Friday, December 30, 2011

ANWAR BUAT SUMPAH LAKNAT 8JANUARI?


Anwar akan menggunakan langkah yang drastik untuk meraih simpati rakyat dengan kes liwatnya yang akan berakhir di 9hb januari 2012. Anwar akan bersumpah di dalam masjid?adakah ini benar?

Apa tidaknya, dikhabarkan Anwar sekarang sedang mengumpul nama senarai Ulama yang paling kuat untuk menghadiri acara SUMPAH LAKNATNYA bagi mendapatkan simpati rakyat didalam kesnya bahawa Anwar tidak pernah memasukkan anunya secara rela atau paksa di dalam dubur Saiful.Dikhabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Dikhabarkan Biro politik dan saifuddin nasution bertungkus lumus menyusun strategi kaedah sumpah dilakukan dan media-media baru yang menyokongnya dipanggil bagi melebarkan dakyah-dakyah anwar bersumpah. Kepercayaan rakyat Malaysia akan berubah apabila gang2 Malaysiakini, Malaysian Insider,TV Selangor dan TV PAS menyiarkan secara ‘live’ Anwar bersumpah pada 8jan ini bagi menyelamatkan undi Pakatan Rakyat yang dijangkakan akan kalah teruk pada PRU13.

CADANGAN TEMPAT BERSUMPAH ANWAR:
1. Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2. Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
3. Masjid Negara
4. Masjid Jamek KL
5. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
6. Masjid UIA

Dikhabarkan biro politik masih lagi tercari-cari tempat yang sesuai, tetapi iaya tetap akan dijalankan di lembah klang bagi memastikan IMPAK ‘BEBAS ANWAR 901’ akan di maksimum ke tahap yang tinggi bagi Rakyat mengubah persepsi terhadap Anwar.

‘Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.’

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.
Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.

BERITA LANJUT SILA KE SINI DOUBLE Y DAN GELAGAT ANWAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...