Sunday, August 28, 2011

MAT SABUN PELUPA:TIMB. PAS PERLU DILUCUTKAN SEBAB CEMAR IMEJ PAS BUTA SEJARAH


Pada Suatu ketika Dahulu, Jatuh motor tidak tahu nak bezakan Land rover,Waja dan lepas itu Pajero pulak. Sehinggakan Kartun pun terkeluar khusus untuk Mat Sabun:


Kemudian Akhbar sinar(KLIK DISINI) keluar lagi dengan:

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).

“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sudah Terhantuk Baru Terngadah, Pemimpin sebegini rupa patut dihukum kerana mencemarkan Imej PAS kerana tidak mahu menerangkan apa yang telah diucapkan dalam ceramah 21 Ogos. Sepatutnya PAS sudah perlu memikirkan soal meminta maaf dengan ucapan yang dibuat dan melucutkan pemimpin hilang ingatan ini dari memegang kesemua jawatan didalam PAS. lebih baik DIBUANG TERUS dari PAS supaya mencemarkan Imej PAS.

Kalau Lupa, Kami boleh ingatkan kembali wahai MAT SABUN:


HM: Kalau ucapan boleh lupa, macam mana nak ubah sejarah. Alahai Mat Sabun..

......................................................................................................................................

Laporan Akhbar Sinar Harian

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak mengingati isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara.


“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).


“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang, didakwa berkata, PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dalam tragedi berdarah tersebut sepatutnya diangkat sebagai wira, bukannya 25 anggota polis dan keluarga yang mempertahankan diri semasa serangan di balai polis itu.


“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British.


“Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu, tapi semua sejarah itu ditutup,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana itu semalam.


Mat Sabu juga didakwa berkata, bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh negara itu adalah pegawai British.

Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengubah sejarah kemerdekaan negara sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya kerana sejarah yang tertulis hari ini tidak benar dan hanya memihak kepada Umno.

2 comments:

Nam Ron said...

Tiada apa salahnya dengan mat sabu..fakta beliau memang tepat.hujah beliau berlandaskan sejarah!..tidak seperti media arus perdana yang memanipulasikan berita..setelah saya mendengar hingga habis ceramah beliau saya dapati fokus sebenar mat sabu adalah kepada seorang melayu bernama Mohamad Indera (Mat Indera). org inilah yang memimpin serangan ke atas rumah pasong bukit kepong pada th. 1950 yang diangkat oleh mat sabu sebagai nasionalis. Oleh kerana mat indera ni menggunakan platfom PKM menyerang balai polis tersebut maka kenyataan tersebut telah disalah tafsir oleh media.Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan mengkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca.Mat Indera inilah org yang mengangkat senjata melawan penjajah british. Adakah onn jaafar atau tunku yang diwar-warkan oleh Umno sebagai nasionalis sedangkan mereka berdua adalah tali barut british yang melawan orang yang melawan british..mereka ini barua british sebenarnya!..nasionalis kepala butuh jenis apa ni!

MUZAMMIL ARIF KAMARUDDIN said...

Nam Ron:terima kasih kerana memberikan komen,ini adalah penjelasan saya terhadap kajian video mengagkat persoalan ini:

1)Melayu(Indera) dikatakan sebagai nasionalis mengunakan platform telah memimpin serangan terhadap pegawai British@AP,siapakah org AP?orang Islam dab berbangsa melayu.Bagi saya adalah salah mat sabu terangkan menggunakan tok janggut yang memang menyerang orang british(benar2 british).Mat sabu menggunakan tok janggut sebagai helah untuk menyamakan cerita Indera ini dan terang2 kedua2 cerita ini adalah berlainan kes.

2)Apakah Hukum orang yang menyerang orang Islam,menyerang anak dan wanita dimata anda,dalam sejarah Indera bukanlah Nasionalis,Indera adalah Khianat negara.

3) Onn Jaafar dan Tunku dikatakan Tali Barut British?kenyataan anda tetap salah kerana Tunku dan Onn berunding dengan brtish tanpa menumpahkan sebarang darah untuk memerdekakan Negara. Tiada istilah tali barut british dan yang paling penting anda hendaklah faham bahawa Rundingan Kemerdekaan itu juga adalah salah satu jihad untuk kita mendapat keselesaan hingga ke hari ini.

Cara penyampaian dan Olahan yang diberikan oleh Mat Sabu adalah salah kerana tidak berlandaskan Fakta dan jelas mengelirukan kefahaman rakyat terhadap sejarah negara.

Mungkin Mat Sabu cemburu terhadap pemimpin UMNO yang memerdekakan Negara ini.

Nam Rom,saya sudah jelaskan apa patut,anda mestilah kembali kepangkal jalan dengan fahami sejarah Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...