Monday, December 9, 2013

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR @Hairul_own @ZambryAbdKadir @NajibRazak #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur

Pergerakan Pemuda UMNO Perak Lancar OPS Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Banjir 



Pemuda UMNO Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor akan bersama-sama Sukarelawan daripada Yayasan Bina Upaya, Sajak, Mesco, Belia 4B Perak, Waziboys, Ipoh Bikers, Restoran Simpang Tiga dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak. 




Turut serta pada kali ini adalah sukarelawan dari Pemuda Bahagian Ipoh Timor, Pemuda Bahagian Ipoh Barat,  Pemuda Bahagian Gopeng, Pemuda Bahagian Tambun, dan Batu Gajah dengan kekuatan 12buah Kereta 4x4, 4Buah Van dan 2 Buah Lori yang akan bertolak ke Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana dengan memebrikan sumbangan dari segi pakaian, makanan dan kelengkapan hidup disamping membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pejalanan esok akan mengambil selama kira-kira 6jam dan akan bertolak pada jam 7 pagi esok. Skuad akan berkumpul di Ipoh dan akan menyusun semua barangan di Pusat Pengumpulan Rumah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sebelum bertolak ke Pahang bagi Misi Bantuan Kemanusiaan di Negeri Pahang.






















Pada kali ini turut bersama-sama adalah dua Pusat Perubatan yang 
terkenal di Negeri Perak iaitu Pusat Perubatan Universiti Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Ar-Ridzuan yang akan membantu dari segi bantuan pemeriksaan kesihatan dan barangan ubat-ubatan.

Sebarang pertanyaan bagi sesiapa yang ingin melibatkan didalam misi kemanusiaan ini esok tidak kira dari segi fizikal atau apa-apa sumbangan boleh menghubungi saudara Jeffery 0195700066 dan Saudara Salim di talian 0133011030. Sebarang bentuk bantuan kewangan juga boleh disalurkan ke Akaun RHB RHB 20809800035448 di atas nama MESCO. 



Tuesday, December 3, 2013

ASPIRASI PERLU BERBAHAS, BUKAN HANYA KELAB UMNO LUAR NEGARA @Shaharabdlh @Tunfaisal @Razaliibrahim @Shaberyc #MahasiswaNasional #PAU2013



















Saya sudah lama menunggu ingin melihat Mahasiswa IPT dibenarkan berbahas di Persidangan UMNO yang sebelum ini kita nampak lihat liputan luas hanya untuk Mahasiswa dari Luar Negara sahaja dibenarkan berbahas mengenai perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Masakan tidak nampak hasil usaha kita didalam ASPIRASI hanya untuk memastikan bahawa kemenangan pemimpin-pemimpin yang mewakili Mahasiswa tempatan didalam pilihanraya kampus dan sepatutnya pemimpin-pemimpin negara perlu tahu bahawa kemenangan mereka didalam pilihanraya kampus juga adalah produk yang menyokong kita. ASPIRASI juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negara dan kita perlu tahu ramai juga pemimpin utama adalah hasil produk Universiti tempatan yang setanding dengan Universiti luar negara.



Jangan kita menidakkan ASPIRASI yang banyak berjasa kepada UMNO dan saya merasakan bahawa hasil usaha ini perlu diberi penghargaan kepada ASPIRASI kerana hanya platform ini yang menyebabkan kepercayaan belia tempatan dijamin; yang susah senang didalam negara bersama-sama kerajaan didalam memastikan penjelasan dan tindakan kerajan jelas terus ke akar umbi dan bukan seperti kelab UMNO Luar Negara.




Tanpa Platform Persidangan Mahasiswa Nasional pada kali ini, Kelab Umno Luar Negara tidak dapat digabung di satu dalam acuan bersama-sama ASPIRASI. Dan jelas dan pandangan mereka berbeda antara satu sama lain. HM berterima kasih kepada Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh Datuk Razali Ibrahim kerana bertungkus lumus memastikan Mahasiswa tempatan mampu berbahas didalam Persidangan UMNO kali ini. Tanpa bantuan dan desakan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan saban tahun Mahasiswa Tempatan dipinggirkan dan pada kali ini, mimbar terbuka luas untuk mahasiswa tempatan.

Sejarah ini tercipta dengan hanya diberi laluan menjadi jurucakap dalam persidangan sayap adalah amat penting bagi suara anak muda tempatan didengari. Dan saya mengharapkan bahawa Platform ASPIRASI yang juga perlu dijadikan sub-chapter seperti Kelab UMNO Luar negara dan perlu digunakan sebaik mungkin oleh Datuk Razali Ibrahim bagi memastikan bahawa tiada 'double standard' diantara mahasiswa tempatan dan mahasiswa luar Negara.

Sumber:
              http://www.1peluru.com/2013/12/siapa-kata-mahasiswa-ipt-tempatan.html
              http://tunfaisal.blogspot.com/2013/12/akhirnya-mahasiswa-tempatan-dapat.html
              http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013_12_01_archive.html
             

Monday, December 2, 2013

BUKTI KENAPA PAS TAKUT USTAZ KAZIM ELIAS JADI MT UMNO @ustazkazimElias @TengkuAdnanReal @NajibRazak

     

PAS tidak seharusnya merosakkan nama baik seorang Ahli PAS Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Malah sepatutnya menggunakan saluran yang ada untuk menambahbaikkan UMNO serta Kesatuan dan perpaduan sukar dibina di antara UMNO dan PAS . 

Ustaz Kazim Elias yang sinonim dengan Penceramah Bebas yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi Ipoh telah diisytiharkan oleh Setiausaha Agung UMNO, YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor pada jumaat yang lepas sebagai Ahli MT yang dilantik dalam UMNO

HM melihat bahawa Kegusaran PAS kelihatan apabila Kazim Elias menjadi MT:

PENGARUH PENGUNDI BELIA 

Pengaruh pengundi Islam Ceramah bersiri di ASTRO OASIS "Kalau dah Jodoh" menjadi perbualan di bibir-bibir belia yang saban hari banyak persoalan mengenai Munakahat terungkai apabila ASTRO memberikan ruang kepada Ustaz kazim Elias sehingga mencapai Rank tertinggi dikalangan episod bersiri ASTRO. PAS risau apabila Ustaz Kazim Elias mampu menarik golongan muda ke arah Islam yang cara yang mudah dengan cara pendakwah yang baik, ringkas dan mudah difahami mampu menarik golongan Belia terhadap UMNO pada masa hadapan.

PERPADUAN SAF PIMPINAN UMNO

Idea dan konsep YAB Datuk Seri Najib Tun Razak didalam memasukkan elemen-elemen Islam didalam UMNO akan membantu memperhebatkan lagi daya keimanan terutamanya di dalam jiwa pemimpin -pemimpin Utama UMNO. Dengan kemasukan Ustaz Kazim Elias akan membantu UMNO bergerak dengan baik dan saf kesatuan yang jitu mengalahkan puak-puak pembangkang seperti PAS dan Keadilan yang banyak memfitnah UMNO dan menambahbaikkan bukan sahaja kepada  Presiden Parti malah keseluruhan pimpinan parti. 

FITNAH UMNO 

PAS banyak mengaburi kepada pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong tegarnya didalam memfitnah secara terbuka dengan apa sahaja tohmahan. PAS terasa tercabar apabila seorang tokoh Al-Hafiz yang mampu memberikan kebenaran menerusi kajian yang rapi mampu mengalahkan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh PAS sebelum ini terhadap UMNO. PAS Yakin bahawa dengan adanya jentera baru seperti Ustaz Kazim Elias ini mampu mengagalkan segala rancangan mereka mengaburi Pengundi -pengundi Islam di Malaysia dan mampu menjadikan Parti Islam PAS tidak relevan sebagai Alternatif kepada UMNO

AHLI PAS

PAS khususnya PAS PERAK dikhabarkan membawa usul memecat Ustaz Kazim Elias daripada PAS walaupun diketahui bahawa Ustaz Kazim Elias belum memberikan kata putus untuk menerima Jawatan lantikan Majlis Tertinggi ini adalah satu perkara yang menjengkelkan dan perkara ini akan membuatkan pengundi dan beberapa penyokong PAS tidak mengemari cara ini tanpa mengusul periksa terlebih dahulu. Sepatutnya PAS Perak perlu memanggil Ustaz Kazim Elias ke Jawatankuasa tertentu untuk memberikan sebab dan kata putus mengenai perkara ini dan barulah mengusulkan pemecatan tersebut. PAS Perak gusar dan menghentam bertubi-tubi mengakibatkan cara ini akan membantu lagi Ustaz Kazim Elias menerima lantikan tersebut dan keluar seraca rasmi daripada PAS. Tindak-tanduk beberapa pemimpin PAS dan penyokongnya mengherdik dan menghina Ustaz Kazim Elias telah tersebar melalui media massa ini akan menambahkan imej PAS semakin teruk dan tidak melambangkan Entiti dan Imej Parti Siasah Islam yang terbaik didalam negara. Akibat dan dorongan tindak-tanduk segelintir Pemimpin dan Penyokong PAS akan meningkatkan lagi semangat Ustaz Kazim Elias menerima lantikan Majlis Tertinggi yang akan disambut dengan kemeriahan di dalam PAU 2013 kali ini dan mampu meningkatkan lagi Azam Ustaz Kazim Elias untuk menyerang PAS secara terbuka sebagai jentera baru UMNO selepas ini.


Apa-apa hal pun HM percaya bahawa Ustaz kazim Elias mampu menasihati UMNO agar bergerak mengikut cara Islam dan memperhebatkan lagi UMNO membantu memperjuangkan hak orang Islam Di negara ini. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menasihatkan dengan "kisah Nabi Musa dan Nabi Harun menasihati Firaun yang zalim dan janganlah kamu pergi dengan hanya ingin mengambil harta dan dunia tetapi pergi untuk memberi pesanan dan ingatan kepada mereka tentang akhirat dan hukumnya adalah harus."



Thursday, November 28, 2013

JIKA GAJI ADUN SELANGOR PERLU NAIKKAN GAJI PEKERJA BAWAHAN JUGA @Khalid_Ibrahim @KhalidSamad @NajibRazak


Ramai yang tidak bersetuju dengan Khalid Ibrahim yang mencadangkan serta telah diluluskan DUN Selangor menimbulkan pelbagai pertanyaan dan kritikan pelbagai pihak termasuk mantan Menteri besar Tan Sri ABu Hassan Omar.

HM dapat melihat bahawa Khalid Ibrahim cuba membuat sesuatu untuk mengelakkan ADUN-ADUN terlibat didalam rasuah atau mencari dana pendapatan lain tetapi tidak sepatutnya naik sehingga 300%.

Adakah mereka sewenang-wenangnya menaikkan Gaji tanpa menghiraukan pembangunan yang diperlukan di ulu langat?meringankan kesesakan lalulintas di Petaling jaya dan Shah Alam?Cukai Pintu yang membebankan?Rumah untuk pengundi muda perlu diperbanyakkan di Bandar-bandar Utama? Bagaimana?adakah sudah selesai??Kes Jenayah dan rompakan yang banyak membuatkan tiada rasa selamat duduki di Petaling Jaya?

Persoalan ini perlu diberikan pada mereka dan Khalid Ibrahim memikirkan sesuatu bagi memastikan selangor selesa diduduki dan mereka perlu memandang segala rintihan rakyat.

Dalam laporan juga Hm dapat melihat bukan sahaja Datuk Omar Osman,Pengerusi CUEPACS mengkritik kenaikan yang melampau untuk pemimpin politik bahkan Ketua umum Pembangkang, Anwar Ibrahim juga mengkritik dan mengatakan perlu diberi penjelasan semula kepada rakyat mengenai kenaikan gaji yang tidak wajar ini

Sepatutnya Menteri Besar perlu memikirkan pekerja bawahan yang lebih memerlukan duit tersebut dengan kos kehidupan di Selangor yang tinggi dan bukannya Gaji Ahli politik yang naik secara melampau

Monday, September 30, 2013

TUN M: SUNGAI LIMAU MAMPU JADI MILIK BARISAN NASIONAL

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).

Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.

" Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi.

Dr Mahathir berkata BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau.

Katanya apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.


AstroAwani

Sunday, September 29, 2013

#PemilihanUMNO - UNTUK APA KITA PILIH DAN SIAPA YANG KITA HARAPKAN? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @HishammuddinH2O @Tunfaisal


Dalam satu ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron menyifatkan keadaan kerajaan sebelum PRU13 adalah ibarat menjaga ibu yang mengandung, banyak pantang larangnya, banyak tak boleh dari yang boleh, banyak berhati-hati dan tidak boleh cuai. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diamanahkan menjaga negara dalam keadaan yang banyak pantang larang. Tidak sama keadaannya bila selepas PRU13, keadaannya ibarat ibu yang dah habis tempoh berpantang. Walaupun menjadi mangsa kritikan dan serangan, namun Datuk Seri Hishammuddin tidak pernah memberi alasan dan menyalahkan rakan-rakan di dalam Jemaah Menteri. Sebaliknya, beliau menerima serangan-serangan ini dengan redha dan terus mempertahankan agenda Transformasi Politik Presiden UMNO dan Perdana Menteri.




Kebalkan kuasa politik Pribumi
(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Oleh: Tan Sri Abdullah Ahmad
Tarikh: September 29, 2013

Dalam politik, satu minggu pun lama maka meramalkan perkembangan politik, landskap siasah Melayu Islam jangka panjang, berpintal-pintal (tortuous), berbahaya; tidak bijak. Meski pun begitu saya cuba jadi seorang penilik Pakatan Baru dalam politik negara.


Lima puluh enam tahun semenjak merdeka, berbagai transformasi telah berlangsung. Ada yang baik seperti pendidikan tinggi bagi Melayu Islam dan Peribumi dan pembentukan Kelas Menengah dan Profesional Melayu Islam dan Peribumi.

Keburukannya pula pembasmian tulisan jawi, politik pakatan yang merugikan Melayu Islam; keruntuhan akhlak dan moral serta rasuah.

Apa pun tiada boleh dinafikan tegas Speaking: “the Malays and Peribumi have changed beyond recognition. Their earnings shot up after the New Economic Policy (NEP) was implemented, both in absolute terms, and relative to the non-Malays.”

Satu hakikat Melayu Islam dan Peribumi telah mencapai kemajuan walaupun masih banyak lagi isu menanti penyelesaian bagi menjamin kuasa mereka berterusan tanpa diungkit dan dicabar lagi. Mampukah kepimpinan Melayu Islam pasca Najib Tun Razak mempertahan dan melambungkan terlebih tinggi lagi serta ‘mengentrenchkan’ kuasa ini yakni memperkukuhkannya lagi?

Zaman gelap rakyat kulit hitam Amerika Syarikat beransur hilang mulai perjuangan Martin Luther King dan dengan kehadiran Barack Obama sebagai Presiden AS tetapi perjalanan mereka mengejar dan mencapai ‘life, liberty and the pursuit of happiness’ sebenar masih jauh, bukan senang dan tidak akan tamat. Begitulah juga dengan perjuangan Melayu Islam dan Peribumi dalam negara mereka yang tunggal ini.

Saya yakin kemajuan Melayu Islam dan Peribumi lebih deras kalau mereka pintar memilih pemimpin yang berwibawa, bermoral, amanah, berpengetahuan, bervisi, mempunyai potensi serta credentials mereka sebagai Melayu Islam dan Peribumi  diperakui. Paling ramai mereka yang mempunyai tauliah ini berada dalam Umno, ada juga dalam Pas dan PKR.

Pas mahu hanya ulama memegang jawatan tinggi kerana selayang pandang Pas rugi dalam Pakatan. Ini boleh dipertikaikan, adakah ini fact atau fiction? Apa pun PKR dan DAP terutamanya, meraih lebih keuntungan dalam PRU13. Saya setuju dengan keputusan multaqa Pas. Mana bisa parti Islam ‘diko-pimpin’ oleh ulama dan ‘sekularis’.  ‘Sekularis Pas’ harus berhijrah ke PKR dan DAP!

Umno sibuk berkempen memilih bakal pengganti Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Sungguh seronok mereka, tiada bosan berpesta; kenyanglah mereka yang bernasib baik jadi perwakilan. Yang tidak dipilih perwakilan dapat kuah, majoriti menghidu bau masakan saja.


Enam pemimpin Umno berhasrat menjadi bakal perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan (kalau Umno menang PRU14) atau jika Najib merombak Kabinetnya awal tahun depan. Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal, Mohd Isa Samad, Mohd Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir.

Perwakilan yang bestari akan memilih kombinasi orang muda (Hishammuddin, Mukhriz) dengan orang tua, (Zahid, Shafie, Isa dan Ali); yang adil dan bervisi mengambil kira geografi dan negeri kubu Umno. Saya kenal semua calon naib presiden ini. Kalau saya wakil saya akan ambil kira umur, peluang dan potensi mereka pasca Najib dan Muhyiddin.

Keenam-enam pemimpin Umno sudah teruji tetapi terpenting siapa antara mereka yang biasa menjadi bakal pengganti Najib dan Muhyiddin, berwibawa menghadapi kepimpinan muda Pas dan PKR pasca Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim?

Siapa selain daripada enam orang ini yang Melayu Islam dan Peribumi boleh harap memperjuangkan tanpa takut, segan dan malu agenda Melayu Islam dan Peribumi? Yakni memperkasakan kuasa politik mereka tanpa luntur dan Melayu Islam dan Peribumi tidak akan lenyap di muka bumi tertunggal ini?

Bolehkah mereka (Melayu, Peribumi) bergantung kepada pemimpin pelapis Umno – Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Sharifuddin Abdullah, Dr Abdul Latiff Ahmad, Razali Ibrahim, Jazlan Mohamed antaranya? Adakah mereka ini mempunyai sifat ‘keperibadian jati Melayu Islam’ yang ahli Umno dan Melayu Islam boleh bergantung dalam Politik Baru yang akan mendominasi landskap politik negara antara sekarang dan PRU14 dan melewati PRU14?


Suasana politik dalaman Umno kini, suka-duka, tidak menggalakkan muda-mudi mendekatinya. Umno harus bina suasana baru; yang dapat memujuk atau menarik generasi baru Melayu Islam dan Peribumi yang mahu menyertainya. Belajarlah daripada Tun Razak yang mengundang muda-mudi Melayu Islam berbakat menyertai Umno dan memberi mereka pula kepercayaan.

Ramai antara mereka menjadi pemimpin yang berkaliber dan tahan diuji. Umno tetap berubah siapa pun memimpinnya. Persoalan terbesar adakah kepimpinan itu akan membawa Umno ke tahap yang lebih tinggi lagi atau salah hitung kecundang dalam PRU14.

Itu tidak harus berlaku (tewas PRU14) kerana jumlah bilangan pengundi Melayu Islam dan Peribumi makin meningkat. Dijangka populasi Melayu, Peribumi mencecah 75% dalam masa dua dekad lagi. Masa depan Umno bergantung pada Melayu Islam seperti semenjak parti itu ditubuh pada tahun 1946.

Kalau Umno terus menghargai dan berbudi pada mereka – Melayu Islam dan Peribumi sekurang-kurangnya tidak akan lari dari Umno up to PRU14. Dalam PRU13, Umno memenangi 88 kerusi Parlimen (bertambah) dari jumlah kerusi BN sebanyak 133 itu. Pas 21, DAP 38 dan PKR 30. Hanya 16% pengundi Cina menyokong BN. “Hear, hear, hear – dengar, dengar, dengar”.

Tak payahlah suluh lagi apa yang amat terang. Saya teka sokongan Cina akan terus merosot kecuali orang Melayu Islam dan Peribumi menyerah kuasa mereka kepada mereka (Cina).

Melayu Islam dan Peribumi hanya akan hilang kuasa kalau muda-mudi Melayu Islam dan Peribumi terus menjauhi dari Umno. Terpulanglah bagi Umno meyakini mereka bahawa integriti dan kredibiliti Umno dan pemimpinnya di semua peringkat sedang berubah.


Tabie menyalah guna kuasa, sifat bongkak, sombong dan sukar dijumpai dan mempunyai gaya hidup yang gemar dan gembira menunjuk-nunjuk serta kemerosotan moral (decadence) juga makin berkurangan. Hanya Melayu Islam dan Peribumi boleh meruntuhkan kerajaan yang ada.

Sumber:TunFaisal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...