Tuesday, June 11, 2013
Tindakan @TengkuAdnanReal memfailkan 21petisyen wakili BarisanNasional adalah wajar @NajibRazak
Sebelum ini, beliau juga pernah memberitahu kepada umum mengenai BN telah merancang untuk memfailkan 50 petisyen bagi memastikan bahawa pembangkang tidak leka dengan kesalahan-kesalahan yang dibuat semasa PRU13, tetapi memandangkan faktor menjimatkan masa mahkamah dan penjimatkan perbelanjaan yang tidak munasabah untuk berlawan dengan pembangkang, BN memutuskan untuk memfailkan hanya 21 petisyen yang mempunyai merit yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadap pembangkang mengikut atas nasihat petugas khas undang-undang.21 Petisyen ini diyakini mempunyai asas yang kukuh dan wajar dipertimbangkan.
"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.
HM merasakan bahawa tindakan Tengku Adnan memfailkan 21petisyen ini adalah idea bernas kerana untuk memastikan bahawa keseimbangan diantara pembangkang dan kerajaan melalui proses matang mengikut perlembagaan Negara. Jangan kita benarkan hanya pembangkang sahaja yang mendabik dada menguasai badan kehakiman didalam menuntut hak keadilan yang saksama sedangkan mereka hanya sandiwara untuk memastikan pelbagai cara menipu rakyat walaupun mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional.
Mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional, maka perlu menunaikan janji supaya janji tetap ditepati bagi memastikan bahawa rakyat tetap menyakini Barisan nasional di dalam memperjuangkan dan membela hak rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DITUNJUKKAN PEKUNG @hajihusammusa ,IKTIBAR UNTUK SEMUA PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA
Dan pada kali ini terbongkar pula apabila Husam Musa gagal dalam kes saman fitnahnya terhadap NST.
Naib presiden Pas Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan.
Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.
Lee juga katanya memutuskan bahawa kalaupun artikel itu berbaur fitnah, mahkamah mendapati perlindungan bersyarat dan kewartawanan secara bertanggungjawab yang dijadikan alasan dalam pernyataan bela diri defendan, adalah terpakai dalam kes ini.
Beliau berkata mahkamah turut mendapati Husam gagal membuktikan kesnya terhadap defendan dan oleh itu memerintahnya membayar kos RM20,000 kepada defendan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi daripada pihak Husam dan dua daripada pihak defendan.
Pada 2010, Husam memfailkan saman terhadap NSTP, dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.
Dalam pernyataan tuntutannya, Husam berkata defendan, dengan niat jahat, menulis dan menerbitkan sebuah artikel pada 23 Nov 2009 tentang jawatannya untuk tujuan mencemar nama baik beliau.
Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, kos dan relief lain yang didapati wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan bela diri mereka, defendan menafikan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat memfitnah dan artikel berkenaan disiarkan berlandaskan perlindungan bersyarat.
Defendan diwakili peguam Lim Qi Si dan peguam Wee Jason. - Bernama
Monday, June 10, 2013
KUNJUNGAN PEMUDA PERAK KE KBS @azwanbro @hairun_own @KhairyKJ
Tanggungjawab yang besar semakin meluas apabila Pemuda diberi mandat untuk mengalas didalam pembangunan Belia negara disamping membantu meningkatkan komuniti muda kearah dunia yang sihat melalui sukan di dalam komunti
Mandat yang diberikan adalah memastikan keterbuktian bahawa Barisan Nasional mampu membantu membela golongan orang muda dan hanya orang muda sahaja yang mampu menyelesaikan masalah orang muda. Pemuda perlu menjadi mata dan telinga kepada kementerian ini bagi memastikan bahawa tiada yang terpinggir.
Kita menghargai jentera Pemuda dengan terbukti di Perak bahawa kita mampu merampas kembali Perak daripada pakatan. Kita tahu objektif utama pakatan adalah merampas Negeri perak. syabas dan tahniah kepada pergerakkan pemuda yang membawa jentera bersatu memenangi PRU13 bagi kelansungan kemenangan BN terjamin.
Perak adalah negeri yang memuaskan dari segi kemenangan orang muda yang jadi calon dalam PRU yang lepas. Kemenangan dan kekalahan adalah pengalaman bagi mematangkan kita. Ada juga yang akan meninggalkan Pemuda selepas ini jangan meninggalkan terus perjuangan ini,biarlah menjadi panduan kepada kepimpinan yang terbaru selepas ini kerana jaringan orang lama dalam pemuda adalah amat penting bagi mengharungi cabaran yang lebih getir di dalam PRU14.
Pelbagai program boleh dijalankan dikalangan orang muda kerana sekarang ini mudah atas kapasiti Pengerusi Pemuda BN adalah Menteri Belia dan Sukan, dan gunakanlah sebaik mungkin.
Kita tidak menghalang sesiapa yang bertanding untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk perpaduan parti kita mintak Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan sebab kita sebulat suara kita menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Umno dan Barisan Nasional
Isu parti tunggal, Umno tetap relevan,yang ingin memohon parti tunggal adalah kebanyakkannya dikalangan Cina dan India yang kecewa dengan GERAKAN,MIC, MCA. Cadangan kita dan akar umbi memang tidak sesuai parti tunggal tetapi sesiapa yang ingin menjadi ahli BN,boleh dibuka pendaftaran secara terus.
Delegasi Pemuda Perak yang ketuai oleh Khairul Azwan Dato' Harun,Ketua Pemuda Negeri Perak memberikan cenderamata dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama Menteri Belia dan Sukan,YB khairy Jamaluddin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
@NajibRazak PERLU DENGAR WASIAT BANGSA INI
Platform yang terbaik untuk bangsa Melayu perjuangkan tentang HAK Bangsa Melayu adalah UMNO..tak boleh nafikan jasa UMNO amat besar..jasa pada Bangsa Melayu itu sendiri dan juga pada bangsa-bangsa lain yang ada d negara yang dulunya d kenali sebagai Tanah Melayu.
UMNO mendapat mandat untuk 'memandu' bangsa lain dalam melakar sejarah mendapatkan kemerdekaan..
Bayangkan UMNO mewakili Melayu ketika itu dengan hati yang terbuka :
"..memberi jaminan keselamatan kepada pendatang cina dan india jika mahu merdeka..."
Janji dan jaminan ini d bawa oleh UMNO hingga sekarang..dari Parti Perikatan hingga ke Barisan Nasional..janji UMNO tak pernah berubah..tak pernah zalim pada semua bangsa dan suku yang ada d Tanah Melayu ini..walaupun terpaksa tukar nama tanah ke tanah Malaysia..UMNO kekal dan patuh pada janji..
Satu perkara yang kita jangan lupa..kuatnya parti adalah kerana sumbangan 'manusia' yang bawa parti atau pertubuhan tersebut..manusia yang bertanggungjawab, amanah dan punyai integriti yang hebat saja mampu membawa parti politik atau pertubuhan ke arah kecemerlangan dan mampu meyakinkan manusia lain bahawa parti tersebut bukan parti yang main-main atau hipokrit.
Kalau manusia yang ada dalam parti tersebut tamak dan khianat atau punyai agenda tersendiri maka yakinlah parti itu takkan bertahan lama walau mata kasar nampak ianya satu parti yang hebat.
UMNO gagah berdiri dalam usia yang amat matang..67 tahun..kerana faktor manusia d dalamnya dan juga kerana kesatuan hati manusia yang ada d dalamnya juga.
Keputusan PRU yang lepas bukan asas nak salahkan sesiapa..terlalu banyak faktor yang terlalu subjektif untuk d debatkan..nak salahkan manusia lain memang senang..angka tidak boleh menipu..angka menunjukkan bahawa Cina tolak BN wajib semua terima..cuma jawapan kenapa Cina tolak BN masih belum ada jawapannya kerana buat masa ini semua Cina terkejut..mereka tolak dan mereka kalah..
Cina silap kira..silap perkiraan..mereka tertipu..ingatkan Malaysia dah dapat mereka 'tawan' rupanya GAGAL dan akhirnya tak tahu nak jawab dan beri alasan yang munasabah kenapa mereka TOLAK BN !
Apakah mereka tak rasa d bodohkan oleh manusia yang ada dalam pakatan haram jadah ? Manusia dalam pakatan haram tak sama dengan manusia yang ada dalam UMNO BN !
Kepada PM Najib..kepada Presiden Parti UMNO..Datuk Seri Najib..aakj menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Presiden Parti takkan lupakan begitu jasa pejuang parti..janganlah lihat pada yang menang saja..kata orang tua : "..telan walaupun pahit.."
Harap Datuk Seri lihat dengan mata hati dan nilaikan kekalahan 'calon-calon' bukan dengan mata kasar..lihat 'big picture'..ada Calon yang berwibawa kalah baru-baru ini bukan kerana faktor calon..ada yang kalah kerana UMNO BN sendiri silap buat perkiraan tentang UNDI CINA !!
BN tahu bahawa MCA amat lemah dalam memenangi hati kaum mereka sendiri dan kelemahan tersebut tidak d pandang dengan serius..akhirnya beberapa Tokoh Pejuang Melayu gugur d PRU13 !
HM ambil contoh yang paling mengejutkan kita..Datuk Wira Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka yang berjaya bangunkan Melaka hingga Melaka tersenarai d tempat ke 28 d dunia sebagai TEMPAT yang wajib d lawati.
Maaf..apa sumber yang ada d Melaka ? ada sumber petrolium ? sumber emas ? pertanian yang bertaraf dunia ? rasanya aakj tak salah kalau jawab NO ! Tiada !
Namun Melaka mampu bangkit..bangkit dengan bangga dalam industri Pelancungan bertaraf Antarabangsa..bukan sahaja pelawat dari luar yang datang..pelawat dalam Malaysia..pelawat domestik berpusu hadir untuk membawa keluarga bersantai dan melihat bukan sahaja tempat bersejarah namun pelbagai 'benda' menarik ada d Melaka..
Datuk Ali Rustam dah sinonim dengan nama Melaka..pasukan pentadbiran yang d wujudkan oleh beliau mampu melonjakkan nama Melaka..itulah hebatnya Melaka bila ada manusia hebat d dalamnya..
Penuh strategik, penuh 'wisdom' bukan sahaja menjaga Rakyat Melaka yang pelbagai bangsa..namun kemenangan UMNO d Melaka jangan d pandang sepi oleh semua ahli UMNO seluruh Malaysia..Datuk Wira Ali Rustam adalah aset yang berharga pada parti UMNO..kita tidak boleh menyangkal dengan mudah peranan beliau membawa UMNO dalam PRU13 !
Aakj harap YAB Presiden UMNO jangan sia-siakan ASET UMNO yang masih mampu memberi idea dan menyumbang tenaga untuk membela untung nasib Melayu yang d lihat 'keliru dan terhimpit" d tanah sendiri..
"..kekalahan tentera Islam d Uhud yang nyata dan jelas Nabi saw tahu apa sebabnya pun Nabi tidak menghukum ketua pemanah tersebut dan buang ASET yang berharga kepada Islam ketika itu.."
Malah Datuk Wira Ali Rustam tidak undur dalam membela UMNO d Melaka hingga saat ini..tak keluar pun dari mulutnya untuk BERSARA..itu bukan Datuk Ali..
Kepada YAB Presiden Parti..itu antara aset yang ada dan masih berguna untuk UMNO dan BN..ada ramai yang ingin HM perkatakan d sini..
bersambung...
Sumber:AAKL
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, June 5, 2013
BLOGGER JALANAN DI PANDANG SEBELAH MATA OLEH SETPOL @NajibRazak cc: @TengkuAdnanReal
Semalam kita dapat lihat bahawa gambar di atas ini adalah senarai yang dijemput untuk ke pejabat SETPOL PM tetapi ditinggalkan hampir 2jam Kulaan Niring di kedai Mamak yang asalnya dikhabarkan perjumpaan di IOI resort.
Kulaan mula membongkarkan bahawa ketidaksenangan bahawa Tengku Adnan menjadi calon putrajaya sehinggakan Khairun lansung tidak menunjukkan mukanya sepanjang PRU13 berlansung. Mungkin ada cerita disebalik mengapa khairun lansung tidak membantu Tengku Adnan dan apabila Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah tiba-tiba dia pula yang dilantik menjadi setpol? Nantikan pembongkaran seterusnya bagaimana Khairun menjejaki langkah menjadi SETPOL yang sebelum ini dikenali sebagai 'Kaki ponteng mesyuarat' dikalangan AJK Bahagian Putrajaya. Nantikan cerita seterusnya....
Ikuti kisah seterusnya:
http://bit.ly/19KxsPX
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HANYA KPC BARU LAYAK LAWAT SETPOL @NajibRazak @TengkuAdnanReal
Bertambah menarik apabila kelihatan di gambar Pemuda yang membuat kunjungan adalah diantara Ketua Pemuda cawangan yang baru. Agak terkejut apabila HM melihat kehadiran yang agak memilih bagi kunjungan hormat Setpol pada kali ini. HM dikhabarkan bahawa inilah jentera baru yang dikumpul oleh Khairun untuk memenangi Pemilihan Ketua Pemuda Umno Putrajaya seperti yang digembar-gemburkan oleh sahabat-sahabat blogger HM.
Ada juga HM terbaca blog-blog terkemuka strategi khairun dengan mengumpulkan bala tentera yang baru dengan berhasrat memenangi KP Putrajaya dan seterusnya berhasrat bertanding Naib Ketua Pemuda pusat yang akan dipertandingkan pada tahun ini.
Dikhabarkan dalam blog-blog mempersoalkan bahawa dengan menggunakan platform SETPOL PM, Adakah khairun mungkin mampu menabur duit bagi mencapai hasratnya? Tidak mengapa,HM bukanlah ingin memfitnah Khairun tetapi jika benar, UMNO akan tumbang jika pemimpin seperti khairun tetap menggunakan cara lama lagak bangsawan menabur apa sahaja hartanya untuk kepentingan jawatan yang dipegang seperti yang dikhabarkan.
Janganlah melayu lupa bahawa perjuangan selama ini bukan disebabkan duit dan pemimpin yang boleh membeli jawatan dengan hartanya tetapi warisan kepimpinan yang berlandaskan perjuangan Agama,Bangsa dan Negara.
Disebabkan perjuangan berlandaskan Agama,Bangsa dan Negara lah mampu UMNO mengecapi kejayaan bersama Barisan Nasional atas restu Rakyat yang memberikan mandat. Agak risau apabila Melayu mudah dibeli dengan duit dan harta. HM bukanlah menuduh mereka-mereka yang membuat kunjungan hormat atas disebabkan kejayaan khairun, tetapi terkejut apabila hanya sebahagian sahaja yang berjumpa khairun dengan atas alasan dijemput oleh khairun. Mungkin ya atau tidak hanya Khairun yang tahu.
Semoga jentera baru akan menilai kembali nilai perjuangan sebenar UMNO sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 2, 2013
SETPOL PM:ALIES NOR DISINGKIR, KHAIRUN ASEH BERMASALAH, @NajibRazak PERLU HATI-HATI
Kembali kepada cerita asal mengenai setiausaha politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum PRU13 iaitu Alies Nor yang menjadi 'think tank' PM telah melakukan pelbagai rancangan rapi untuk PRU13, tetapi setelah keputusan PRU13 yang menunjukkan kelemahan menguasai 2 per 3 kerusi parlimen malah lebih teruk daripada PRU12 pada tahun 2008 menyebabkan desakan demi desakan yang menyeluruh dari akar umbi kepada Alies Nor supaya melepaskan jawatan terpenting itu didalam memberikan nasihat dan pandangan kepada PM agar tidak 'Pisang berbuah dua kali'. Desakan demi desakan Alies Nor melepaskan jawatan itu dilakukan saban hari dari media massa,media baru dan baru-baru ini ramai ahli majlis tertinggi menyokong pandangan dan tindakan tersebut sehingga ramai dikalangan pemimipin Barisan Nasional menyuarakan supaya beliau disingkirkan serta merta.
Berita selanjutnya disini
http://bit.ly/10SCjrF
Tetapi yang menariknya kesilapan demi kesilapan akan dibuat apabila Hak Malaysia terbaca cerita baru yang digembar gemburkan dalam beberapa blog isu 'LOBI-MELOBI' yakni pegawai SETPOL baru yang akan dilantik yaitu Datuk Khairun Aseh yang merupakan anak kepada Tan Sri Aseh yang kuat melobi untuk anaknya supaya hubungan baiknya bersama PM berterusan dan kini Tan Sri Aseh memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya.
Ada juga blog yang memaparkan pada kali ini bahawa Datuk Seri Najib Razak akan menimpa bala baru apabila tersalah pilih SETPOL yang mampu memberikan nasihat terbaik untuk beliau. Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan juga Ketua Bahagian Putrajaya amat kurang menyenangi Khairun Aseh ini kerana menggunakan Platform Putrajaya sebagai bantu loncatan tetapi pelbagai permasalahan identiti Khairun Aseh dan boleh dikenalpasti dalam empat perkara:-
1. AJK BAHAGIAN PUTRAJAYA
Khairun Aseh adalah salah seorang AJK Bahagian Putrajaya yang paling 'worst' kerana mengutip point ketidakhadiran mesyuarat bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor. Perkara ini jelas apabila Hak Malaysia mengenalpasti senarai kehadiran mesyuarat UMNO bahagian Putrajaya dan kelihatan 'top rank' yang tidak hadir mesyuarat adalah Khairun Aseh
2.PROGRAM DI PUTRAJAYA
Khairun Aseh juga adalah seorang exco yang lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor didalam membuat,mempengerusi,mentadbir,menyusun,menghadiri pelbagai program bukan sahaja Pusat Khidmat masyarakat tetapi Program pemuda bahagian dan program-program belia di Putrajaya. Dikenalpasti bahawa Khairun juga selalu mementingkan lagak 'bangsawan' apabila turun mana-mana program yang diingini.
3. TEMPOH BERKEMPEN PRU13 DI PUTRAJAYA
Selaku orang kuat Putrajaya, Khairun Aseh lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor dan sebagai Exco Pemuda Pusat yang lansung tidak menunjukkan muka sepanjang tempoh berkempen tetapi Hak Malaysia ada membuat kajian Khairun pernah ditemubual oleh 'the Star' menganalisis status BN di Putrajaya dalam tempoh PRU13. Bagaimana mungkin seseorang yang lansung tidak turun menganalisis kekuatan Tengku Adnan?mustahil bukan? Inilah sikap pemimpin yang mengambil kesempatan terhadap perjuangan dan perlu ditolak.
4. PEMUDA
Khairun Aseh lupa kepada Pemuda bahagian putrajaya sehinggakan ramai muka baru di dalam pemuda menolak kehadiran beliau yang lansung tidak turun kawasan berjumpa dengan kesemua cawangan. Khairun perlu dinasihati supaya jangan lupa akar umbi kerana Pemuda Putrajaya berkembang dengan Agresif kerana ramai yang memimpin cawangan UMNO Putrajaya semakin pulih dengan kesatuan yang jitu selepas mengharungi PRU13 menentang Husam Musa. Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya dan mungkin Khairun akan tumbang apabila pelbagai masalah yang dihadapi oleh belia diharungi bersama sebelum ini.
SETPOL adalah amat penting bagi Datuk Seri Najib Razak. Hak Malaysia yang merungkai tetapi biarlah PM sendiri membuat keputusan dan janganlah ia menjadikan 'kekusutan' selepas memilih. Nasihat HM kepada PM carilah bakal pemimpin biarlah yang ada kebolehan untuk memimpin, kalau tak nampak tokoh kepimpinan baik suruh dia belajar dulu dan perlu diingat bahawa sifat kepimpinan ini tidak boleh diwarisi dan pengalaman itu adalah proses pembelajaran yang terbaik untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil.
Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
