Tuesday, June 11, 2013

Tindakan @TengkuAdnanReal memfailkan 21petisyen wakili BarisanNasional adalah wajar @NajibRazak

Kali ini kita sudah nampak pergerakkan agresif daripada Barisan Nasional (BN) didalam membuat keputusan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan telah diumumkan olehSetiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau juga pernah memberitahu kepada umum mengenai BN telah merancang untuk memfailkan 50 petisyen bagi memastikan bahawa pembangkang tidak leka dengan kesalahan-kesalahan yang dibuat semasa PRU13, tetapi memandangkan faktor menjimatkan masa mahkamah dan penjimatkan perbelanjaan yang tidak munasabah untuk berlawan dengan pembangkang, BN memutuskan untuk memfailkan hanya 21 petisyen yang mempunyai merit yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadap pembangkang mengikut atas nasihat petugas khas undang-undang.21 Petisyen ini diyakini mempunyai asas yang kukuh dan wajar dipertimbangkan.

"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

HM merasakan bahawa tindakan Tengku Adnan memfailkan 21petisyen ini adalah idea bernas kerana untuk memastikan bahawa keseimbangan diantara pembangkang dan kerajaan melalui proses matang mengikut perlembagaan Negara. Jangan kita benarkan hanya pembangkang sahaja yang mendabik dada menguasai badan kehakiman didalam menuntut hak keadilan yang saksama sedangkan mereka hanya sandiwara untuk memastikan pelbagai cara menipu rakyat walaupun mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional.

Mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional, maka perlu menunaikan janji supaya janji tetap ditepati bagi memastikan bahawa rakyat tetap menyakini Barisan nasional di dalam memperjuangkan dan membela hak rakyat.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...