Wednesday, March 31, 2010
APA MASALAH DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA…
Semalam kita dengar tentang seorang Ahli Parlimen mahukan jaminan gagasan ini tidak menggugat kedudukan Islam, hak orang melayu dan Raja-raja seperti dalam perlembagaan. Hari ini pula bising pulak Lim Kit Siang tentang Timbalan Perdana Menteri tidak selari dengan Perdana Menteri berhubung dengan gagasan ini.
Sewajarnya ahli parlimen kita perlu benar- benar faham tentang konsep asal Gagasan ini diwujudkan. 1 Malaysia ini adalah menyentuh tentang perpaduan dan kesepakatan semua kaum sebagai rakyat Malaysia mematuhi perlembagaan Negara. Sepatutnya Ahli parlimen kita perlu faham apa yang ingin disampaikan melalui gagasan ini. Janganlah disebabkan ingin mendapatkan populariti didalam Sidang parlimen menyebabkan kelemahan BN dalam memahami konsep ini terserlah.
Kita perlu perasan, dengan kelemahan Ahli Parlimen kita dalam memahami Gagasan ini perlu ditangkis sewajarnya bagi mengelakkan Ahli parlimen pembangkang menggunakan kelemahan ini sebagai senjata tulen mereka memanipulasikan gagasan ini seperti apa yang dilakukan Lim kit siang.
Ramai melayu takut dengan keadaan ini, hak melayu tercabar, sebenarnya dengan konsep ini, melayu tidak perlu gentar tetapi pemimpin pucuk pimpinan perlu sedar apa yang patut dilakukan disamping menggunakan kekuatan gagasan ini dalam pembentukan perpaduan diantara kaum.
Saya rasa jelas bahawa Ahli parlimen kita masih lagi tidak faham dengan jelas tentang gagasan ini, dan perlu diambil iktibar supaya kelemahan-kelemahan seperti ini perlu ditangkis serta merta supaya pembangakang tidak menggunakan sebagai senjata mereka dalam memerangi barisan nasional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment