Tuesday, December 20, 2011

@DOUBLE Y; ASPIRASI BUKAN PENGECUT



Pada hari ini, HM menjawab kembali persoalan Double YY yang mengatakan Pro-Kerajaan pengecut. Sebenarnya ASPIRASI bukanlah pengecut tetapi hanya menunggu masa untuk mengeluarkan jentera supaya hak mahasiswa tidak dicabul dan dicemari oleh mana-mana pihak termasuk mahasiwa sendiri. Kita amat-amat kecewa dengan sikap adam adli yang telah menurunkan bendera PM kita dan menggantikan dengan mengantikan bendera mereka. Sesuatu yang agak luar biasa dilakukan hanya untuk menunjukkan perasaan benci kepada Perdana Menteri.



Dan pada hari ini, ASPIRASI akan mengandakan Perhimpunan Aman di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi  termasuk bersama-sama dengan mahasiswa “silent majority” menunjukkan taat setia kepada Perdana Menteri kita bagi mengutuk tindakan Adam adli yang menurunkan bendera. Kita juga dapat lihat keghairahan Adam adli sementara sahaja, Adam adli seorang penakut, kita dapat lihat sewaktu seseorang pak cik yang ingin menumbuk dia, lalu berlari jauh daripada kumpulannya di Bukit Aman, kita dapat lihat muka pucatnya setelah mengelak daripada ditumbuk oleh pakcik tersebut.Keghairannya hanya sekelip mata dan apabila ramai yang mengutuk tindakan tersebut menyebabkan adam adli dan SMM serta BEBAS pertubuhan haram diambang kemusnahan.


Tetapi tidak mengapa, ASPIRASI tetap dengan pendirian untuk berada dibelakang Perdana Menteri, kita akan lihat sikap angkuh SMM tidak ingin memohon maaf diatas tindakannya akan diiktiraf sebagai ‘tukang karut’ sahaja kerana mereka bukanlah mewakili seluruh Mahasiswa diseluruh Negara.

ASPIRASI akan membawa seluruh jenteranya dan mahasiswa seramai 1000 orang  yang kecewa dengan sikap angkuh SMM memalukan nama sebagai mahasiswa pada harini dan berkumpul dihadapan Kementerian Pengajian Tinggi bermula pada pukul 230ptg dan  akan bermula dengan 10 orang dari ASPIRASI dan wakil mahasiswa akan memberikan pandangan masing-masing. Kemudian memorandum akan diserahkan kepada Menteri KPT bagi meluahkan rasa kecewa dengan sikap SMM dan perlu diambil tindakan tegas kerana tidak menghormati pemimpin nombor satu Negara.

Dengan cara ini, membuktikan bahawa tindakan mereka menurunkan bendera sebagai tanda hilang rasa percaya kepada kepimpinan  Negara akan ditangkis, kita akan pastikan bahawa SMM ini diambil tindakan kerana ia adalah pertubuhan haram yang cuba berlagak seolah-olah mereka bijak mentadbir Negara. Mereka juga telah mencemarkan hak kebebasan suara yang diberikan dengan perbuatan biadap dan kita semua sedia maklum mereka tidak menghormati kepimpinan Negara.

Mereka lupa bahawa Negara ini mempunyai rakyat yang cukup penuh dengan tatasusila dan adap sopan yang tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...