Thursday, June 13, 2013

KHAIRUN LAMBAT BERI PENJELASAN ROSAKKAN KREDIBILITI @NajibRazak cc @TengkuAdnanReal

HM sedih apabila banyak kali sudah menasihati Khairun sendiri telah mendengar rintihan HM termasuk HM telah berhubung didalam sebuah forum group yang adanya kelibat Khairun, tetapi khairun masih lagi tidak boleh menerima kritikan seumpama ini.

Dikhabarkan dalam group whatssapp Pemuda Putrajaya khairun telah mengeluarkan dirinya daripada sedangkan beberapa kali sebahagian pemuda meminta maaf atas tindak laku mereka yang membongkar rahsia khairun di putrajaya dan ingin mendapat penjelasan daripada khairun mengenai status pemilihan pada kali ini yang dikhabarkan ingin bertanding menjadi Ketua Pemuda putrajaya ternyata gagal. Akhirnya mendapat jalan buntu apabila acap kali apabila admin group pemuda putrajaya memasukkan Khairun, akhirnya khairun mengambil keputusan lari daripada masalah dengan keluar group sedangkan pemuda-pemuda putrajaya menunggu jawapan daripada beliau. 


Hari ini juga dikhabarkan bahawa Khairun masih tidak menghadiri mesyuarat UMNO Putrajaya mungkin akibat task yang banyak di berikan daripada Perdana Menteri kita sehingga tidak dapat hadir mesyuarat jawatankuasa putrajaya.

Diharapkan bahawa jika Khairun masih berdegil memberikan penjelasan ini menunjukkan bahawa kempimpinannya didalam menyelesaikan perkara pokok ini lemah dan akan membawa kelemahan kepada Perdana Menteri kerana jawatan yang disandang oleh Khairun adalah setiausaha politik kepada PM. Jika Datuk Seri Najib lambat menasihati beliau, mungkin kredibiliti Datuk Seri Najib juga akan tercalar akibat penantian penjelasan yang perlu dibuat oleh Khairun dilengah-lengahkan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...