Sunday, August 21, 2011

AZMIL MUSTAPHA BUTA SEJARAH MALAYSIA



Malaysia digemparkan dengan satu laporan polis terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha(Ali Setan) yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat dan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agomg didalam menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur,Kampung Melayu Subang ketika Jemaah bersedia untuk menunaikan solat terawih pada 18 Ogos.



Antara Kandungan laporan polis adalah seperti berikut:

1. Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam.

2. Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

3. Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.

4, Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

5. Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

6. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

7. Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

8. Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.


Mengikut perkembangan cerita Azmil ini, HM tertanya-tanya adakah Perlembagaan Malaysia ini tidak mencerminkan kedaulatan Islam?

Menurut Sumber Kementerian Penerangan(KLIK DISINI)menyebut :

“Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing.”


Didalam konteks rasional(KLIK DISINI) juga diterangkan:

“Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. “

Nilai-Nilai Islam(KLIK DISINI) juga dijadikan Asas dalam Perlembagaan Kita:

"Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini."

Nilai-nilai tersebut ialah:
1.Amanah;
2.Tanggungjawab;
3.Ikhlas;
4.Dedikasi;
5.Sederhana;
6.Tekun;
7.Bersih;
8.Berdisiplin;
9.Bekerjasama;
10.Berbudi Mulia; dan
11.Bersyukur.


Hak Malaysia sebenarnya merasakan azmil ini buta tentang sejarah Malaysia, dan sesiapa yang faham tentang sejarah Malaysia,mereka menyatakan bahawa ini bukanlah sesuatu isu yang besar sehinggakan mempertikaikan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong. Dan Azmil ini saya mengelaskan dia benar-benar tidak faham(mugkin lama tidak duduk didalam Malaysia) atau sengaja tidak mahu faham dan sengaja mengelirukan fakta(duduk dibawah kepompong PAS).

Isu DEB tidak perlu dipertikaikan kerana itu terang-terang adalah untuk hak istimewa melayu dan Bumiputera dan dilaksanakan adalah mengikut sejarah Negara yang mempunyai identiti yang biasanya bangsa awalan dominasi atau menjadi identiti kepada sesebuah Negara. Fenomena ini berlaku di kebanyakkan Negara.

Dr. Mohd Ridhuan Tee(KLIK DISINI) menyatakan British merangka perlembagaan ini dengan cukup memahami situasi Tanah Melayu pada ketika dahulu. Maka, Perlembagaan digubal dengan begitu adil dan saksama dan HM melihat bahawa terlalu banyak ruang untuk Islam bergerak tetapi kita tidak mahu memanfaatnya

HM: Azmil ini perlu dihantar ke Sekolah Kebangsaan untuk mempelajari tentang Pengajian Malaysia.

1 comment:

musyahir said...

budak ni baru jer reti mengenal huruf jawi..dan masa merempat kat arab dulu pun dok merayu derma org ramai mintak makan.. balik -balik jer sini dah pandai nak kondem ..belajar la dulu woiii dan gunakan akal bukan cakap sembrono macam ulamak murtad si nik aziz dengan pelawok gila macam bob lokman.. baru kenal islam terus masuk PAS..dan cari musuh..org lain bila kenal islam, cari ulamak nak dalami ilmu... si dua ekor makhluk ni. kenal jer islam terus cari syaitan.. tu pasal akhlak makin teruk bukan semakin insaf! perasan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...