Sunday, June 16, 2013

@NajibRazak WAJIB NASIHATKAN KHAIRUN ASEH JIKA MAHU 'RAKYAT DIDAHULUKAN' SEBAGAI TEMA UTAMA BN @TengkuAdnanReal

Blogger Sangkakala lagi membongkarkan tabiat Khairun di Putrajaya walaupun telah diangkat menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Di dalam artikel Sangkakala menceritakan
berkenaan program jasamu dikenang jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional pada malam semalam di Kelab Tasek Putrajaya.

Program yang agak santai bersama Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan,YB Tengku Adnan bin Tengku Mansor yang menyampaikan ucapan penghargaan dan memberikan sijil jasamu dikenang kepada seluruh jentera parlimen tersebut.

Agak menghairankan, lensa pena blogger -blogger tertumpu kepada seorang exco pemuda pusat ini,yang dikhabarkan ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang akan berlansung pada tahun ini,persoalan masih timbul dan tertumpu kepada Khairun Aseh, adakah Khairun tidak ingin meraikan kejayaan YB Datuk Seri Tengku Adnan dan mengenang jentera-jentera Putrajaya?sudahlah dibongkarkan oleh blogger-blogger mengenai kehadiran mesyuarat bahagian yang paling rendah dan penyertaan aktiviti putrajaya khususnya program Umno lansung tidak dihadiri.

Mungkin perlunya Datuk Seri Najib menasihatkan bahawa jangan jadi 'kacang lupakan kulit' bahawa sekian lama dalam Umno dan kenangan bersama-sama dan bertanding menjadi ajk bahagian dan pemuda yang lepas dari 2004 - 2008 termasuk pula exco pemuda pusat adalah bantuan sahabat handai dibawah Khairun, dan apabila diatas jangan pula mendabik dada sehingga timbul perasaan kecewa di hati sahabat-sahabat handai di Putrajaya. Mereka ini hanya jentera dan sayangkan parti dan janganlah disebabkan sikap pemimpin yang sebegini diangkat duduk sebelah Perdana Menteri tertempias kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun khairun lansung tidak bertandang dan menjenguk sewaktu jentera yang bertungkus lumus menghadapi pilihanraya umum 13 sehingga meninggalkan anak bini selama 14hari,makan anak-anak di rumah tidak tersusun,pengurusan rumah diabaikan,keletihan sewaktu bekerja siang akibat malam yang berjaga demi Parti UMNO dan Barisan Nasional memadailah dengan bertandang ke Majlis makan malam semalam bagi menguatkan hati jentera-jentera seperti peenghargaan yang diberikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bersama-sama AJK Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri yang lain.

Kelibatan 3 Exco Pemuda yang lain juga bersama-sama meraikan Majlis penghargaan di Kelab Tasek Putrajaya. Yang menarik perhatian HM, mengapa ada satu gambar yang kelihatan 3exco pemuda ini mengangkat tangan calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda yang baru?

Adakah 3 Exco ini telah merestui kedua-dua pemimpin tempatan ini? Gambar ini mungkin akan memberikan tamparan yang hebat kepada khairun kerana calon tempatan telah direstui oleh Datuk Zaki,Saudara Tun Faisal dan Saudara Yeop Hishammuddin.

Ada juga dikhabarkan Khairun akan menarik diri dengan alasan kesibukkan kerja bersama Perdana Menteri dari bertanding KP Putrajaya akibat sudah merisaukan kekalahan yang akan menimpa apabila bertanding kerana 3 Exco Pemuda telah merestui calon tempatan dan telah kita diketahui bahawa mustahil Jentera Khairun mampu menentang 3 trio Empire yang terkuat di Putrajaya seperti Datuk Zaki,Saudara Tun Faisal dan Saudara Yeop Hishamuddin.

Tetapi adalah yang terbaik supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati pegawai kanannya ini dengan nasihat yang baik dan berketepatan supaya tidak tercatit arang di Muka Perdana Menteri yang selalu mengatakan 'Rakyat Didahulukan'.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...