Wednesday, May 21, 2014

AMARAN CINA PASIR BEDAMAR SOKONG MAH TOLAK @dyanasmd @P076TelukIntan #PRKTelukIntan


Pengundi Cina tidak menolak dakwaan bahawa pada kali ini bukan pemilihan parti Barisan Nasional atau DAP tetapiyang mereka mahukan adalah wakil rakyat yang berbangsa cina yang lahir dan berasal daripada Teluk Intan.

Meskipun kita dapat melihat bahawa 7,313 undi majoriti yang diperoleh DAP pada PRU-13 menjadi sesuatu halangan yang besar buat Barisan Nasional atas alasan pengundi cina terdesak pada waktu itu yang termakan janji DAP yang inginkan perubahan, tetapi sekian lama DAP memegang tampuk tempoh selepas PRU lansung tiada membawa perubahan oleh Calon DAP Seah Leong Peng sebelum ini.

DAP Teluk Intan juga nampak goyah apabila tidak dapat meletakkan calon tempatan menyebabkan pengundi cina banyak menyesal diatas perbuatan Lim Kit Siang dengan meletakkan calon Melayu bukan tempatan atas sebab untuk menarik pengundi PAS dan atas pagar melayu semata-mata dan bukan untuk membantu dan menjaga kebajikan orang Teluk Intan khususnya di Pasir Bedamar.

Sentiman Perkauman ini bukanlah HM ingin dijelaskan, tetapi atas kajian HM sendiri melalui perjumpaan dengan rakan-rakan HM sendiri disini. Pasir Bedamar bukanlah tempat asing bagi HM kerana inilah tempat kelahiran HM dan HM tahu apa hasrat hati naluri pengundi-pengundi di sini.

Mereka mahukan kebajikan mereka terbela kerana disini ramainya adalah golongan sederhana dan nelayan serta bekerja kampung. Sejarah telah membuktikan bahawa jika DAP tidak meletakkan calon tempatan, jika mereka menang, mereka akan tinggalkan tempat itu seperti Lim Kit Siang yang bertanding di Ipoh Timor sebelum ini pada PRU 13 dan meloncat pada PRU 14 ke Gelang Patah atas sebab dia telah tahu bahawa Pengundi di Ipoh Timor tidak akan memberikan sokongan kepada Lim Kit Siang kerana kebajikan mereka tidak terbela dan Senario ini akan berlaku jika DAP menang

Setiap kali Dyana turun, kita dapat lihat kelibat Lim Kit Siang membayangi Dyana, ini menunjukkan bahawa Dyana tiada kredibiliti untuk bergerak sendiri sebagai wakil rakyat. Percayalah bahawa Wakil Rakyat perlu mampu berdiri di kaki mereka sendiri dalam menjalankan amanah dan kebajikan Rakyat. Mah Siew Keong , 52, anak tempatan dan mantan Ahli Parlimen Teluk Intan (1999-2008), dianggap sebagai pilihan terbaik BN bagi pengundi cina di Pasir Bedamar kerana mereka amat perlukan wakil tempatan untuk menjaga mereka.



Tuesday, May 20, 2014

PKR GOYANG RUSUHAN AHLI PARTI ISU PEMILIHAN

Sudah berlaku rusuhan dihadapan Pejabat Ibu pejabat PKR yang menyatakan bahawa Azmin dan Zuraidah telah melanggar disiplin Parti.

Apakah Anwar Ibrahim akan meleraikan apa yang berlaku ini dengan perhimpunan kecil yang menunjukkan bahawa keretakkan akibat pemilihan yang tidak adil dalam parti sehingga ramai yang bermusuhan. Saiful Nasution juga turut dicadangkan pecat kerana mengkritik secara terbuka terhadap Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Adakah ini contoh pemimpin negara jika isu dalaman pun tidak terurus. Apakah PAS akan bertolak ansur dalam kesepakatan ini apabila melihat Parti yang disanjung sebagai rakan dalam pakatan itu mempunyai ketelusan dan membawa nama 'keadilan' adil dalam parti.

Monday, May 19, 2014

PENGUNDI PAS KELIRU DIKENAL PASTI #prktelukintan @TengkuAdnan @najibrazak

Sudah mula komen-komen yang kurang memberansangkan daripada ahli-ahli pas  Teluk Intan menyatakan beberapa tindakan yang tidak wajar mengenai isu hudud daripada calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang diwakili oleh anak muda Dyana, yang juga pernah bekerja bersama Lim guan eng.
Terbukti daripada sebuah forum PAS Teluk Intan melalui komen-komen mereka agak kecewa dan telah terpedaya dengan ayat-ayat seorang anak muda yang tidak bertudung ini mudah memberikan komen yang kononnya bijaksana walhal dialah calon yang kurang arif mengenai perlaksanaan hudud di kelantan melalui perbentangkan  rang undang-undang jenayah syariah ini, PAS telah bersetuju menunggu dan memerlukan keputusa  jawatankuasa teknikal diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dibentang dalam dewan negara atau dilaksana di kelantan.
Sudah terlajak kata memang sukar menarik balik,bagaimana ingin menetapkan pendirian mengikut pegangan DAP dalam penentangan perlaksanaan tetapi tidak menolak hudud? Sedar atau tidak mainan politik ini bukan hari ini sepatutnya dimainkan kerana ini adalah mainan lapuk dengan memancing undi melayu dengan madu oleh keluarga Lim Guan Eng!!
Kita perlu tolak calon DAP kerana saban hari selepasa ini dyana tetap akan merana menyesal kerana DAP adalah musuh nombor satu dalam Islam.

HADI TIDAK BERANI JUMPA MAH SIEW KEONG DALAM TEMPOH PRK TELUK INTAN ?

Gerakan bersetuju untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi  berbincang dan mendapatkan gambaran sebenar berkaitan hudud. Datuk Mah Siew Keong yang juga calon Barisan Nasional PRK Teluk Intan berkata, beliau sudah membuat kertas kerja minggu lalu bagi membolehkannya beliau berjumpa sendiri dengan Abdul Hadi untuk penjelasan  berhubung isu hudud agar tidak mahu isu berkaitan dengan agama dipolitikkan seperti yang dibawa oleh PAS sehingga sekarang masih tidak sepakatan bersama DAP.

“Kita tak mahu hudud ini dijadikan sebagai alat politik bagi mendapatkan sokongan. Kenapa kita perlu sokong mereka yang hanya nak dapatkan sokongan politik? Sebab itu kita nak jumpa dengan dia dan dapatkan pandangan dia, dan kita sampaikan pandangan kita.


“Kami hormat Islam dan kami nak jumpa dia. Kami tak mahu mereka politikkan isu ini. Negara kita bukanlah begitu besar, penduduk hanya 28 juta, kita patut bekerjasama atasi apa jua masalah, itu yang penting,” 


“Ketiga-tiga pemimpin yang tertinggi mereka cakap perkara yang berbeza. Kita pun tak tahu siapa yang benar. Jadi ini menunjukkan PR banyak gunakan isu untuk dipolitikkan. Walaupun mereka satu pakatan, DAP cakap lain, PKR cakap lain, Pas cakap lain.


BN tetap bersepakat dan bermesyuarat dengan apa-apa masalah

“Berbeza dengan BN, walaupun kita berbeza, tapi kita cuba untuk sepakat dalam semua perkara sebagai satu pasukan. Bagi BN, kita akan adakan mesyuarat untuk berbincang secara konsensus apa-apa masalah dan jika kita lihat 'track record', kita adalah sehala.


“Kita nak jumpa pemimpin semua parti supaya kita dapat beri pandangan kita, macam mana kita dapat atasi masalah. Kita ada banyak isu yang perlu difokuskan. Kita tak mahu banyak lagi isu,” katanya.



DYANA TOLAK HUDUD; PENGUNDI TELUK INTAN PERLU WASPADA JIKA SAYANGKAN AGAMA

Lagi Mat sabu yang terkenal dengan cara lawaknya dalam memberikan kata-kata mewakili PAS, tetapi apakan daya dia cuba mengelirukan pandangan Mata Pengundi PAS dalam menjual Hudud dengan menyeru kesemua pengundi Teluk Intan khususnya pengundi PAS menyokong Dyana yang secara khususnya menentang hudud.

Mat Sabu dari dulu lagi tiada fakta dalam berucap dan hanya seronok-seronok mendabik dada bilaman melihat calon muda melayu yang dimainkan oleh DAP terang-terang diperolokkan walhal semasa pemerintahan Pakatan di Perak. Wakil PAS yang menajdi MB, diperalatkan dalam menyusun tadbir oleh DAP.

Satu ketika dahulu PAS menolak Barisan Nasional kerana menangguhkan Hudud walhal apabila ada calon Islam dalam DAP yang terangan menentang Hudud tidak diendahkan dengan menyatakan sokongan padu.

HM melihat pelik bin ajaib apabila UMNO ingin bersemuka dengan PAS membincangkan halatuju Hudud dan isu lain-lain yang berkaitan dengan Agama Islam sanggup ditolak tetapi menyokong pula Calon yang sudah jelas menolak Hudud?


Wednesday, May 14, 2014

CERAMAH ANAK MENDIANG KARPAL SETANDING PENONTON SERAMAI 50K MEGA MAHARAJA LAWAK ??


Dipetik daripada sahabat dari Media Tempur Kedah menyaksikan bahawa Mendiang Karpal meninggalkan warisan kepada anak, Ramkarpal Singh Deo untuk menjadi calon terbaik tetapi mendapat sambutan yang paling menghambarkan di Bukit Gelugor.. Apa Sudah Jadi??


Sebelum ini, Ram dikejutkan sebagai calon kontroversi kerana status calon DAP yang akan bertanding dalam Pilhanraya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 mei ini masih tidak selesai atas sebab watikah pelantikan Calon ini masih belum disahkan oleh Pertubuhan Perndaftar (ROS) selaku setiausaha Agung walaupun telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng melalui dakwaan Bekas Ketua DAP cawangan Bagan Luar, G. Asoghan. Beliau juga menyatakan bahawa status keahlian Ramkarpal pula masih boleh dipertikai kerana baru menyertai DAP pada Januari lalu dan masih lagi tidak disahkan secara mutlak oleh pemegang Jawatankuasa Pusat (CEC) yang masih tidak lagi diiktiraf oleh ROS.

"Guan Eng tidak ada kuasa untuk berbuat demikian dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjelaskan siapa yang memberi kebenaran kepada DAP untuk menggunakan lambang roket ketika penamaan calon hari ini.- Sumber dan Berita Sepenuhnya


RamKarpal juga dikejutkan lagi semasa berkempen, seorang Aunty berbangsa cina datang menempelak rombongan calon Dap kerana wanita warga emas tidak puas hati kerana aduan penduduk di situ tidak diendahkan kerajaan negeri. Ramkarpal terkejut dengan tindakan wanita tersebut yang melepaskan kemarahannya di situ. Menurut wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Soo, 65, dia terpaksa berbuat demikian kerana aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu tidak mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri. dikhabarkan juga terbaharu 2 kes kemalangan telah dilaporkan sejak lampu jalan itu beroperasi mengikut prosedur Kerajaan Negeri.

Jelasnya, lampu jalan yang dimatikan seawal pukul 5 pagi itu bukan saja menyusahkan tetapi menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk atas alasan penjimatan Elektrik Kerajaan Negeri Pulau Pinang








Monday, April 28, 2014

#dunselangor YB PAKATAN KATA AMBIL WUDHU MACAM BASUH KERBAU TUA?

Nak TAU JUGAK BAGAIMANA AMBIK WUDUK SAMA DENGAN MANDI KERBAU TUA NIE??

RASANYA SEKOLAH TADIKA PASTI PUN AKAN TERGELAK DAN MENGATAKAN BAHAWA SEKURANG-KURANGNYA 3 BALDI KALAU NAK MANDIKAN KERBAU TUA SEBAB BESAR. AMBIK WUDUK SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH BALDI KECIK DAH CUKUP




AGAK- AGAK LA NAK MENIPU PON, PAS KENE NASIHAT SIKIT WAKIL PAS NIE...

     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...