Dalih Pembangkang meraih Undi golongan saluran ke 2 dan ke 3 menyerlah apabila percanggahan pendirian mereka terhadap PTPTN. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lit Kit siang dan Lim Guan Eng perlu menjelaskan niat dan hasrat mereka yang mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) secara rasional dan praktikal kerana pada tahun 1997 mereka inilah yang paling bersungguh-sungguh menyokong penubuhan PTPTN bagi memastikan pendidikan anak-anak generasi kini dan masa akan datang tetap terbela serta membantu Negara melahirkan tenaga mahir yang unggul.
Sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah mencetus idea PTPTN ini dan disambut baik oleh Kit Siang dan anaknya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1997 bukan sahaja bersetuju dengan penubuhan PTPTN malah meminta peruntukkan awal sebanyak RM100 juta perlu ditingkatkan kepada RM1bilion bagi menyokong pembangunan pendidikan Negara.
Rekod sidang Parlimen kesembilan,penggal ketiga, Kit Siang dan Guan Eng menyokong perbahasan isu penubuhan PTPTN pada jam 3.13 petang pada 14 Mei 1997 bagi membantu golongan kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi dengan membantu dana pengajian di institusi pengajian tinggi.
Buku Jingga yang memperkenalkan Pendidikan Percuma untuk semua masih lagi didalam perancangan mereka tetapi konsep yang mereka war-warkan itu masih kabur dan menemui jalan buntu kerana cara implementasi konsep pendidikan percuma masih diperingkat permulaan dan banyak persoalan timbul dari segi peruntukkan dana yang perlu dianggarkan untuk dibelanjakan dalam sektor pendidikan.
Majlis Belia Malaysia, GPMS, MPPK , ASPIRASI, SEDAR adalah pertubuhan Belia dan Mahasiswa yang sering mempertikaikan kenyataan pemimpin pembangkang berkenaan yang tidak konsisten dengan pandangan mereka sebelumnya selain kesal kerana terus memanipulasikan mahasiswa seperti yang berlaku sekarang ini di Dataran Merdeka. Adakah mereka lupa bahawa memperkudakan Mahasiswa ini menyebabkan kerugian amat besar terhadap Negara didalam membimbing mahasiswa menjadi tenaga mahir yang berwibawa menerajui Negara kelak?. Hanya disebabkan kepentingan politik, mereka sanggup merosakkan generasi mereka.
ASPIRASI mempertikaikan sehubungan dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini baru-baru ini melaporkan Anwar Ibrahim menyatakan bahawa cuba menegaskan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui PTPTN walau Pakatan Rakyat komited untuk memansuhkan bayaran itu. Kita dapat lihat bahawa cara penyampaian Anwar Ibrahim terhadap isu PTPTN adalah berunsurkan politik dan tindakan itu juga sebenarnya dapat meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa Malaysia. Kita perlu memandang serius terhadap kecemerlangan dan kualiti pendidikan sehingga kita dapat melahirkan tenaga mahir yang benar-benar mampu berdaya saing di arena perkerjaaan secara holistik.
Dengan adanya generasi yang berkualiti kita mampu memberikan keyakinan terhadap pelabur dan masyarakat pernigaan antarabangsa supaya mengunakan tenaga mahir kita yang berkualiti ini. Majoriti Mahasiswa tidak terpedaya dengan gimik-gimik pembangkang didalam memenuhi hasrat kemenangan menuju ke putrajaya dengan membelakangi masa depan mahasiswa secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment