Wednesday, April 10, 2013

@n_izzah TIDAK KETAHUI KEMANA WAN AZIZAH MENGHILANG



Pergh!!! Macam mana nak jadi wakil rakyat kalau macam ni? Macam mana dia jaga rakyat sampai Mama dia sendiri pun dia tak tau ke mana hilangnya?

Itu satu persoalan yang sangat munasabah memandangkan kehilangan Kak Wan Omega tu hanya dinyatakan oleh Si Rafizi Jambu dalam satu sidang media.

Kenapa Si Nurul Izzah tu sendiri tak tampil dan membuat kenyataan? Sebab dia tak sampai hati melihat kezaliman pemimpin PKR terhadap Mama dia ke?

Korang bayangkan la ye. Punya kejam puak - puak Parti Kencing Rakyat ni. Diorang bukan setakat berani main tikam belakang secara terang - terangan. Tapi mampu buat orang HILANG SUARA!!! Memang kejam Gila Babi!!!



PETALING JAYA – Kehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya. 
Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13. 

Sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan. 

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti. 

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. 
Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13. 

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. 

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

 SUMBER: Semuthitam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...