Monday, August 29, 2011

GENERASI MUDA MESTI TANAM SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Hak Malaysia terpanggil untuk menunjukkan video rentetan semangat merdeka orang dulu-dulu. Mudahan-mudahan di Hari Merdeka ini akan memberikan kita semangat sayangkan Negara Kita Malaysia.





SELAMAT HARI MERDEKA 2011


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dikesempatan ini, Hak Malaysia ingin menyusun jari sepuluh jari meminta maaf zahir dan batin kerana kadang-kadang tulisan kita ini menyinggung mana-mana pihak. Banyak menulis ini adalah semata-mata daripada perspektif sendiri dan kesemua tulisan ini hanya untuk menyampaikan perkara yang sebenar kepada Rakyat Malaysia.



Marilah di hari yang mulia ini mengucapkan kepada semua Rakyat Malaysia Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1432 Hijrah dan Maaf Zahir dan Batin



Terima Kasih kerana meluangkan masa selama ini membaca tulisan di Blog Hak Malaysia.

Sunday, August 28, 2011

WARTAWAN HAMPA, AZIZAN MB BERANG PASAL BANTUAN BANJIR

Video ini memaparkan segalanya:



Di bulan baik nie, Datuk Azizan tidak perlu marah-marah kerana Wartawan memang sebegitu, Soalan Wartawan jika melihat perspektif beremosi,memang kita panas,tapi memang kerja mereka macam itu.

Jangan marah-marah semasa bekerja,nanti jatuh sakit balik, keluarga azizan terpaksa beraya dihospital.

Kami tahu Kerajaan Negeri dah buat kerja selepas Liputan kurang menyengat,apabila liputan berkata tiada bantuan, Kelam Kabut Azizan arahkan semua jabatan kerah tenaga dan membanting tulang bantu orang banjir.

Kenapa jadi begitu,Hak Malaysia cadangkan jangan lah ASYIK MEMILIH Wartawan, terima sahaja semua,banyak lah liputan nanti. Dan satu lagi, bila sidang media,jangan lah asyik nak bertekak dengan wartawan,nanti tersalah liputan, salahkan balik Wartawan.

HM: Jangan Marah, Nanti kene jual!.......
......................................................................................

ALOR SETAR 30 Mac - Kerajaan negeri menyifatkan keadaan banjir yang melanda negeri ini sejak semalam sebagai terkawal kerana hanya membabitkan 1,331 mangsa dari 35 kampung di Baling.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) memberitahu, hanya tiga daripada 14 buah pusat pemindahan banjir masih beroperasi setakat ini.

"Setakat ini banjir di Kedah boleh dikawal lagi kerana melibatkan satu kawasan di Baling sahaja, mungkin banjir kilat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang persediaan kerajaan negeri berhubung persiapan membantu mangsa banjir di negeri ini.

Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran hujan peringkat kuning yang boleh
mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai seperti di Yan, Sik dan Kuala Muda.

Azizan memberitahu, kerajaan negeri akan menubuhkan sekretariat bencana banjir di peringkat negeri sekiranya berlaku lebih daripada dua kawasan bencana di negeri ini.
"Sememangnya ada peruntukan kewangan untuk hadapi bencana negeri kalau ada bencana lebih daripada satu daerah banjir tetapi sekarang di Baling saja.

"Tetapi bila lebih daripada dua daerah sudah menjadi bencana di peringkat negeri dan tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, kita akan tubuh sekretariat bencana dan semua agensi kerajaan akan berkerjasama.

"Sekarang kita tidak menubuhkan sekretariat lagi kerana banjir tersebut cuma di peringkat tempatan saja iaitu masalah kawasan bukan masalah negeri lagi," katanya lagi.

Menyentuh tentang mangsa ribut pula, kata Azizan setakat ini membabitkan lebih 338 buah rumah di seluruh negeri ini.

"Mereka yang terlibat sebanyak 225 buah rumah di Kota Setar, 13 buah (Kuala Muda), 18
buah (Pendang), 23 buah (Yan), 24 (Padang Terap) dan 35 (Kubang Pasu).

"Kesemua mangsa sudahpun mendapat bantuan lebih daripada RM200 bagi memperbaiki kerosakan yang terdiri daripada bumbung rumah masing-masing," katanya.

MAT SABUN PELUPA:TIMB. PAS PERLU DILUCUTKAN SEBAB CEMAR IMEJ PAS BUTA SEJARAH


Pada Suatu ketika Dahulu, Jatuh motor tidak tahu nak bezakan Land rover,Waja dan lepas itu Pajero pulak. Sehinggakan Kartun pun terkeluar khusus untuk Mat Sabun:


Kemudian Akhbar sinar(KLIK DISINI) keluar lagi dengan:

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).

“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sudah Terhantuk Baru Terngadah, Pemimpin sebegini rupa patut dihukum kerana mencemarkan Imej PAS kerana tidak mahu menerangkan apa yang telah diucapkan dalam ceramah 21 Ogos. Sepatutnya PAS sudah perlu memikirkan soal meminta maaf dengan ucapan yang dibuat dan melucutkan pemimpin hilang ingatan ini dari memegang kesemua jawatan didalam PAS. lebih baik DIBUANG TERUS dari PAS supaya mencemarkan Imej PAS.

Kalau Lupa, Kami boleh ingatkan kembali wahai MAT SABUN:


HM: Kalau ucapan boleh lupa, macam mana nak ubah sejarah. Alahai Mat Sabun..

......................................................................................................................................

Laporan Akhbar Sinar Harian

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak mengingati isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara.


“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).


“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang, didakwa berkata, PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dalam tragedi berdarah tersebut sepatutnya diangkat sebagai wira, bukannya 25 anggota polis dan keluarga yang mempertahankan diri semasa serangan di balai polis itu.


“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British.


“Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu, tapi semua sejarah itu ditutup,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana itu semalam.


Mat Sabu juga didakwa berkata, bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh negara itu adalah pegawai British.

Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengubah sejarah kemerdekaan negara sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya kerana sejarah yang tertulis hari ini tidak benar dan hanya memihak kepada Umno.

JAWAPAN TENTANG LAGU NEGARAKU, KEMBALI MAT SABU BUTA SEJARAH LAGU "TERANG BULAN"



Mat Sabu cuba mempertikaikan Lagu Negaraku mengatakan Lagu Kebangsaan kita meniru Lagu Terang Bulan Indonesia. Mat Sabu cuba menyalahkan bahawa Pemimpin yang terdahulu memilih lagu ini dengan meniru Lagu Terang Bulan Indonesia dengan menggunakan Cara Pemilihan yang salah. Kalau kita lihat cara penyampaian maklumat tentang Sejarah Lagu Negaraku pun salah oleh Mat Sabu bagaimana dia nak sampaikan Maklumat tentang sejarah Malaysia yang sebenarnya.

Indonesia juga digemparkan pada suatu ketika dahulu dengan mengatakan Lagu Terang Bulan ini juga telah diciplak oleh Malaysia dengan menjadikan hubungan diantara Malaysia dan Indonesia tegang seketika



tetapi apabila telah mendapatkan jawapan daripada Remy Silado,seorang seniman dan juga wartawan Indonesia mengatakan bahawa Malaysia tidak ciplak hak Indonesia kerana Lagu Terang Bulan ini bukanlah hak Milik Indonesia,ia adalah hak milik Perancis dan buktinya menerusi bacaan dari Het Nationale Volkslied oleh Margreet Fogteloo & Bert Wikie (AW Bruna Uitgevers BV Utrecht), jelas dihuraikan bahawa "Negaraku" yang dulu di Indonesia dikenali sebagai "Terang Bulan" adalah ciptaan orang Perancis bernama Pierre Jean de Béranger (1780 - 1857) .Butirannya adalah bukti pada minit 3.53 video di bawah:



HAKIKATNYA:

Mari kita lihat sejarah:

KEMIRIPAN LAGU:

Setelah Hak Malaysia melihat kembali memang dari segi melodinya tiada beza,100% sama. Apa yang membezanya adalah genre muziknya.Pada tahun 1956, lagu terang bulan dirakam di Station Radio Republik Indonesia (RRI) Jakarta.

SEJARAH:

1. Mengikut sejarah Lagu ini ada 2 sumber:

2. PERTAMA: Lagu ini adalah Lagu Kebangsaan Negeri Perak dikenali sebagai Terang Bulan dan diceritakan oleh Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.

3. Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut.

4. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.

5. Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan mengatakan kepada Pegawai Protokol bahawa Negeri Perak sudah ada lagu kebangsaan walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya dan menyatakan Not Lagu tidak dibawa.

6. Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan.

7. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

8. KEDUA: Disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.

9. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888.

10. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan.

11. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul.

12. Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

13. Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman.

14. Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.

15. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

16. Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan.

17. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.


PEMILIHAN LAGU NEGARAKU

1. Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri.

2. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka.

3. Ekoran dari ketetapan ini satu jawatankuasa telah dibentuk di mana bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Malaya yang bakal merdeka dan beliau mencadangkan agar pertandingan mencipta lagu kebangsaan dibuat. Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Malaya tetapi telah dibuka ke seluruh dunia dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia.

4. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan sempurna. Jawatankuasa pemilihan ini terdiri daripada :

Pengerusi :
a).Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Ahli-ahli :
b)Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mewakili Raja-raja.
c)Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran.
d)Encik Ya’akob Latiff, Pengarah Penerangan.
e)Encik D.S.P. Croft, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan.
f)Kapt. Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu.
g)Encik A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio.

5. Jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada :
a) Benjamin Britten
b) Sir William Walton
c) Carlo Menetti dan
d) Zubir Said

6.Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah Panel Hakim yang dibentuk khas untuk membuat pertimbangan.

7.Panel Hakim berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah tinggi mutunya namun mereka masih berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu yang boleh dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

8.Setelah sekian lama mendengar kesemua lagu negeri maka Jawatankuasa ini telah membuat keputusan bahawa Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai

9.Maka dengan itu jadilah lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Malaya yang merdeka dan akhirnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

10.Senikata lagu kebangsaan ini telah ditulis bersama oleh Panel Hakim di mana Y.T.M. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting.

Jika ingin melihat sumber sejarah:

a)KENALI MALAYSIA(KLIK DISINI)
b)PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(KLIK DISINI)

HM: Mat Sabu tipu Lagi Rakyat, Lagu Perancis dikatakan Lagu Indonesia,Pemimpin yang MALAS BACA BUKU dan BUAT PENYELIDIKAN!!!!Malu dapat pemimpin yang sebegini rupa,Memang TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA.




Saturday, August 27, 2011

MAT SABU SANGGUP HINA PENJUANG NEGARA SEBAB UNDI




Kontroversi penipuan rakyat tentang sejarah fakta menyebabkan PAS mungkin hilang kepercayaan polis dan tentera yang banyak berkorban jasad dan nyawa demi menjaga keamanan rakyat dan Negara. Malu Hak Malaysia ingin memperkatakan kepada rakyat dengan sikap penipuan yang terlampau banyak kali dilakukan oleh Pemimpin Kanan PAS, Mohamad Sabu dan patut diberikan amaran keras supaya jangan cuba mengkaburi mata rakyat dengan mengubah fakta sejarah semata-mata kepentingan menjaga kedudukan sebagai Timbalan Presiden PAS.

Mengikut maklumanTUN FAISAL dan KERIS LOK yang diberitakan bahawa Mohamad Sabu memberikan ucapan Ceramah Perdana Pas pada 21 ogos 2011 di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinan baru-baru ini mempunyai unsur penipuan rakyat yang benar-benar jelas adalah seperti berikut:

1.Menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan ke-4 Parti Komunis Malaya(PKM) adalah Hero Malaya walhal PKM menyerang,menyiksa,mendera.mencatu makanan Rakyat Malaysia serta membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka didalam tragedi Bukit Kepong
2. Menganggap Muhammad Indera, Lelaki Melayu adalah hero sebenar walhal seorang pengkhianat bersetongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis

3. Mengutuk dan mendakwa Dato’ Onn Jaafar (Bapa Perpaduan) dan Tunku Abdul Rahman(Bapa Kemerdekaan) tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah hanya pegawai British.

4. Berikrar dan sanggup mengubah sejarah Malaysia selepas menguasai Putrajaya kerana menganggap bahawa fakta sejarah tidak mempaparkan sejarah yang sebenar

Antara Petikan-petikan yang diucapkan oleh Mohammad Sabu adalah seperti berikut:
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,”



Dan Hakikatnya:




Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.


Mat Sabu lupa bahawa cara ucapan ini menimbulkan kemeluapan kemarahan Ahli Keluarga dan generasi sekarang ini. Mereka masih lagi tidak lupa kepada Arwah keluarga yang melawan komunis sehingga mengorbankan nyawa untuk tanahair. Kemarahan juga terungkap dilaman twiiter Dato Seri Hishamuddin yang mengutuk tindakan Mat Sabu memburuk-burukkan perjuangan dan pengorbanan anggota-anggota Polis, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar.


Kesimpulannya: Mat sabu lahir pada tahun 1954, Mana mungkin dia akan tahu sejarah Malaysia yang sebenar.Pemimpin sebegini rupa tidak layak mentadbir Negara kerana buta sejarah bahawa susah payah bapak-bapak dan ibu-ibu kita sebelum ini menjaga Negara Malaysia sehingga kita dapat duduk Aman sekarang.

HM: ,sudahlah kuat lupa dengan menipu rakyat tentang kecederaan yang dialaminya waktu BERSIH,tidak pandai membezakan kereta waja dan Pajero. Ini ada hati nak ubah sejarah Negara.

Tuesday, August 23, 2011

LAYAKKAH PEMUDA PAS MENCACI MUFTI PERAK?


Hak Malaysia terkejut dengan mulut yang tidak ada insurans oleh Pemuda PAS. Mari kita saksikan video yang tidak dieditkan lansung ini:



Tetapi sebelum ini kita pernah melihat Pemuda PAS menyokong sokongan terhadap cadangan dan gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar menyegerakan Akta Murtad.


Tetapi ini balasan PEMUDA PAS:





Sikap pemikiran cetek sehingga mengeluarkan perkataan kesat dan tidak baik inikah contoh dan IMEJ PAS sebelum mendapat mandat Rakyat Malaysia?Malu rasanya jika Malaysia mempunyai pemimpin seperti pemuda ini.

Saksikan kisah selanjutnya : Gelombang Media Wangsa Maju

HM: Saya merasakan PEMUDA PAS perlu memohon maaf secara terbuka kepada Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria

MENCARI KETELUSAN ANWAR, BELA DIRI UNTUK KE PENJARA SUNGAI BULOH



KETELUSAN ANWAR YANG PERLU DIPERSOALKAN:

1.Anwar memilih jalan ketelusan untuk memberi keterangan dari kandang tanpa disoal balas oleh pihak pendakwa, Jelas keterangan Anwar tidak boleh dikelaskan “Kenyataan Berwibawa”.

2.Anwar sering menyebut tentang ketelusan, tetapi adakah dengan cara memilih memberi keterangan tanpa disoal oleh pendakwa telus?

3.Tindakan tidak bersumpah bagi mengelakkan daripada disoal oleh pendakwa(pasukan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) tindakan telus oleh Anwar?

4.Adakah kenyataan Anwar dengan menyelitkan beberapa potongan ucapan Nelson Mandela mampu menunjukkan Ketelusan terhadap Kes Liwat II ini?

5.Adakah Cara Anwar menyerang Hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah) menunjukkan ketelusan Anwar memberi keterangan membela diri yang sebenar dalam Kes Liwat II?walaupun Hakim ini telah berpuluh-puluh kali membenarkan penangguhan (membantu Anwar sebagai tertuduh) mengumpulkan bukti untuk membela diri Anwar sendiri?Adakah Hakim Mahkamah ini masih lagi tidak adil ?

6.Peluang membela diri disalahgunakan oleh Anwar dengan memberi hujah “ceramah politik” dan terang-terang tidak kena mengena dengan membela dirinya,adakah dia telus memberi kenyataan bela diri atau ingin meraih undi dalam mahkamah?

7.Ada peluang membela diri tetapi dikatakan konspirasi politik semata-mata menjatuhkan kewibawaan dirinya tetapi takut mengeluarkan bukti. Hanya persepsi Anwar mengatakan konspirasi tetapi dimana bukti ketelusan kes Liwat II?

Tetapi apabila diluar Mahkamah, ini Komen Anwar:



Dan Hakikatnya:

Tidak ada fakta yang dapat menjelaskan membela dirinya dari bukti-bukti pihak pendakwaan.

1.Anwar ingin mengaburi mata Rakyat Malaysia menganggap dirinya tidak bersalah dengan mempersoalkan sistem perjalanan kes ini. Tetapi terang dan jelas Anwar enggan menjelaskan kenapa dia tidak bersalah.

Ikuti kisah Anwar Bela Diri: theunspinners dan yuseriyusoff

HM:Dari segi penilaian, sudah terang lagi bersuluh tindakan Anwar didalam pembelaan dirnya ini hanya menyokong untuk disumbatkan ke Penjara Sungai Buloh.

Sunday, August 21, 2011

AZMIL MUSTAPHA BUTA SEJARAH MALAYSIA



Malaysia digemparkan dengan satu laporan polis terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha(Ali Setan) yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat dan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agomg didalam menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur,Kampung Melayu Subang ketika Jemaah bersedia untuk menunaikan solat terawih pada 18 Ogos.



Antara Kandungan laporan polis adalah seperti berikut:

1. Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam.

2. Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

3. Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.

4, Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

5. Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

6. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

7. Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

8. Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.


Mengikut perkembangan cerita Azmil ini, HM tertanya-tanya adakah Perlembagaan Malaysia ini tidak mencerminkan kedaulatan Islam?

Menurut Sumber Kementerian Penerangan(KLIK DISINI)menyebut :

“Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing.”


Didalam konteks rasional(KLIK DISINI) juga diterangkan:

“Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. “

Nilai-Nilai Islam(KLIK DISINI) juga dijadikan Asas dalam Perlembagaan Kita:

"Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini."

Nilai-nilai tersebut ialah:
1.Amanah;
2.Tanggungjawab;
3.Ikhlas;
4.Dedikasi;
5.Sederhana;
6.Tekun;
7.Bersih;
8.Berdisiplin;
9.Bekerjasama;
10.Berbudi Mulia; dan
11.Bersyukur.


Hak Malaysia sebenarnya merasakan azmil ini buta tentang sejarah Malaysia, dan sesiapa yang faham tentang sejarah Malaysia,mereka menyatakan bahawa ini bukanlah sesuatu isu yang besar sehinggakan mempertikaikan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong. Dan Azmil ini saya mengelaskan dia benar-benar tidak faham(mugkin lama tidak duduk didalam Malaysia) atau sengaja tidak mahu faham dan sengaja mengelirukan fakta(duduk dibawah kepompong PAS).

Isu DEB tidak perlu dipertikaikan kerana itu terang-terang adalah untuk hak istimewa melayu dan Bumiputera dan dilaksanakan adalah mengikut sejarah Negara yang mempunyai identiti yang biasanya bangsa awalan dominasi atau menjadi identiti kepada sesebuah Negara. Fenomena ini berlaku di kebanyakkan Negara.

Dr. Mohd Ridhuan Tee(KLIK DISINI) menyatakan British merangka perlembagaan ini dengan cukup memahami situasi Tanah Melayu pada ketika dahulu. Maka, Perlembagaan digubal dengan begitu adil dan saksama dan HM melihat bahawa terlalu banyak ruang untuk Islam bergerak tetapi kita tidak mahu memanfaatnya

HM: Azmil ini perlu dihantar ke Sekolah Kebangsaan untuk mempelajari tentang Pengajian Malaysia.

PEMBANGKANG MULA BUAT PERANGAI TIDAK SOKONG PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA



Kabinet sudah buka mata untuk menyucikan sistem pilihanraya, pembangkang pula buat perangai dan bersangka buruk terhadap komitmen kerajaan bagi melaksanakan refomasi sistem pilihanraya, khususnya penagihan komposisi keanggotaan ahli jawatankuasa khas terpilih parlimen.






Digembar-gemburkan kejayaan Bersih 2.0 di jalanan tetapi apabila diajak berunding dan memikirkan bersama,mula pembangkang buat perangai dan minta yang bukan-bukan. Sepatutnya Pembangkang mestilah faham dan hasrat kerajaan komited didalam menyelesaikan isu sistem pilihanraya danmereka perlu mengunakan medium ini untuk mengemukakan isu yang dibangkitkan sebelum ini bagi pembaikkan sistem pilihanraya didalam Negara ini.


Seperti mana yang kita tahu, Kabinet telah memutuskan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen akan dianggotai Sembilan ahli parlimen terdiri daripada 5-BN,3-Pembangkang,dan 1-Bebas. Dan jelas cadangkan sistem jawatankuasa amalan yang dipraktikkan dan yang paling penting wakil daripada semua pembangkang dan bebas juga ada bersama.


Tetapi Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim pula membuat kenyataan balas mahu PSC dirombak menjadi 12 Orang dan dicampur dengan ahli bukan Parlimen.KLIK DISINI

HM sebenarnya tidak faham kenapa perlunya Jawatankuasa Parlimen ini perlu dirombak dan dicampurkan dengan org awam, sudah terang-terang ahli parlimen pembangkang boleh menyuarakan hak mereka. Adakah mereka tidak faham Jawatankuasa Khas ini mampu membawa suara dan tindakan yang lebih drastik didalam transformasi Sistem Pilihanaya?


HM: Sebenarnya mereka buat syarat-syarat ini supaya menguntungkan pihak mereka sahaja,mereka tahu Apabila Ahli Parlimen bahas dengan teratur dan berasaskan perlembangaan,mereka tidak mampu bersuara untuk kepentingan diri sendiri semata mata bagi memenangi pilihan raya.

KOMPAS SUDAH MINTA MAAF,CHEGUBARD DAN SAMM BILA PULA….ADAKAH SETUJU DENGAN FITNAH?

Chegubard seronok cerita bila dapat info palsu cerita bagai nak rak…



Tapi bila kompas mintak maaf,apa sudah jadi??


HM: lain kali periksa laa betul-betul, serakang ini,macam mana pulak nak bila maaf, chegubard bawak laa kawan-kawan datang rumah Datuk Seri Najib mintak maaf zahir dan batin,untung-untung boleh dapat duit raya, boleh bantu kawan-kawan bayar hutang duit kereta.
...............................................................................

Bernama:


Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada hari Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Dalam pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih
kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak
menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib.

- Bernama

Tuesday, August 16, 2011

PERLUKAH SAMAN GOMO?







Pandai mereka cari duit dengan saman Bloggers UMNO. Adakah takut Papagomo ini.

Hak Malaysia rasa adalah lebih baik Papagomo saman balik statement Nik Nazmi yang mengatakan Papagomo dibayar

“Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul,” kata Nik Nazmi.

Kami Bloggers UMNO nie xpernah pun terdesak tapi kenyataan Elizabeth Wong ini boleh dipertikai...

“(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud,” kata Elizabeth Wong.

Sunday, August 14, 2011

SUDAH TIBA MASANYA JPN DAN SPR BEKERJSAMA MENYELESAIKAN KELEMAHAN SISTEM BAGI MENANGKIS TOHMAHAN DAN BERI MAKLUMAT SAHIH PADA BLOGGERS KERAJAAN














Hak Malaysia terpanggil melihat bahawa kesudahan cerita Mismah ini diselesaikan dengan cara menghina pihak Bloggers pembangkang dan Malaysiakini.Kita dapat lihat riak sehinggakan mereka ingin membuat demo yang tidak berfaedah dan mengarut seperti yang ditunjukkan oleh 1Perluru atas disebabkan Malaysiakini mengeluarkan kenyataan media yang menipu rakyat dengan menceduk cerita dari blog pembangkang juga menipu bulat-bulat diselongkarkan oleh Novandri.Tetapi akhirnya terang-terang penipuan antara satu sama lain mereka ini tersimpul bersama-sama dengan Mismah tampil memberikan keterangan yang jelas kepada Rakyat Malaysia.Yang paling utama adalah taraf warganegaranya.



Juga cerita baru yang hangat dikatakan juga mengaitkan JPN dan SPR iaitu kes Sulong bin Jalil dan kes Mohd Rashid Bin Ismail yang memiliki dua IC dalam satu masa.Ceritanya juga telah dibongkarkan oleh Double YY dan isunya telah selesai dengan penjelasan bahawa Sulong bin jalil ini sudah 2penggal tidak layak mengundi sebab semasa proses semakan sebelum pengundian mendapati dia berdaftar dua kali.Tetapi blog pembangkang menyatakan dengan tidak bertanggungjawab dia boleh mengundi 10 kali tanpa usul periksa.


Yang jelas Malaysiakini dan blog pembangkang akan menyerang kerajaan bagi mencapai matlamat mereka yang cukup kotor untuk menawan Putrajaya.



Yang ingin ditekankan disini, Pihak Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang lebih effektif menyelesaikan isu-isu yang mengarut ini dengan drastik supaya tiada lagi sudut yang dapat pembangkang cuba menyerang kerajaan. SPR dan JPN perlu bekerjasama menyelesaikan isu-isu ini dengan pantas. Dengan cara lain memberikan maklumat yang sahih kepada Media dan terutamanya Bloggers Pro kerajaan seperti yang diutarakan oleh saudara Tun Faisal didalam Malaysia Insider sebelum ini.-KLIK DISINI-


HM: Semoga rakyat tidak ditipu oleh pakatan pembangkang yang cuba merosakkan perspektif rakyat terhadap kerajaan. memang diakui sistem yang dibuat oleh manusia tidaklah sempurna dan perlu penambahbaikkan dan peningkatan kemajuan supaya negara kita aman dan makmur. Kita boleh berunding, bukan demo jalanan yang diminta.

Thursday, August 11, 2011

PANDANGAN BURUK TERHADAP POLIS PERLU DIMANSUHKAN DALAM PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA



Apabila Hak Malaysia membaca ruangan blog Tun faisal, Barulah rakyat terutamanya rakyat kita di UK bersyukur dengan sistem pertahanan Polis Malaysia. Walaupun mereka hanya didedahkan dengan persepsi yang pelbagai daripada media-media sehinggakan ada yang memburuk-burukkan Polis Malaysia seperti didalam Suara Pakatan Daily.
Hal ini memberikan impak yang tinggi terhadap pandangan dunia terhadap pemerintahan Malaysia sehingga sanggup rakyat kita dan asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain dengan berpakaian kuning tanda protes termasuklah semasa menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham juga memakai baju kuning .


Hak Malaysia merasakan ini semua adalah Takdir.Rusuhan berlaku di Britain atas disebabkan rakyat ingin membuat demo aman.Tetapi sekumpulan daripadanya mengambil kesempatan terhadap polis Britain yang memberi muka terhadap mereka. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.Britain terpaksa akur dan sedar bahawa strategi yang dibuat oleh Polis Malaysia dalah yang terbaik setakat ini di dalam mengawal rusuhan.
Adalah diharapkan bahawa supaya kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dan bersyukur dengan perkara yang berlaku sebelum ini. Persepsi memburukkan polis Malaysia perlu dimansuhkan di dalam pemikiran kita,sebab apa?sebab diakui bahawa Polis Malaysia bukanlah seburuk yang disangkakan seperti yang diwar-warkan sebelum ini.Mereka hanya menjalankan tugas untuk menjaga keamanan Negara Malaysia yang tercinta supaya tidak dicemari seperti rusuhan di Britain.


HM: apa kata Bloggers pembangkang pula berkenaan polis Malaysia?masih ditakuk lama?


__________________________________________________________________________________



http://www.thesundaily.my/news/108258
PETALING JAYA (Aug 10, 2011): A few Malaysians in London believe that the Royal Malaysian Police (RMP) are more experienced in handling riots compared to the British police as traditionally, the Bobbies does not have a history of militarisation of the police force.
Fithrah Shaiera Aziz, 26, an auditor in a media company based in London told theSun in a phone interview, from her perspective the British police force in London were being "bullied" by the rioters plaguing the British capital for the past four days.
"In London, we're not used to riots and the police didn't seem to know what to do at first actually. The first two nights they looked like they were being bullied. The closer the rioters move towards them, the more they backed away.
"In terms of handling riots, the Malaysian police have more experience. I believe the RMP might have used rubber bullets, water cannons or tear gas. Which can be a good thing because it would have prevent things from getting worse," said Fithrah.
However, game developer Ainurazmi Ainuddin, 31, who has lived there for 16-years believed that if the police would take drastic, military-style action it would "open a whole new can of worms" which might have irreversible consequences.
"I've lived here more than I've lived in Malaysia and traditionally we have a less forceful police force even compared to other European countries where water cannons are used during riots. In Britain the police force don't really use water cannons.
"I think there are people here who feel that cops should be more forceful using water cannons but there are also people here who say it's a slippery slope. And once you open up that can of worms it might be hard to change back.
"We also don't want to give them too much power. It's kind of mix feelings, you can't really generalise things like that because over here, we don't really have a history of militirisation of the police force," Ainurazmi told theSun.
Auditor Mahendran Segran, 36, said the looters tend to focus on town centres and areas with large departmental stores or other high-end goods and has not gravitated to residential districts.
Over an online Facebook chat with theSun, Mahendran said: "I live in Hampstead which is a pretty good area with police presence but the past two days were harrowing.
"We were sent home early from work yesterday as there were reports of looters kicking off on Oxford Street/Holborn. But in the end i think the 16,000 cops they put out there helped but outside London its been quite bad.
"But people here are very angry at both the looters and the government. If anything this is damning example of Britain's nanny state come home to roost."
Heriot Watt University student, Vishu Joshi, 24, on the other hand, gave an eyewitness account of the rioters looting shops near Camden over Facebook chat as well.
"I was scared and I was shocked. The police were there but not many at the time of the looting because they were called to other targetted shops. They broke into some shops, whacked some people and ran when the police arrived.
"When the cops left, they came back and wiped it clean. And they were young, somewhere around 12-year-old to 20 and above. When I asked them why they were doing this, some of them said they're doing this out of boredom, others for tax return, for some strange reason but the bottom line was money," said Vishu who is in London for vacation.
The riots, which first started out as peaceful protest rally over the shooting a youth a week prior began on Saturday and is expected to cost insurers "tens of millions of pounds." It has been on going for four nights and hundreds of youths have been arrested.

ADAKAH RELEVAN SAMAN SUHARDI TERHADAP BLOGGER KERAJAAN

Hak Malaysia ingin melihat sejauh mana pandangan sahabat-sahabat lain berkenaan dengan suhardi ingin menyaman bloggers disebabkan dirinya difitnah seperti yang dinyatakan dalam Malaysiakini(Klik Disini)bloggers mana yang perlu disaman?pro –pembangkang atau Pro-Kerajaan BN??Adakah benar terbalikkan babak yang tidak membuktikan suhardi cuba untuk mencetuskan provokasi dan berbohong dengan pura-pura pengsan bagi memburukkan imej polis seperti yang dinyatakan dalam Blog:1Peluru



Saman menyaman ini perkara biasa tetapi isunya disini kes suhardi yang dua kali pengsan (1. Tangan diikat 2. Tangan tidak diikat) direka-reka cerita mengunakan filem pendek sebagai asas hanya untuk memburukkan polis . Adakah filem-filem pendek yang dihasilkan oleh bloggers pembangkang tidak menceritakan perkara yang sebenar sehingga dikatakan penderaan polis menyebabkan KEMATIAN…?hanya suhardi sahaja yang mampu menjawap soalan ini..pendedahan konspirasi cerita ini mengaitkan suhardi dengan arwah baharuddin telah ditunjukkan oleh PAPAGOMO(Klik Disini)..

HM: Jika hendak saman,saman semuanya sekali tidak kira pro pembangkang or kerajaan…jangan keluar statement-saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog “yang berniat jahat” dan “pro-kerajaan”

Wednesday, August 10, 2011

HARUS DIBERI PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT LONDON YANG PRIHATIN DAN POLIS BRITAIN TIRU STRATEGI MERIAM AIR POLIS MALAYSIA




Hak Malaysia merasakan The Minimalist(Klik Disini) harus dipuji kerana inisiatif yang dijalankan bagi mengutip derma kutipan bagi membantu Saudara Asyraf yang pukul dan disamun oleh sekumpulan remaja berkulit putih dan hitam ala hip hop.





Hal ini mengingatkan kita kepada peranan pihak polis adalah amat penting didalam mengawal kekalutan yang berlaku di kota London. Saudara Asyraf ditimpa musibah adalah disebabkan kegagalan pihak polis Britain mengawal kemaraan demo yang kononnya ingin dijalankan secara aman yang berlaku. Secara dasarnya, Demo ini berjalan secara aman tetapi disebabkan peranan polis yang lemah menyebabkan ada kumpulan yang mengambil kesempatan terhadap demo aman ini. Disebabkan imej Britain yang telah tercemar dengan rusuhan sehingga kini,semalam, barulah Perdana Menteri berikrar didalam Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan(COBRA) akan mengakhiri keganasan “jelik” ini dengan menggunakan merian air dengan notis 24jam. Dengan cara ini sahaja mampu menyekat keganasan rusuhan yang makin merebak ke tempat-tempat lain di Britain.





HM: Akhirnya Polis Malaysia juga yang ditiru oleh Britain..Syabas KDN!! ______________________________________________________________________
Malaysiakini, Ogos 11, 11 11:11am
Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).
Semakin popular

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.

"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya hari ini. Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London. Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang.

Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.

- Bernama

Akhbar Cina serang Hassan Ali walhal Gunting Dalam Selimut Bagi Pakatan


Timbalan Editor akhbar Sinchew, Lim Swee Guan perlu beringat bahawa tanggungjawab menyampaikan pesanan yang betul terhadap rakyat adalah amat penting. Hak Malaysia melihat Lim Swee Guan ini tidak professional didalam menyampaikan berita yang sebenarnya pada rakyat terutamanya kerisauan masyarakat umat Islam di dalam negeri Selangor. Yang sebenar perosak Pakatan Rakyat adalah Lim Swee Guan,kenapa?..Secara dasarnya seperti yang disebut didalam Blog : Tun Faisal menyebut bahawa Lim Swee Guan cuba menyampaikan berita yang tidak mengambarkan perkara sebenar semata-mata untuk menyokong Pakatan Rakyat tetapi hakikatnya perspektif Hak Malaysia mengatakan berita yang disampaikan oleh Editor ini cuba melaga-lagakan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Kerajaan Negeri) dan memberikan kekuatan kepada pembangkang di Selangor.

Isu yang nampak jelas cuba menyokong pakatan rakyat didalam masa yang sama MEROSAKKAN HUBUNGAN DIDALAM PAKATAN RAKYAT:

1. Apakah maksud sebenar mereka mengatakan JAIS dan Hassan Ali ANCAMAN BESAR TERHADAP KERAJAAN NEGERI?

2. MENYALAHKAN JAIS DAN HASSAN ALI terhadap Pengharaman jualan arak di kedai-kedai serbaguna dan melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak salah?

3. MEMPERSOALKAN JAIS DAN HASSAN ALI didalam Penangkapan di hari valentine day?

4. MEMPERSOALKAN HASSAN ALI didalam penangkapan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri yang MENYOKONG PENYATUAN PAS DAN UMNO di Selangor

5. Menyatakan Hassan Ali selalu keluarkan KENYATAAN YANG BERTENTANGAN yang membelakangi kerajaan negeri Selangor

6. Tuduhan pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor “MENGGELEDAH DAN MEMECAH” masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC),

7. Mencadangkan jawatan pengerusi agama Islam negeri DITARIK BALIK, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka MELUCUTKAN jawatan Exco Hassan Ali.

8. Mempersoalkan pendirian PAS SEPATUTNYA TIDAK BOLEH IKUT RENTAK mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor

9. Pegawai-pegawai agama juga PERLU DISEKOLAHKAN, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja.

10. TIDAK SETUJU DENGAN PERLETAKKAN JAWATAN NC UNISEL ATAS MAINAN POLITIK

11. Sebenarnya isu AGAMA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UTK ISU POLITIK untuk RAIH tiket UNDI dan pada hakikatnya PAS menggunakannya.


Hal ini jelas bahawa sudah nampak kepincangan yang cuba di terangkan oleh Lim Swee Guan sebenarnya cuba menolak WAKIL PAS DIDALAM KERAJAAN NEGERI dan bukanlah menyokong Pakatan Rakyat UNTUK MENGUASAI Kerajaan Negeri Selangor pada masa akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat PERLU DISEKOLAHKAN DAHULU TERUTAMANYA DIDALAM KESATUAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT Sebelum memerintah NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

PAKATAN RAKYAT MASIH TIDAK MAMPU MENTADBIR NEGARA. Sekian

__________________________________________________________________________________


Sinchew Daily News, m/s 26
8 Ogos 2011

Bermain Api
Lim Swee Guan
Timbalan Editor akhbar

Jabatan agama islam negeri selangor dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor, jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama itu, mereka akan berterus menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.

Rekod lepas-lepas Jabatan Agama Islam negeri Selangor dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini Jabatan Agama Islam negeri Selangor pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara pas dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, beliau mahu Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi.

Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila kementerian sumber manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, kementerian dalam negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.

Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor menggeledah dan memecah masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC), selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu meminta Jabatan Agama Islam Selangor ajukan laporan; dan Puan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua Jabatan Agama Islam negeri Selangor berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu.

Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.

Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor. “Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam”, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.

Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan Kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak, jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.

Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.

Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik; suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama” ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.

Tentang isu Naib Censelor UniSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu. Untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.

Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Tuesday, August 9, 2011

PIMPINAN ISLAM SELANGOR:JANGAN ULANGI PERISTIWA NATRAH


Hak Malaysia terpanggil apabila terlihat Agenda Daily mengeluarkan bukti-bukti yang sememangnya terang lagi bersuluh ada yang tidak kena dengan program di sebuah gereja di Seksyen 13 Petaling Jaya malam Rabu minggu lepas.


Sampai ada yang berani buat rumusan, kalau tidak dibendung dengan segera, tidak mustahil tragedi Natrah yang berlaku puluhan tahun dulu berulang kembali.Menurut Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah.“Kita tidak mahu perkara tersebut berulang,” katanya ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Kata-katanya disokong oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang juga jurucakap kumpulan 45 NGO Islam yang menyokong tindakan JAIS mempertahankan kedaulatan Islam di Selangor.

“Saya takut umpamanya jika tiada tindakan tegas banyak ‘Natrah’ yang akan berlaku…” yang menegaskan jika ada perkara yang mengugat Islam, “Kami akan kehadapan lagi,”

Tragedi Natrah merujuk peristiwa rusuhan yang mengorbankan 18 orang dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British pada 12 Disember 1950 selepas mahkamah memutuskan seorang gadis Islam diserahkan semula kepada keluarga kandungnya dan diberi hak menentukan agama anaknya.

Baik apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?

Kisanya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.

Jadi apa yang berlaku?

Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.

Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.

Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.

“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.

Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.

Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?”

Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.

“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.

Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.

Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".

"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau.

Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

“Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.-8/8/2011

Berita Penuh:http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/45-ngo-islam-pertahankan-jaisdakwa-ada-bukti-tindakan-berasas.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...