Thursday, April 11, 2013

GEMPAR! MUSTAPHA ALI HENTAM HUSAM MUSA ISU CHINA DOLL REBUT PUTRAJAYA

Kedangkalan PAS semakin menyebabkan Nik Aziz semakin runsing dengan sikap pemimpin-pemimpin kanannya yang terdedah dengan isu maksiat dan matlamat PAS yang dibawa semakin serong dengan objektif 'menuju ke putrajaya'. HM terasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini. Dan telah diketahui sudah menjadi Barah bukan sahaja di dalam PKR tetapi didalam PAS.

Sumber diketahui dan dikhabarkan kepada HM akan tindakan segelintir pemimpin  dalam PAS. Yang mengambarkan gologngan 'Anwarinas' dan ianya tercalit kepada Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali dengan ugutan pendedahan yang memeningkan Nik Aziz menyentuh tentang pemimpin yang kononnya menegakkan Islam akhirnya terbongkar 'pendedahan memalukan' untuk memaksa Nik Aziz dan Mustapha Ali memberikan sokongan kepada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang membenamkan Husam Musa di Putrajaya.

Dikhabarkan juga Mustapha Ali senantisa tidak sebulu dengan Anwar didalam kumpulan Pembangkang setelah Hassan Ali dipecat dan Nasharuddin Mat Isa juga digugurkan dalam PAS. Maka Anwar cuba mengunakan kelemahan Mustapha Ali yang diketahui oleh orang orang Anwar supaya PAS semakin lemah dan akan mengikut apa sahaja arahan Anwar.

Dikhabarkan kepada HM juga Mustapha Ali adalah satu-satu orang dari dalam pakatan yang ingin memusnahkan harapan anwar untuk menjadi Ketua Pembangkang,

Malah dikatakan bahawa Mustapha Ali secara terbuka menolak Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyebabkan keinginan Anwar menguasai Putrajaya bakal menutup ruang Anwar menjadi Perdana Menteri,

Apatah lagi bila Mustapha Ali juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Maka itu golongan ini berpendapat, sesuatu perlu dibuat agar Mustapha Ali akan sentiasa mengikut telunjuk mereka dan pendekatan yang dipilih ialah dengan memanipulasi 'kelemahan' Setiausaha Agung PAS tersebut. 'Kelemahan' Mustapha Ali yang disebutkan di atas itu ialah merujuk kepada 'kegemaran' pemimpin tersebut menggunakan khidmat China Doll.

Difahamkan bahawa banyak  maklumat mengenai aktiviti 'gelap' Mustapha Ali ini telah diketahui dan kini menjadi bualan panas di kalangan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Makan adalah diharapkan, apa yang dikatakan Nik Aziz termakan diri sendiri dengan sikap Mustapha Ali.

Tolak PAS kerana Pemimpin PAS merosakkan Imej PAS sendiri. Malu ahli-Ahli PAS yang mungkin lebih berilmu daripada Mustapha Ali kerana nila setitik rosak satu susu sebelanga.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...