Saturday, February 4, 2012

INFO SISWA BANTU RAKYAT FAHAM AMAN KAMPUS

Perjalanan AMAN Kampus 1 Malaysia

Seramai 100 orang sekretariat induk program aman Kampus telah diberi taklimat penyelarasan oleh pihak penganjur mengenai modul yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung bermula daripada 6 - 19 Feb 2012.

Sesi pada pagi semalam telah dimulakan dengan sesi pendebatan antara dua kumpulan sekretariat yang mana tajuk pendebatan ialah 'AUKU menyekat kebebasan mahasiswa berakademik' dan 'Demonstrasi mengancam keselamatan negara'. Penganjuran pertandingan debat dalaman tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman sekretariat yang terlibat dalam mematahkan hujah-hujah yang melibatkan kedua-dua isu yang dinyatakan.

Seterusnya, kursus penyelarasan telah diteruskan dengan penerangan modul 'Info Siswa'. Modul penerangan ini bertujuan untuk memberi pemahaman lanjut tentang modul ini yang mana akan dilaksanakan sepanjang program dilangsungkan. Info Siswa merupakan suatu elemen yang terkandung sepanjang program yang mana bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah serta masyarakat sekeliling tentang persekitaran dalam kampus sewaktu program berlangsung.

Sesi pada sebelah malam telah diadakan sesi penerangan tentang konsep '1 Malaysia' dan isu-isu semasa dalam negara. Sesi ini dikendalikan oleh jawatankuasa pelaksana program. Tujuan modul ini adalah untuk memberi penerangan dan pemahaman lanjut tentang konsep gagasan 1 Malaysia yang menjadi teras kestabilan negara untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Sesi diteruskan lagi dengan penerangan isu-isu semasa dalam negara. Sesi ini telah menumpukan kepada Kerelevanan Akta Universiti Kolej Universiti (1971) kepada mahasiswa.
Sumber: YY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...