Sunday, August 7, 2011

Penjelasan Kembali Program 6P & Biometrik


Ramai yang tidak faham mengenai Program 6P dan Biometrik. Hak Malaysia berasa sedikit kecewa dengan sikap sesetengah parti di Malaysia ini yang tidak faham dengan kenapa program ini dilancarkan oleh KDN dan hanya menjurus perspektif negatif untuk menambahkan lagi pengundi hantu,adakah ini benar? Mari kita selongkar perkara ini secara terperinci.


Menurut apa yang dijelaskan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri,YB. Dato’ Seri Hishamuddin, banyak dokumen perjalanan boleh dipalsukan dan secara dasarnya memang nampak tulen.Pengganas professional mampu untuk menghasilkan dokumen passport yang hanya gambarnya sahaja ditukarkan tetapi data didalam passport adalah nama orang lain, jika biometrik ini dilancarkan, mereka boleh dikesan dengan serta merta. Dan perkara ini sudah tentu dapat menjaga nama baik dan keselamatan Negara dan bukanlah seperti perspektif yang tidak masuk akal.



Matlamat Program 6P adalah sepertiberikut:
1. Keselamatan Negara
2. Kemanusiaan agar mereka yang masuk ke dalam Negara tidak dianiayai oleh mana-mana pihak terutama sindiket.
3. Memudahkan kita menguruskan guna tenaga dengan lebih effektif.
4. Memudahkan mengenalpasti keperluan pekerja asing didalam industri dengan
tepat tanpa menjejaskan peluang pekerjaan tempatan.
5. Mengelakkan masalah-masalah sosial berlaku di Negara ini termasuk jenayah
jika semasa Negara stabil/tidak stabil
6. Mengesan mereka jika mereka tidak mahu pulang ke Negara asal mereka.



Adalah dengan ini jika mana-mana pihak yang beranggapan buruk didalam program 6P ini janganlah terpesong sebab apa,kita inginkan keamanan.Sayangi Malaysia kita..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...