Tuesday, February 4, 2014

@anwaribrahim BERTANDING DIKAJANG, ADUN HUTAN MELINTANG LETAK JAWATAN @hairul_own @mbnizar @Zahid_Hamidi @TengkuadnanReal @Najibrazak



Terkini HM baru menerima berita gempar sekali lagi daripada AgendaNews, ADUN Pakatan Rakyat Perak meletakkan jawatan dalam parti Keadilan setelah baru-baru ini ADUN Kajang meletakkan jawatan tanpa bersebab dan berkemungkinan hilang kepercayaan terhadap kebolehan Parti Keadilan .

YB Kesavan Subramaniam menghantar surat kepada Speaker DUN Perak memberitahu bahawa ingin keluar daripada PKR menyebabkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat berkurangan menjadi 27 berbanding 28 kerusi sebelum ini dan menguatkan lagi kedudukan Barisan Nasional dengan mendahului 31 Kerusi DUN Perak


Persoalannya:

1. Adakah surat ini lakonan semata-mata yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim?
2. Adakah Anwar Ibrahim akan cuba berpura-pura menyelamatkan Kerusi DUN tersebut?
3. Adakah Lakonan ini memang dirancang supaya mengalih pandangan umum terhadap kerusi panas Kajang  dan memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bersiap siaga menghadapi kerusi DUN Kajang?
4. Adakah ini muslihat Anwar Ibrahim akan menggunakan Tagline "Ini semua Agenda Barisan Nasional" supaya boleh menipu rakyat?
5. Adakah Kesavan akan menafikan surat tersebut dan kesemuanya adalah pengianayaan terhadap dirinya?


Kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...