Tuesday, March 17, 2015

#DariParlimen: JANGAN MENAKUTKAN RAKYAT! NEGARA TIDAK DILANDA KRISIS EKONOMI

#DariParlimen: JANGAN MENAKUTKAN RAKYAT! NEGARA TIDAK DILANDA KRISIS EKONOMI.

Antara intipati Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di dalam Dewan Rakyat semalam, beliau menzahirkan kegusaran mengenai keadaan ekonomi yang semakin merudum. Ucapan beliau disambut hangat oleh ahli parlimen pembangkang kerana kononnya menunjukkan keadaan ekonomi negara ketika ini berada di dalam keadaan krisis. Namun, fakta dari Bank Negara adalah yang sebaliknya.

Indikator ekonomi ketika ini menunjukkan bahawa negara ketika ini mengalami pertumbuhan ekonomi. Tahun 2015 bakal menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4.5% ke 5.5% dan terus didorong permintaan dalam negeri. Secara langsung, atas pelaburan yang kekal tinggi ini telah mengakibatkan kadar pengangguran kekal pada tahap rendah iaitu 2.9% sahaja.

Pelaburan pula kekal tinggi dengan kadar 9.0% untuk tahun 2015 dan ini bakal memberikan peluang pekerjaan yang lebih tinggi. Dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini, rating kewangan Fitch akan menilai semula kedudukan negara dan akan meningkatkan rating daripada A ketika ini kepada AAA. Ini dapat memacu lagi keyakinan pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Kadar inflasi pula dijangka akan menurun kepada kadar 2.0% ke 3.0% pada tahun 2015 berbanding tahun yang sebelumnya. Harga petrol dan diesel yang semakin menurun sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7.5 Billion. Perlu diingatkan kelemahan ringgit hanyalah berbanding nilai matawang USD kerana ekonomi US yang semakin berkembang. Ia juga berkaitan dengan penemuan teknologi eksplorasi minyak oleh US yang melonjakkan hasil pengeluaran minyak dari 5 juta tong kepada 10 juta tong minyak.

Hutang isi rumah pula adalah pada keadaan terkawal dan tidak menjejaskan kestabilan sistem kewangan. Hujah Ku Li yang menyatakan bahawa hutang isi rumah meningkat ternyata tidak benar. Jumlah aset Bank Negara Malaysia pula berjumlah RM427.6 Billion dengan keuntungan bersih RM6.4 Billion dan dividen yang diisytiharkan adalah sebanyak RM3.0 Billion untuk tahun 2014.

Dengan segala fakta yang diberikan di atas, malah boleh didapati daripada Bank Negara sendiri, Ku Li sewajarnya mengenalpasti sebab-musabab tindakan kerajaan memperkenalkan sistem percukaian GST bagi menggantikan SST. Sekiranya kerajaan hendak membayar hutang negara menggunakan sistem percukaian GST, maka mengapa cukai pendapatan dan cukai korporat dikurangkan.

Ia seakan paradox kepada penyelesaian masalah hutang negara kerana cukai pendapatan dan cukai korporat merupakan hasil cukai utama negara menjauhi hasil kutipan GST. Maka wajar diperkatakan bahawa hasil GST bukanlah semata-mata untuk melangsaikan hutang negara tetapi lebih kepada memberikan satu pendekatan demokrasi terhadap sistem percukaian dan menambahkan nilai bantuan kepada golongan tersasar.

Maka, dengan pelaksanaan GST pada 1 April kelak, dan juga pertumbuhan ekonomi yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, wajar dinyatakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini telah memenuhi sumpah untuk membangunkan negara dan rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...