Wednesday, August 10, 2011

Akhbar Cina serang Hassan Ali walhal Gunting Dalam Selimut Bagi Pakatan


Timbalan Editor akhbar Sinchew, Lim Swee Guan perlu beringat bahawa tanggungjawab menyampaikan pesanan yang betul terhadap rakyat adalah amat penting. Hak Malaysia melihat Lim Swee Guan ini tidak professional didalam menyampaikan berita yang sebenarnya pada rakyat terutamanya kerisauan masyarakat umat Islam di dalam negeri Selangor. Yang sebenar perosak Pakatan Rakyat adalah Lim Swee Guan,kenapa?..Secara dasarnya seperti yang disebut didalam Blog : Tun Faisal menyebut bahawa Lim Swee Guan cuba menyampaikan berita yang tidak mengambarkan perkara sebenar semata-mata untuk menyokong Pakatan Rakyat tetapi hakikatnya perspektif Hak Malaysia mengatakan berita yang disampaikan oleh Editor ini cuba melaga-lagakan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Kerajaan Negeri) dan memberikan kekuatan kepada pembangkang di Selangor.

Isu yang nampak jelas cuba menyokong pakatan rakyat didalam masa yang sama MEROSAKKAN HUBUNGAN DIDALAM PAKATAN RAKYAT:

1. Apakah maksud sebenar mereka mengatakan JAIS dan Hassan Ali ANCAMAN BESAR TERHADAP KERAJAAN NEGERI?

2. MENYALAHKAN JAIS DAN HASSAN ALI terhadap Pengharaman jualan arak di kedai-kedai serbaguna dan melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak salah?

3. MEMPERSOALKAN JAIS DAN HASSAN ALI didalam Penangkapan di hari valentine day?

4. MEMPERSOALKAN HASSAN ALI didalam penangkapan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri yang MENYOKONG PENYATUAN PAS DAN UMNO di Selangor

5. Menyatakan Hassan Ali selalu keluarkan KENYATAAN YANG BERTENTANGAN yang membelakangi kerajaan negeri Selangor

6. Tuduhan pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor “MENGGELEDAH DAN MEMECAH” masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC),

7. Mencadangkan jawatan pengerusi agama Islam negeri DITARIK BALIK, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka MELUCUTKAN jawatan Exco Hassan Ali.

8. Mempersoalkan pendirian PAS SEPATUTNYA TIDAK BOLEH IKUT RENTAK mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor

9. Pegawai-pegawai agama juga PERLU DISEKOLAHKAN, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja.

10. TIDAK SETUJU DENGAN PERLETAKKAN JAWATAN NC UNISEL ATAS MAINAN POLITIK

11. Sebenarnya isu AGAMA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UTK ISU POLITIK untuk RAIH tiket UNDI dan pada hakikatnya PAS menggunakannya.


Hal ini jelas bahawa sudah nampak kepincangan yang cuba di terangkan oleh Lim Swee Guan sebenarnya cuba menolak WAKIL PAS DIDALAM KERAJAAN NEGERI dan bukanlah menyokong Pakatan Rakyat UNTUK MENGUASAI Kerajaan Negeri Selangor pada masa akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat PERLU DISEKOLAHKAN DAHULU TERUTAMANYA DIDALAM KESATUAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT Sebelum memerintah NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

PAKATAN RAKYAT MASIH TIDAK MAMPU MENTADBIR NEGARA. Sekian

__________________________________________________________________________________


Sinchew Daily News, m/s 26
8 Ogos 2011

Bermain Api
Lim Swee Guan
Timbalan Editor akhbar

Jabatan agama islam negeri selangor dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor, jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama itu, mereka akan berterus menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.

Rekod lepas-lepas Jabatan Agama Islam negeri Selangor dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini Jabatan Agama Islam negeri Selangor pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara pas dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, beliau mahu Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi.

Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila kementerian sumber manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, kementerian dalam negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.

Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor menggeledah dan memecah masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC), selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu meminta Jabatan Agama Islam Selangor ajukan laporan; dan Puan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua Jabatan Agama Islam negeri Selangor berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu.

Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.

Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor. “Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam”, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.

Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan Kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak, jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.

Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.

Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik; suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama” ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.

Tentang isu Naib Censelor UniSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu. Untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.

Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

1 comment:

pak, anton said...

SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...