Friday, May 3, 2013

PENJAWAT AWAM WAJIB TENGOK VIDEO TERBUKTI @hajihusammusa GAGAL BANTU RAKYAT DI SALOR

     
 Terbukti gagal apabila kita dapat lihat video dibawah warga Emas tidak dibela di DUN Salor.Ujian poligraf dipandang remeh tetapi ada hati berdebat dengan Datuk Seri Tengku Adnan


 Sidang Media Ujian Poligraf Beranikah Husam bercakap Benar?

Masihkah kau ingat? 
Suatu waktu dulu, di dada akhbar ini, engkau mencabar Eskay



      
Kesian pulak tengok pak cik yang tinggal di DUN Salor ni.... Tajuk kat atas tu tiada kait mengait sangat dengan video di atas, tapi sekadar untuk menarik perhatian pembaca untuk melihat aspek kebajikan pengundi di DUN Salor, yang mana Husam Musa merupakan wakil rakyatnya.



Bagi warga Kelantan di luar Kelantan, janganlah anda siksa orang-orang kampung anda terutama warga emas seperti pak cik ini untuk terus hidup dalam kesusahan di bawah pemerintahan Pas. Yang menanggung nanti adalah mereka, sedangkan anda boleh duduk dengan selesa di luar Kelantan, minum air yang lebih bersih dan tinggal di rumah yang lebih selesa.

Samalah juga dengan pengundi Putrajaya yang tidak tinggal di dalam Putrajaya. Janganlah anda mengundi Pas sehingga menyebabkan kami yang tinggal di Putrajaya terpaksa menjadi mangsa (na'uzubillah). 

Anda mungkin tidak kenal Datuk Seri Tengku Adnan, tetapi sehingga kini jasa beliau terhadap penduduk Putrajaya (bukan sekadar pengundi sahaja) selama dua penggal ini begitu banyak.

Semaklah track record calon Pas di Putrajaya Husam Musa di Parlimen Kubang Krian, DUN Kijang dan DUN Salor terlebih dulu sebelum anda mengundi.

Yang pastinya, Husam tidak menyahut cabaran blogger Kickdafella dan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Nik Mahani Abdullah untuk melakukan Ujian Poligraf semalam.






Husam tidak hadir ujian poligraf bersama Kickdefella

PUTRAJAYA 2 Mei - Hasrat sekumpulan wartawan dan orang ramai untuk menyaksikan calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa menyahut cabaran bekas pegawai khasnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat ujian poligraf di sini tidak kesampaian.

Syed Azidi yang juga penulis blog Kickdefella sebelum ini mencabar Husam menjalani ujian poligraf untuk membuktikan apa yang didedahkan dalam buku Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme tidak benar.

Menurut Syed Azidi, beliau kecewa dengan kegagalan pemimpin kanan Pas itu untuk menjalani ujian tersebut bersamanya bagi membuktikan siapa yang bercakap benar.

Katanya, Husam wajar menyahut cabaran itu kerana beliau merupakan pemimpin yang penuh kontroversi dan diselubungi kecurigaan.

"Saya hadir hari ini untuk menjalani ujian poligraf dan menemani Husam untuk menentukan siapa berbohong dalam isu yang saya timbulkan Ahad lepas mengenai sebuah buku di mana beliau telah membuat laporan polis tentang buku yang tiada nama penulis itu.

"Jadi saya hadir ke sini untuk membuat ujian poligraf mengenai isi kandungan buku itu dan pada waktu sama mencabar beliau membuat laporan polis terhadap isi kandungan buku itu supaya dapat disiasat betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Ujian Poligraf Beranikah Husam Bercakap Benar di Kelab Tasik di sini hari ini.

Hadir sama, bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT), Nik Mahani Nik Mohamad dan Pengerusi Media Siber 1Malaysia, (Cyber1M), Tun Faisal Ismail Aziz.

Ahad lalu, Syed Azidi mencabar Husam untuk membuat ujian poligraf bagi memberi ruang kepada calon 'import' itu membuktikan dirinya bukan pembohong dan bukan sekadar menafikan isi kandungan dalam buku tersebut.

Menurut Syed Azidi, sebagai calon di kerusi Parlimen di sini, Husam sepatutnya berani menyahut cabaran tersebut bagi membersihkan skandal yang menyelubungi dirinya dan bukan menafikan di hadapan kanak-kanak.

"Segala maklumat sepanjang berkhidmat dengan beliau yang saya boleh akses, maklumat dalam buku itu adalah betul. Pada hari Ahad lepas juga saya mendapat laporan beliau bersumpah di sebuah karnival kanak-kanak.

"Saya rasa ini pentas lebih sesuai dan ini satu ujian saintifik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dan banyak kes diselesaikan dan dibuktikan di mahkamah.

"Malah mengikut rekod Husam pernah mencabar Eskay (Salah seorang daripada 'Trio Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah) untuk membuat ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran tetapi sekarang beliau sendiri gagal untuk hadir," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Husam yang hanya berani menutup mulutnya dengan saman di mahkamah tetapi apabila tiba tarikh perbicaraan pelbagai alasan diberikan untuk penangguhan.

"Respons Husam hanya satu daripada semua cabaran saya timbulkan. Beliau minta saya jawab kes itu di mahkamah namun, saya ingin jelaskan kes ini sedang dalam perbicaraan dan sudah empat kali diberi tarikh dan empat kali juga ditangguhkan termasuk hari ini atas sebab-sebab yang hanya Husam tahu," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Azidi berkata, antara kecurigaan yang menyelubungi dirinya sewaktu berkhidmat dengan Husam apabila ditanya sumber kewangan yang banyak dimilikinya, pemimpin itu hanya diam dan tersenyum.

Malah, katanya, Naib Presiden Pas itu juga mengamalkan politik pengecut atau politik kura-kura yang akan menyembunyikan kepala apabila menghadapi masalah.

"Beliau dilihat seperti mengamalkan politik kura-kura di mana apabila wujud krisis atau tekanan beliau akan menyembunyikan kepala kemudian apabila semua selesai beliau akan keluar sebagai hero," katanya.


Sumber:TunFaisal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...