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada 27/12/2011 pukul 10.00 pagi, Yayasan Selangor telah mengadakan mesyuarat dengan Goldsino Investment Development Limited, di Bangunan Yayasan Selangor. Seramai 8 orang pegawai telah mewakili Yayasan Selangor dan Kok Chee Keong secara perseorangan mewakili Goldsino Investment Limited. Memeorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) telah dibincangkan untuk menangani isu berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Surat Hasrat telah diserahkan kepada Presiden, Goldsino Investment Development Limited dalam mesyuarat bertarikh 28/12/2011. Penyerahan Surat Hasrat dalam masa yang amat singkat telah membuktikan bahawa projek ini adalah berdasarkan Runding Terus (Direct Negotiation). Tiada tender terbuka diiklankan di dalam laman web Yayasan Selangor berkaitan dengan projek ini. Sehingga kini, tiada perbincangan lanjut telah dibuat berkaitan keuntungan yang dijana oleh Yayasan Selangor selepas kedua-dua tanah lot diserahkan kepada Goldsino Investment Development Limited.

Persoalannya, cadangan Projek Solar amat mustahil dan tidak masuk akal kerana Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB. Projek Rundingan terus juga adalah bercanggah dengan polisi PR berkaitan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Apa kaitan Goldsino Investment Development Limited dengan Teresa Kok? Kok Chee Keong telah menyatakan bahawa beliau amat mengenali Teresa Kok dalam satu mesyuarat. Nantikan pendedahan seterusnya mengenai Cock dan Kok di dalam artikel seterusnya bersama dokumen sebagai bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah dilakukan oleh Teresa Kok.



Sumber: khairulryezal

Thursday, February 6, 2014

PAS TIDAK SUKA @Anwaribrahim TANDING DI KAJANG PULA UNTUK JADI MENTERI BESAR? @tantawi100

SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,
Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

"Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

"Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi," katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.

"Lajnah Politik Pas Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan Adun Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi Dun Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan.

"Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK Dun Kajang yang bakal diadakan kelak," katanya

SUMBER: Sinar Harian Online

PKR TERBUKTI GOYAH, KERAJAAN SELANGOR GOYAH, @Anwaribrahim RANCANG , @Rafiziramli KATA TIDAK PULA RANCANG

#PRKKajang [Video] Rafizi kata tak rancang, Anwar kata rancang #schizophrenic #amnesiac #geneticalLIAR
 


TIDAK DIRANCANG PULAK DAH? Ish, ish, ish - Pemimpin PR ni mungkin schizoprenic atau amnesiac atau genetically a liar..




Sumber: TUNFAISAL

Tuesday, February 4, 2014

@anwaribrahim BERTANDING DIKAJANG, ADUN HUTAN MELINTANG LETAK JAWATAN @hairul_own @mbnizar @Zahid_Hamidi @TengkuadnanReal @Najibrazak



Terkini HM baru menerima berita gempar sekali lagi daripada AgendaNews, ADUN Pakatan Rakyat Perak meletakkan jawatan dalam parti Keadilan setelah baru-baru ini ADUN Kajang meletakkan jawatan tanpa bersebab dan berkemungkinan hilang kepercayaan terhadap kebolehan Parti Keadilan .

YB Kesavan Subramaniam menghantar surat kepada Speaker DUN Perak memberitahu bahawa ingin keluar daripada PKR menyebabkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat berkurangan menjadi 27 berbanding 28 kerusi sebelum ini dan menguatkan lagi kedudukan Barisan Nasional dengan mendahului 31 Kerusi DUN Perak


Persoalannya:

1. Adakah surat ini lakonan semata-mata yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim?
2. Adakah Anwar Ibrahim akan cuba berpura-pura menyelamatkan Kerusi DUN tersebut?
3. Adakah Lakonan ini memang dirancang supaya mengalih pandangan umum terhadap kerusi panas Kajang  dan memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bersiap siaga menghadapi kerusi DUN Kajang?
4. Adakah ini muslihat Anwar Ibrahim akan menggunakan Tagline "Ini semua Agenda Barisan Nasional" supaya boleh menipu rakyat?
5. Adakah Kesavan akan menafikan surat tersebut dan kesemuanya adalah pengianayaan terhadap dirinya?


Kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...