Wednesday, February 19, 2014

PASIR SALAK MELUAT TENGOK BILA @tajuddinrahman MEMILIH BULU DALAM KAWASANYA SENDIRI !!? @Najibrazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanreal


HM terkejut apabila sahabat karib blogger Paritbuntar rebels (KLIK DISINI) membuka permasalahan kawasan kampung HM di Parlimen Pasir Salak dengan sikap YB Timbalan Menteri Pertanian yang menyusun belang menghukum ADUN yang di sanjung tinggi sebagai orang kanannya dahulu dan hanya disebabkan melawan semasa pemilihan UMNO yang lepas YB Timbalan Menteri menutup ruang dan hak YB Zainol Padzi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik untuk berkhidmat bakti kepada kawasannya. 

HM bukanlah ingin melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini tetapi, cerminan pemimpin YB Tajuddin agak kasar apabila khabarnya program Tahun Baru cina di kawasannya sendiri di Dewan Langkap anjuran MCA beliau mengumumkan jika penganjur memberi peluang ADUN berucap, beliau tidak akan hadir malah tidak akan menurunkan peruntukkan kepada rakyat di kawasannya tetapi apabila ADUN luar kawasan berucap dibenarkan pula.  Lagi diceritanya oleh orang kampung mengenai ADUN ini juga tidak dibenarkan turun ke sekolah akibat dendam kesumat YB Tajuddin kepada YB Zainol satu ketika dahulu sehingga terpaksa masyarakat turun ke pusat khidmat menerima bantuan ADUN dari segi kelengkapan belajar di sekolah


Rakyat disini sebenarnya merintih simpati dan memerlukan "Yang Berhormat" yang tidak memilih bulu dan sanggup bersama rakyat dan mengenepikan kepentingan tamak haloba diri sendiri.

Sudahlah anak YB Tajuddin memenangi Ketua Pemuda melonjakkan presepsi bahawa Tajuddin ingin mengukuhkan kedudukannya dengan cara ala-ala samseng kononnya. Saya bukanlah meniat untuk memburukan keadaan tetapi HM sayangkan parti keramat ini dan sebab itulah HM ingin menegur.

Tidak perlulah akibat pertelingkahan didalam pemilihan dibawa sehingga hari ini kerana dunia kita semakin mendesak dengan pelbagai isu. YB Tajuddin seharusnya sebagai Ketua Bahagian menyusun kembali saf kepimpinan Bahagian Pasir Salak dan bukanlah mengugut rakyat supaya tidak bersama dengan YB Zainol Padzi didalam memastikan kejayaan Barisan Nasional di Parlimen Pasir Salak. Janganlah akibat sengketa terdahulu dipanjangkan dan janganlah akibat dendam terdahulu dibawa sekarang. Kita tidak inginkan kawasan Kubu Kuat ini jatuh ketangan orang lain, tegadai seluruh nikmat yang ada akibat dengan diantara sesama kita.

Generasi muda melihat gelagat kita dan janganlah itu menjadi ekoran mereka apabila mereka menjadi pemimpin kelak. Jika itu yang dibawa, nescaya hasil usaha kita terdahulu akan mengalir ke tangan yang lain dan akhirnya kita tergadah dibumi sendiri.

1 comment:

Longchepoh said...

Dah lama tajuddin ni berlagak macam ketua mafia. Tu sebab orang meluat pada umno. Sebab dia seorang umno dapat nama buruk. Jenis macam ni patut dihapuskan dulu jika tidak umno akan jadi semakin lemah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...