Tuesday, December 6, 2011

PENIAGA MOGOK SEBAB KERAJAAN SELANGOR MEMPUNYAI LAPORAN AUDIT PALING TERBAIK







Heboh satu Malaysia pihak kerajaan negeri Selangor mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara kerana menguruskan wang kerajaan negeri dengan baik walhal, 3 bangunan PKNS dijual pada 2 bulan lepas kepada Amanah Raya Real Estate Investment trut (ARREIT) dan sewa akan dinaikkan mengikut surat yang bertarikh 12 september. Dan sepatutnya ARREIT yang menguruskan bangunan ini secara logic tetapi surat diberikan untuk menaikkan kadar sewa harga dan apabila ditanya tidak dijawab.



Pada 6 Disember, Bernama pula menyelokarkan huru hara anak syarikat kerajaan negeri itu menaikkan kadar penyewaan dengan notis 2 hingga 7hari kepada peniaga untuk menaikkan kadar sewaan sebanyak 70 hingga 100 peratus.



Ditambah pula dengan Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri menfailkan injuksi bagi menghalang PKNS menaikkan harga sebab PKNS tidak mampu berunding dengan peniaga. Dikhabarkan kira-kira 100 peniaga berkumpul dan mengiringi YDP Persatuan mereka dan peguam ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Didakwa juga anak syarikat kerajaan negeri Selangor lansung tidak menjalankan sebarang kerja penyelenggara dan membaik pulih kemudahan di kompleks ini seperti yang tertera didalam kontrak sebelum ini.

Persoalanya disini adalah:

Dari sini kita dapat melihat bahawa dimanakah perjuangan terhadap kebajikan rakyat jika kerajaan negeri tidak mampu mengawal anak syarikatnya sendiri?

Dimanakah letak kewibawaan PKR yang menjanjikan penyediaan masa yang lebih baik utk rakyat? Dimanakah janji PKR yang ingin memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan rencana ekonomi baru?

Penjualan asset kepada ARREIT itu menunjukkan bahawa adakah PKNS mampu bertanggungjawab hasrat awal pembinaan kompleks tersebut yang dulu ditubuhkan untuk membangunkan peniaga-peniaga kecil?

Dengan gaji pegawai yang tinggi sehingga RM20,000 mampu menjadikan PKNS lebih produktif membantu rakyat?

TETAPI HAKIKATNYA

Sukar ingin kita jelaskan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...