Saturday, May 24, 2014

PENGUNDI PAS TOLAK @Dyanasmd AKIBAT BERBOHONG @P076Telukintan #PRKtelukintan #jompilihmah

Lagi penipuan yang dibuat oleh dyana mengenai isu persoalan mengapa Tunku Aziz keluar pada 14 mei 2014. Beliau dengan tiada etika berbohong kepada media berkenaan dengan persoalan itu dwngan cuba berdalih mengatakan bahawa ia berlaku bukan semasa saya ada. Sedangkan seluruh masyarakat telah mengetahui bahawa dyana memasuki DAP bertarikh 21 januari 2014 dan terbukti melalui rangkangan media pembangkang Roketkini.com.

Akibat terlalu mengelak persoalan demi persoalan,dyana cuba mengambil langkah bijak untuk menyatakan bahawa dia tiada dalam dap sewaktu perletakkan jawatan. Hal ini menunjukkan bahawa dyana adalah seora g yang tidak berhati hati di dalam memberikan kenyataan. 

Calon DAP telah terbukti menipu dan tidak layak memimpin Teluk Intan. Bayangkan jikalau memenangi pilihanraya nanti;apakah akibat kepada rakyat apabila wakil rakyat suka berbohong dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab?mungkin PAS boleh menjawab dalam persoalan ini.



HOT! @Khalid_Ibrahim PANDANG @Dyanasmd MUDAH TAKLUK @LimKitSiang #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JomundiMah

Apa nak Jadi apabila Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor lupa nama Calon Teluk Intan yang saban hari keluar di Media Perdana dan ini adalah misi Tugas Pakatan yang berat untuk memenangi Pilihanraya Kecil  Parlimen Teluk Intan.

Khalid Ibrahim memandang rendah terhadap Calon Dyana Sofea dengan terlupa lalu menyebut Suraya menyebabkan Karnival Rakyat yang dianjurkan oleh PAS terkedu dengan apa yang dikatakan.





PAKATAN Nampak tidak sehaluan di dalaman dan juga hubungan setiap Negeri. Terbukti bahawa kelemhana Menteri Besar Selangor ini menunjukkan Parti Keadilan Rakyat Selangor lansung tidak mempedulikan apa yang berlaku di Teluk Intan.

TOLAK PAKATAN UNDI BARISAN NASIONAL!!

PENGUNDI @P076TelukIntan WAJIB TENGOK, @LimKitSiang RISAU @Dyanasmd DAP GAGAL TARIK UNDI #jomundimah Tolak @Dyana



Pengundi perlu tahu apabila melihat baru soalan yang senang dijawab kepada wartawan, Lim Kit Siang tidak memberikan kepercayaan yang penuh kepada Dyana Sofea untuk menangkis soalan-soalan daripada Wartawan. Secara logikalnya mudah, Calon DAP ini terpaksa bergantung kepada Lim Kit Siang. Kenapa??

Sebab Utama:

1. Calon ini dipergunakan merampas hati Pengundi PAS Teluk Intan dan memaksa Mat Sabu supaya menyokong secara padu keatas Dyana

2. Calon ini Boneka DAP dan Lin Kit Siang akan mempergunakan Dyana Sofea ini sebagai ahli parlimen yang boleh menarik pengundi melayu

3. Calon ini akan dipergunakan sebagai perunding kepada PAS supaya PAS akur dengan apa kehendak DAP

4.Akan meninggalkan dan tidak mempedulikan Parlimen Teluk Intan sepertimana Lim Kit Siang meninggalkan Ipoh Timor lalu ke Gelang Patah.

Akhirnya:

Dyana  akan meninggalkan DAP kerana tidak tahan dengan sikap Lim Kit Siang

atau

Menyertai Parti lain untuk mengembangkan politik dengan memohon maaf kepada semua pengundi dan mengkritik DAP secara berterusan



PENGUNDI #PRKTelukIntan @P076TelukIntan WAJIB TAHU TENTANG DAP ALATKAN MELAYU #JOMUNDIMAH TOLAK @Dyanasmd


Pendedahan demi pendedahan yang perlu pengundi Teluk Intan tahu. Memang sukar untuk menerima apa yang dikatakan oleh dyana sofea. Yang penting adalah keikhlasan dalam memperjuangkan rakyat supaya terbela


@Dyanasmd TOLAK ULAS HUDUD, BUKTI KELEMAHAN,DAP DAN PAS MAKIN LEMAU #jompilihmah

Akibat takut tersalah kata Dyana Sofea mengambil jalan mudah untuk menutup kelemahannya menjadi wakil rakyat yang benar-benar bersedia. Kita dapat lihat bahawa beliau telah mula enggan mengulas beberapa isu yang dikaitkan kepada beliau dan ini mungkin membuat DAP Teluk Intan makin meluat dan merasakan tiada harapan untuk memenangi di PRK Teluk Intan menentang calon tempatan yang berkaliber dan sentiasa membantu kerana memahami rakyat teluk intan.

Beberapa hari yang lepas, Dyana Sofya yang masih baru mentah telah terlepas cakap tentang dia tidak menolak hudud tetapi enggan memberikan persetujuan kepada perlaksanaan hudud seandainya dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.

Reaksi yang diterima DAP berhubung kenyataan Dyana Sofya itu tidak menyenangkan sekaligus mengganggu aliran sokongan kepada parti tersebut di akar umbi dan Dyana Sofya sendiri.

Kita tahu bahawa DAP pada kali ini ingin menaruh harapan yang besar terhadap pengundi melayu dan DAP telah melihat bahawa Dyana Sofya kalau dibiarkan mengeluarkan kenyataan, akan merosakkan sokongan Melayu dan Cina.

Dan kita dapat melihat tuntas peraturan baru dibuat dimana Dyana Sofya hanya boleh bercakap apabila Lim Kit Siang ada bersama-samanya atau dengan para pemimpin DAP yang lain Selagi boleh, Dyana Sofya tidak akan bercakap kecuali dibenarkan oleh pemimpin-pemimpin itu. Perkara paling utama yang paling tidak boleh diperkatakan atau disentuh oleh Dyana Sofya adalah HUDUD.

Pada masa yang sama, ibunya, Yammy Samat pula diberikan kebenaran dan laluan untuk menjawab untuk memadankan muka para pemimpin UMNO sepertimana yang dilakukannya terhadap Tun Dr. Mahathir menerusi The Malaysian Insider.






Keadaan ini membuatkan bahawa Dyana kurang dapat menyerlah secara konsisten dan akan memainkan isu Parti Perkauman sahaja dimana-mana ceramahnya dengan ditemaninya oleh Lit Kit Siang, Nga Kor Ming atau pemimpin pimimpin pusat. Terbukti bahawa Pemimpin DAP juga kurang yakin terhadap Dyana yang tidak faham dan lansung tidak berpengalaman.

Pengundi DAP dan PAS mula sangsi dengan pergerakan ini dan cuba senyap dengan harapan supaya rakyat tidak melihat kelemahan ini, Rakyat sudah bijak menilai, HM yakin Barisan Naisonal akan menang pada kali ini dengan Wakil Rakyat yang memahami masalah rakyat

 

@HishammuddinH20 PENGUNDI #prktelukintan @p076Telukintan BIJAK PILIH CALON TEMPATAN @jompilihmah TOLAK @Dyanasmd

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin dan akan menyokong habis-habisan kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Seiw Keong kerana hampir 20 tahun mengenalinya melalui pelbagai halangan dan cabaran merentas arena politik sejak waktu sayap pemuda lagi. Mah seiw Keong ini adalah pemimpin yang baik dan sentiasa membawa hasrat dan harapan rakyat yang tidak berbelah bagi khususnya Rakyat di Teluk Intan.

“Perjuangan kita ini bersandarkan kepada kewarasan dan kewibawaan demi masa depan negara dan tanah air,” katanya.

Presiden GERAKAN ini perlu diberi peluang bersandarkan pengalaman yang ada didalam bidang politik berbanding Sofea yang sentiasa nampak gugup dan kurang meyakinan



Walau apa juga yang dilalui, ia perlu dijalankan dalam satu pasukan dan dengan sokongan yang diterima di sini, kerajaan Pusat akan membantu rakyat Teluk Intan,” katanya lagi.

Hishamuddin Tun Hussein yakin pengundi kini sudah dewasa dan bijak memilih calon yang mampu memberi kemajuan kepada rakyat jelata.


Friday, May 23, 2014

DAP TERHANTUK ISU DALAMAN,PAS MULA TARIK DIRI!!?

Kerenah Kem Ngah Kor Meng DAP Negeri Perak dan Kem M.Kulasegaran bergaduh menyebabkan DAPTeluk Intan tidak nampak taringnya apabila tersangat kecewa dengan Tindakan DAP Pusat menurunkan calon muda yang tiada berpengalaman dalam menyusun atur Pergerakkan Politik menyebabkan terpaksa beberapa wawancara dan temubual bersama media nampak goyah apabila dyana tidak menjawab soalan dengan tepat serta gugup dan terpaksa bergantung kepada pemimpin-pemimpin DAP yang berada di kiri dan kanannya.
Target sasaran DAP pada kali ini adalah untuk menarik pengundi melayu apabila melihat secara total kelihatan ada sabotaj yang akan berlaku apabila Ibu kepada Dyana telah menyebut berkenaan dengan keinginan menambah Wakil Rakyat Melayu di dalam Parlimen dan ini juga membuatkan satu kejutan Besar kepada Lim Kit Siang dan sudah pasti Dyana akan mengikut telunjuk ibunya jika menang pilihanraya.
Dan ini akan menambah momentum DAP Teluk Inta  tidak akan membantu Dyana dalam PRK kali ini dan perkembangan tersebut menyebabkan ramai di kalangan akar umbi perti yang tidak begitu berminat untuk menjalankan jentera kempen.
Pengundi melayu perlu berhati-hati dengan permainan DAP yang kita dapat lihat secara dasarnya hanya ingin memanipulasikan calon melayu bagi menarik undi melayu. Jelas sekali apabila kemenangan PAS akan akur dengan apa sahaja permintaan calon yang diracuni pemikiran DAP. Sudah pasti HM akan mengambarkan bahawa dyana akan dipaksa oleh ibunya untuk meloncat parti supaya tekanan yang dihadapinya daripada DAP akan kembali reda pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...