Pertandingan Bowling Sembang Santai Belia Parlimen Putrajaya yang berlangsung semalam di ARL Super Bowl, Alamanda, Putrajaya diadakan untuk beriadah bersama-sama dengan anak-anak muda Putrajaya yang cergas dan giat aktif bersukan. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya & Majlis Belia Kawasan Putrajaya yang sentiasa peka akan kemahuan anak-anak muda ini.
Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Khairudin bin Samad Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Dato' Haji Nordin bin Hassan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Mohd Ghani bin Mohd Yusof Pengarah Jab. Belia dan Sukan W.P. Kuala Lumpur dan Tun Faisal Ismail Aziz Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya. Seramai 102 orang belia pengundi yang hadir untuk program ini bagi bersama-sama bersantai bersama Pemimpin -pemimpin Majlis Belia Kawasan putrajaya ini.
[[KLIK FOTO UNTUK LIHAT LEBIH JELAS!!]]
FOTO SELEBIHNYA BOLEH KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment