Sunday, August 28, 2011

WARTAWAN HAMPA, AZIZAN MB BERANG PASAL BANTUAN BANJIR

Video ini memaparkan segalanya:



Di bulan baik nie, Datuk Azizan tidak perlu marah-marah kerana Wartawan memang sebegitu, Soalan Wartawan jika melihat perspektif beremosi,memang kita panas,tapi memang kerja mereka macam itu.

Jangan marah-marah semasa bekerja,nanti jatuh sakit balik, keluarga azizan terpaksa beraya dihospital.

Kami tahu Kerajaan Negeri dah buat kerja selepas Liputan kurang menyengat,apabila liputan berkata tiada bantuan, Kelam Kabut Azizan arahkan semua jabatan kerah tenaga dan membanting tulang bantu orang banjir.

Kenapa jadi begitu,Hak Malaysia cadangkan jangan lah ASYIK MEMILIH Wartawan, terima sahaja semua,banyak lah liputan nanti. Dan satu lagi, bila sidang media,jangan lah asyik nak bertekak dengan wartawan,nanti tersalah liputan, salahkan balik Wartawan.

HM: Jangan Marah, Nanti kene jual!.......
......................................................................................

ALOR SETAR 30 Mac - Kerajaan negeri menyifatkan keadaan banjir yang melanda negeri ini sejak semalam sebagai terkawal kerana hanya membabitkan 1,331 mangsa dari 35 kampung di Baling.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) memberitahu, hanya tiga daripada 14 buah pusat pemindahan banjir masih beroperasi setakat ini.

"Setakat ini banjir di Kedah boleh dikawal lagi kerana melibatkan satu kawasan di Baling sahaja, mungkin banjir kilat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang persediaan kerajaan negeri berhubung persiapan membantu mangsa banjir di negeri ini.

Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran hujan peringkat kuning yang boleh
mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai seperti di Yan, Sik dan Kuala Muda.

Azizan memberitahu, kerajaan negeri akan menubuhkan sekretariat bencana banjir di peringkat negeri sekiranya berlaku lebih daripada dua kawasan bencana di negeri ini.
"Sememangnya ada peruntukan kewangan untuk hadapi bencana negeri kalau ada bencana lebih daripada satu daerah banjir tetapi sekarang di Baling saja.

"Tetapi bila lebih daripada dua daerah sudah menjadi bencana di peringkat negeri dan tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, kita akan tubuh sekretariat bencana dan semua agensi kerajaan akan berkerjasama.

"Sekarang kita tidak menubuhkan sekretariat lagi kerana banjir tersebut cuma di peringkat tempatan saja iaitu masalah kawasan bukan masalah negeri lagi," katanya lagi.

Menyentuh tentang mangsa ribut pula, kata Azizan setakat ini membabitkan lebih 338 buah rumah di seluruh negeri ini.

"Mereka yang terlibat sebanyak 225 buah rumah di Kota Setar, 13 buah (Kuala Muda), 18
buah (Pendang), 23 buah (Yan), 24 (Padang Terap) dan 35 (Kubang Pasu).

"Kesemua mangsa sudahpun mendapat bantuan lebih daripada RM200 bagi memperbaiki kerosakan yang terdiri daripada bumbung rumah masing-masing," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...