Thursday, December 20, 2012

PENIPUAN DAN FITNAH RAFIZI MENIPU ISU NFC TERBONGKAR








Pertama sekali, tidak pernah ada 5,000 ekar tanah diberikan secara percuma kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang terutamanya Rafizi Ramli.


Antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar adalah seperti berikut:

Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.
Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp

TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk member gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp. Rafizi dalam tweet mengesahkan tuntutan ini. Blogger journo Fabiani Azmi akan merungkai satu persatu penipuan Rafizi Ramli di dalam blog ini.




Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah


Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.

Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.

Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam peneluaran daging lembu dan bahawa rakyat Malaysia tidak akan mempunyai kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyaii 40 peratus daging keluaran tempatan. Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010, kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8.897 ekor lembu telah diimport, 11 peratus di atas nombor sasaran.

Tetapi, akibat iri hati, dan penuh sifat benci terhadap kerajaan, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp dan pemerhati politik percaya ia adalah cara/jalan untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketua Wanita UMNO yang menguasai hampir 1.3 juta ahli wanita UMNO - yang kesemuanya adalah penghalang kepada misi pembangkang ke Putrajaya. DS Shahrizat ialah isteri kepada pengerusi NFCorp.

Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata nombor pengeluaran bagi projek NFC telah gagal. Menurut Rafizi, beliau berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika nombor ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia. Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a “political juggernaut” beliau dengan sengaja telah menipu rakyat dimana “on record” beliau telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan 330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor lembu menjelang 2013 (lihat gambar). Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.



Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300 000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Beliau hanya ingin memburukkan DS Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagain manipulasi politik ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh konsesi adalah 30 tahun dimana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai. Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012.

Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani. Dan pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan daging lembu dan tidak langsung daripada pinjaman NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 adalah dalam angka berganda.

Terus terang, hari ini kira-kira semua orang mempunyai Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.

Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat – buat tidak tahu mengenai kemewahan YB-YB dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12, 000 sebulan. Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz?? Rafizi Ramli kenapa tidak mahu ambil tindakan terhadap perkara ini?

Dalam episod seterusnya, penulis akan menawarkan lebih banyak contoh pembohongan, salah nyata dan gangguan oleh Rafizi Ramli dan geng keji beliau. Terdapat lebih daripada sedozen pendedahan. Tunggu.

sumber:tunfaisal

Tuesday, December 18, 2012

AGENDA ZALIM LIM GUAN TERBONGKAR




Pernahkah anda cuba untuk membeli hartanah di Pulau Pinang?

Saya pernah, dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri: Anda hanya akan mampu memiliki hartanah di Pulau Pinang sekiranya ada seorang jutawan! Rumah teres bersaiz sederhana di George Town kini mencecah RM600,000 dan ada juga yang dijual pada harga RM1 juta –sangat mahal berbanding lima tahun yang lepas! Anda juga boleh menjenguk di kawasan yang kurang dibangunkan seperti Balik Pulau yang mana saya juga telah membuat perbandingan. Rumah-rumah di sana juga kini mencecah RM400,000.00!

Pulau Mutiara adalah sebuah destinasi pelancongan tumpuan pelancong-pelancong antarabangsa tetapi kini secara perlahan telah menjadi sebuah kawasan eksklusif untuk golongan berada sahaja. Dalam kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang membangunkan hartanah untuk pembinaan kondominium mewah dan projek mega, saya dapat rasakan bahawa kerajaan pimpinan DAP ini telah mengenepikan nasib rakyat biasa seperti saya.

Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau Pinang, mereka telah berjanji untuk membina sejumlah 11,500 buah rumah mampu milik pada harga sekitar RM150,000. Janji tersebut jelas hanya taburan janji-janji manis kerana mengikut Laporan Audit Negara 2011, rancangan tersebut masih belum dilaksanakan, malahan saya juga ingin tekankan kekurangan rumah di dalam lingkungan harga RM150,000 -RM350,000. Hakikatnya, tidak wujud perumahan bagi rakyat berpendapatan sederhana seperti saya di Pulau Pinang.

Ini adalah sebab utama mengapa saya di antara ribuan rakyat yang telah beratur panjang memohon perumahan di bawah inisiatif PR1MA. Lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang minggu lepas ternyata telah memberikan suntikan semangat kepada ribuan rakyat Pulau Pinang yang kini sangat merasakan tempias pembangunan luar kawalan di bawah seliaan DAP.

Perdana Menteri telah meyakinkan kami bahawa sejumlah 20,000 buah rumah akan dibina, dan separuh daripadanya adalah di bawah rancangan PR1MA. Sebagai rakyat jati Pulau Pinang, saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan isirumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 layak untuk mendaftar dalam program ini dan diberi pilihan untuk membeli rumah dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM400,000.

Pada pendapat saya Kerajaan Persekutuan jelas prihatin dengan permasalahan rakyat dan isu masalah rumah mampu milik di Pulau Pinang ini ternyata akan menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Nampaknya setakat ini hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menyakinkan saya bahawa mereka mendengar segala keluhan dan permasalahan rakyat. Saya telah hilang keyakinan saya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang hanya berminat untuk menjadikan Pulau Pinang satu daerah eksklusif buat golongan berada.

Namun begitu saya percaya kekurangan tanah di Pulau Pinang adalah salah satu sebab mengapa agak sukar untuk menyediakan kawasan perumahan mampu milik di Pulau Pinang.

Tidak keterlaluan juga kiranya saya katakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang seolah secara sistematik sedang mengusir keluar golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang ke tanah besar. Semua sedia maklum bahawa golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang majoritinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan India.

Adakah DAP berniat untuk menjadikan Pulau Mutiara ini persis Singapura.

Read more: Pecahpalamikir

PAS GETAR APABILA MUFTI BERSUARA


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meminta supaya mufti mufti tidak mencampuri hal politik sekiranya tidak tahu asal usul parti kenapa? Mungkin kerana takut kenyataan Mufti Mufti ini akan mengganggu gugat kenyataan sesat mereka agaknya.

Beliau berkata begitu setelah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Bagi Sangkakala, mufti tersebut mengambil pendekatan bahawa Hadi Awang telah mengkafirkan saudara sesama islam dan ini bertentangan dengan hukum syarak.

Kata Harun, PAS akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).


Apa kena mengena akidah seorang islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tu dengan sejarah? Adakah itu cara PAS mengajar pengikut pengikutnya?


Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

Ternyata PAS sudah tidak lagi mengikut landasan perjuangan mereka yang sebenar atau yang terdahulu, kini PAS dilihat boleh menyelar serta mengutuk ulama ulama yang menegur cara kepimpinan mereka berpolitik.

SUMBER: SANGKAKALAJARI9

Sunday, December 2, 2012

PERGULUNGAN PRESIDEN UMNO SATUKAN UMAT MELAYU ISLAM #PAU2012





Ini adalah ucapan penggulungan Presiden UMNO yang paling ringkas di akhir Perhimpunan Agung UMNO.Ia mengambil masa kira-kira 45 minit saja.Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak ‘ langgar’ waktu Maghrib yang menjelang tiba petang Sabtu.

Biasa ucapan penting presiden parti yang menjadi kemuncak seluruh perhimpunan setahun sekali itu ambil masa lebih sejam lamanya.

 Namun dalam tempoh yang singkat itu,Perdana Menteri telah berjaya membakar semangat para perwakilan UMNO dari seluruh negara yang menunggu untuk mendengar amanatnya menjelang pilihanraya umum bila-bila masa tahun depan.

Lebih berseri lagi majlis pengulungan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dihadiri oleh kedua-dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

Mesej Najib sangat jelas dan padat.Gema semangatnya dapat dilihat dari reaksi para perwakilan,pemerhati dan orangramai yang membanjiri PWTC.

Makanya pembangkang jangan ingat mereka boleh goyang kaki dan senang-senang hendak tebas jalan ke  Putrajaya pada PRU13.

Paling menarik….Najib cakap dengan penuh yakin Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya dengan dua pertiga kerusi Parlimen.

Ia bagi menebus tsunami politik PRU12 dimana BN menang tetapi kehilangan ‘ kuasa’ itu yang penting di Parlimen.

Apapun Najib mengasaskan keyakinan beliau itu sekiranya tindak tanduk sabotaj parti 'sesama kita' dapat diselesaikan.

'Sesama kita' itu merujuk kepada perbuatan sabotaj, cah keting dan yang seumpamanya oleh ahli parti yang kecewa kerana hasrat mereka tidak dipenuhi atau tidak dapat menjadi calon.

Beliau mengakui perbuatan sabotaj sesama sendiri dalam parti lebih membimbangkannya berbanding hendak berentap dengan lawan dalam mencapai matlamat itu.

Dalam kontek ini Perdana Menteri melontarkan soalan yang disifatkannya sebagai soalan 'cepumas'.

Ia penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota Umno untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden Umno itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu -- sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

"Ini survey penting...tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang...tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera," katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.

"Kita hendak semangat seperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas, dia cong (tipu) kita, kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu)...tidak bekerja (untuk parti) atau lebih parah dia sabotaj atau lompat parti," katanya.

Beliau turut mencuit sinis golongan yang sanggup mengkhianati parti selepas puas merasai nikmat yang diperolehi semasa berada di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini hampir semua penyokong tegar, penyokong setia pada perjuangan parti. Tetapi jangan lupa ada juga bekas menteri, timbalan menteri yang sudah mengkhianati parti ini.

"Dia sudah rasa nikmat jadi menteri dan timbalan menteri dan banyak lagi nikmat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, mungkin kerana dihasut orang tertentu, hari ini mereka jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.

Sebab itu, kata Najib, pada perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ini, jawapan paling wajar kepada soalan cepumas yang diutarakan itu adalah perakuan untuk terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Seluruh pejuang Umno harus menjawab dengan suara yang cukup yakin dan hebat. Jawapan yang kita hendak pada soalan cepumas itu tidak lain tidak bukan kalau saya tidak dipilih sebagai calon, saya tetap akan menyokong calon Umno dan BN.

"Boleh kah tuan-tuan dan puan-puan...boleh kah?" soalnya dengan penuh bersemangat sebanyak tiga kali, dan disahut jeritan "boleh" tiga kali, oleh lebih 2,700 anggota perwakilan yang ada.

Kata Najib, jika jawapan yang diberi itu lahir ikhlas dari hati anggota Umno, beliau yakin kemenangan dua pertiga akan menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Najib menegaskan bahawa UMNO sudah sedia untuk sasaran memperolehi majoriti dua pertiga.

"Dua pertiga adalah sasaran kita, dan kita akan 'all out' untuk mencapainya..." ujar beliau.

Ahli UMNO kini menurutnya berada dalam semangat tinggi dan beliau percaya semangat tersebut akan kekal sehingga hari pengundian nanti.

"UMNO sudah sedia dan semangat melawan kita tinggi," katanya.




Mengulas mengenai cara yang akan digunakan UMNO untuk elak sabotaj kata Najib, ia merupakan sesuatu "in heart and mind" dan sukar untuk ditetapkan keadah khusus.

"Cuma dia kena tahu bawa perbuatan akan merosakkan parti dan merosakkan dia juga..." katanya.

Terdahulu, Najib memulakan ucapan dengan SALAM 1MALAYSIA...TOLAK FITNAH.

Ini adalah satu pembaharuan.Sebelum ini ia diucap sebagai SALAM 1MALAYSIA...sahaja.

Najib turut mengumumkan UMNO akan menubuhkan institut kepimpinannya sendiri dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Ini permintaan sayap Puteri dan Pemuda, kita terima, kita buat serta-merta selepas kajian mengenai salibusnya selesai, boleh guna mana-mana dewan latihan yang kita ada, tidak perlu bangunan baru..." ujarnya.

Manakala bagi menghargai peniaga kecil dan sederhana, beliaum umumkan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan dinaikkan dari RM50,000 kepada RM100,000 secepat mungkin.

Satu lagi berita gembira kepada 120,000 individu muflis kerana kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan yang terlalu ketat buat masa ini.

"Kita juga berjanji akan mencari jalan untuk memberi peluang kedua kepada individu yang muflis, kerana kita percaya ada yang muflis sebab tolong jadi penjamin kepada kawan tetapi bukan semuanya,"jelas beliau.

Di akhir persidangan, Najib meminta semua ahli UMNO memastikan jangan sesiapa memberikan undi kepada pembangkang dalam pilihanraya nanti kerana pembangkang hanya merosakkan akidah, perpecahan dan penindasan keatas bangsa kita.

Najib kemudiannya mengetuai ikrar dan doa bagi mencetuskan semangat juang di kalangan ahli UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang dan mempertahankan kerajaan sekarang.

Beliau meminta semua perwakilan bangun ketika membaca ikrar dan sebaik selesai, lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dinyanyikan sekali lagi oleh semua pemimpin dan perwakilan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2012 melabuhkan tirainya. -agendadaily

#PAU2012 FATHUL BARI-1Malaysia tolak fitnah PR!

         

SUMBER:Tunfaisal

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN AKUI PAS SONGLAP DUIT TABUNG MEMALI







         

Sumber: kulaanniring

Wednesday, November 28, 2012

VIDEO PENUH TUN MAHATHIR DALAM "MALAYSIA SOLUTION" UNTUK SELESAIKAN KONFLIK DALAM NEGARA #PAU2012

       
     

@Armand_PJU BERI PENJELASAN MENGENAI KECOHNYA PEMBANGKANG ISU ROYALTI DI #PAU2012

 

        


Penjelasan Armand mengenai tohmah dan fitnah pakatan bahawa orang UMNO telah mengasari dan menggunakan kekerasan serta melemparkan kata-kata kesat kepada kumpulan "Royalti" ini adalah tidak benar sama sekali...

Penjelasan ini rentetan kepada story kumpulan Royalti terjah dalam PWTC semasa ucapan taklimat Presiden UMNO baru-baru ini

SEBELUM PENJELASAN INI YANG BERLAKU:



Sumber:Kulaan Niring

Tuesday, November 27, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 PEMUDA MAMPU MENANGI PERANG MINDA @KhairyKJ #PAU2012


Perhimpunan Agung UMNO, Landasan Pemuda Perkasa Jentera PRU-13

KUALA LUMPUR : Pergerakan Pemuda UMNO mesti menjadikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 sebagai landasan untuk meledakkan semangat perang berjuang habis-habisan bagi memenangi minda dan hati pengundi muda serta pemilih atas pagar dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), yang akan diadakan bila-bila masa saja, anggota perwakilan Pemuda UMNO seharusnya dapat mencambah fikiran untuk merangka dan memperkasa strategi, sekaligus menterjemahkan sokongan generasi muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tegas mengingatkan perwakilan perhimpunan sayap Pemuda UMNO nanti membekalkan diri dengan hujah yang akan disampaikan pemimpin dan mesej kepada rakyat.

"Hujah ini kekuatan kepada kita (Pemuda) dan perlu kita bawa balik ke kawasan masing-masing bagi kita sebarkan kepada rakyat. Ini pentas keramat, saya beri kebebasan (berbahas) jadi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.

"Kita (Pemuda) harus menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia luar bahawa Perhimpunan Agung UMNO bukan untuk ahli kita atau perwakilan saja tetapi tujuannya untuk menghantar mesej dan isyarat yang jelas kepada rakyat iaitu UMNO komited untuk berkhidmat demi rakyat," katanya kepada BERNAMA.

Perhimpunan UMNO akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini (Selasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiap sayap akan diwakili 991 anggota, manakala Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini akan mengumpulkan 2,759 anggota yang akan bersidang sehingga 1 Disember.

Seperti sayap UMNO lain yang memberi fokus agenda utama perhimpunan agung berbincang mengenai persiapan akhir menghadapi PRU-13, Khairy mahu kira-kira 700,000 anggota Pemuda UMNO memainkan peranan lebih besar menjelang pilihan raya umum dan tidak hanya berada di takuk lama sebagai pemasang bendera, penggantung poster dan juga penjaga keselamatan.

"Pemuda mampu memainkan peranan lebih besar khususnya dalam konteks perang minda yakni menawan minda dan hati rakyat. Bagi saya itu lebih penting daripada melakukan kerja-kerja rutin.

"Selain itu tidak kekok saya katakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai peraih undi bersama sayap Wanita serta Puteri yang pergi rumah ke rumah, ada juga rumah yang mana penghuninya orang muda, jadi lebih sesuai Pemuda berada di sana," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata generasi muda mesti tahu apakah implikasi pilihan mereka pada PRU-13 terhadap masa depan negara dan bahawa senario inilah pilihan yang terpaksa mereka hadapi.

Khairy berkata ada pihak yang berpendapat bahawa pengundi muda adalah faktor penentu kepada PRU-13 disebabkan sifat atas pagar dan sokongan mereka lebih mudah dilentur berbanding penyokong tegar sesebuah parti yang sudah diketahui arah sokongan mereka.

"Sokongan yang mudah dilentur itu juga menjadi faktor mengapa pengundi muda harus diberikan tumpuan daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang telah 'buta hati' terhadap jasa dan bakti UMNO.

"Mereka yang buta hati terhadap kebaikan yang dibawa UMNO saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka. Majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan akan menjadi sasaran," katanya.

Khairy berkata senjata terpenting dalam memenangi hati pengundi ialah hujah yang tepat dan berkesan, bukan retorik semata-mata.

Penggunaan media baharu seperti Twitter, Facebook dan portal berita antara cara terbaik meraih sokongan pengundi muda kerana lebih 80 peratus daripada pengundi di bawah umur 40 tahun itu mendapat maklumat terkini daripada media digital.

"Apa yang menarik mengenai media baharu dan pengundi ini ialah adanya informasi sumber orang ramai dalam satu tempat dan informasi ini bukan informasi jenis satu hala seperti dalam media arus perdana. Inilah yang kita perlu gunakan sepenuhnya bagi menarik sokongan generasi muda yang berada atas pagar sokong kita.

"Buat permulaan jangan sama sekali kita tapis media baru ini. Bila satu isu mengenai kita muncul pada media itu, kita perlu balas kembali dengan fakta yang relevan dan berhujahlah pertahankan kes kita dan kita perlu lakukan ini dengan pantas kerana pusingan media ini kurang lima minit berbanding arus perdana kira-kira 24 jam," katanya.

Selain menggunakan media baharu, Khairy berkata kerajaan dan Pemuda UMNO mengambil langkah turun padang dan mendengar secara langsung apa yang ingin diperkatakan pengundi muda, kerana era kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat, sudah berakhir.

"Bukan lagi masanya untuk berteka-teki. Kita mesti tahu apa yang diperlukan oleh generasi ini dengan pembabitan bersama generasi ini. Kita dengar apa mereka kata dan mahu kemudian laksanakan, kita tidak sesekali dengar saja," katanya.

Hasilnya, kata Khairy, berlakulah transformasi berlandaskan 'politik khidmat bakti' Pemuda UMNO bangkit membantu generasi muda menerusi pelbagai program seperti Pameran Kerjaya Pemuda BN yang disasarkan untuk mengatasi isu kebolehpasaran pekerjaan rakyat bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan tinggi. - BERNAMA

Sumber: Tunfaisal

KEYPOINT ULASAN UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN DARI NAIB-NAIB PRESIDEN UMNO @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O & Shafie Afdal #PAU2012



1. Sidang media untuk mengupas ucapan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin telah diamanahkan kepada 3 Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin Hussein dan DS Shafie Afdal.

2. DS Zahid telah menyentuh mengenai 3 perkara pokok yang disebut di dalam ucapan tersebut.

3. Pertama beliau mengupas tentang kelayakan PAS untuk membentuk kerajaan.

4. PAS tidak layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan 'score card' prestasi PAS pada pilihanraya yang lepas.

5. PAS dilihat telah bertanding hanya 66 kerusi sahaja dan menang pula sekadar 23 kerusi pula. Untuk membentuk kerajaan, diperlukan sekurang-kurang 112 kerusi. Maka niat PAS untuk membentuk kerajaan dianggap tidak berpijak di atas bumi yang nyata.

6. Kedua adalah mengenai keupayan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara.

7. DS Zahid berkata bahawa kita tidak perlu lihat jauh kepada keupayaan pembangkang. Cukup sekadar kita menilai keupayaan mereka mentadbir dan menguruskan 4 negeri yang mereka menang. Jikalau keupayaan mentadbir negeri pun tidak cekap inikan pula untuk mentadbir negara.

8. Yang ketiga pula adalah mengenai perjuangan ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri adalah berterusan sepanjang masa. Ini juga adalah platform bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan sebelum diberikan tanggung jawab yang lebih besar.

9. Apabila ditanyakan tentang permuafakatan Pakatan, Shafie dan Hishammuddin menjelaskan bahawa pakatan mereka adalah tidak seutuh mana. Di Pulau Pinang contohnya, PAS yang dilihat sebagai pakar dalam agama dan boleh menasihati tentang hal-hal agama tidak diberi tempat sebagai Exco Agama.

10. Apabila Nurul Izzah mengeluarkan kenyataannya yang jelas bertentangan dengan Islam juga tidak disentuh oleh PAS. Malah Ketua Dewan Ulama PAS turut menyatakan bahawa itu (su Nurul Izzah) adalah hal kecil dan tidak perlu dibincangkan.

SUMBER: KULAAN NIRING 

Monday, November 12, 2012

TUN M:TINDAKAN BODOH DAN MELAMPAU IZZAH MENCEMARKAN NAMA BAIK AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya.

Tun M berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
   
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
   
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.

SUMBER:KULAAN NIRING

Wednesday, November 7, 2012

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN IZZAH MENGHINA ISLAM


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'facebook'nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam.

Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.

"Mais bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Walau apapun, Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.

SUMBER:SEMUT HITAM

PAKATAN GUSAR BARAK KEMENANGAN BARAK OBAMA AKAN MENGEKALKAN NAJIB RAZAK DI PRU 13




NEW YORK – Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih – lebih 11 undi minimum yang diperlukan.
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon – Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa – yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih

Friday, November 2, 2012

APLIKASI PENGESAN KAMERA AES UNTUK PENGGUNA ANDROID




Berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah pun dicipta oleh seorang warga Malaysia bagi membolehkan anda mengesan lokasi kamera AES berada.

Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 1000 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 1000 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.

Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.







Tuesday, October 9, 2012

NASHARUDIN RELA DIPECAT DAN TUNGGU SAMAN DARI KARPAL SINGH


Berita terbaru Ust Nasharudin rela dipecat dari PAS sekiranya pucuk pemimpinannya tidak mahunya lagi.1 M mengucapkan Syabas keberanian Ust Nasharudin membela ISLAM lagi daripada PAS semata mata mengikut telunjuk ANWAR ke Putrajaya.

TONY PUA MULA MENGHINA TOKOH NEGARA TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA




"Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk. Beliau (Mahathir) hanya mencemarkan nama baik dia sendiri, apa yang masih tertinggal dan mengurangkan persepsi baik antara kalangan orang ramai terhadap beliau di dalam tahun-tahun terakhir ini,"

katanya seperti yang dilaporkan oleh media utama. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas kenyataan negarawan tersebut dalam sebuah akhbar semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang.

Walaupun sebagai "seekor anjing salakan" DAP, Tony Pua seharusnya berhati-hati di dalam membuat cacian dan makian terhadap Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir Mohamed. Apa jasa beliau kepada Negara Malaysia sehinggakan beliau diberi lesen untuk menghina seorang Mantan Pemimpin Negara? "Anjing salakan" harapan DAPig ini siapa? Semua orang tahu dia bukan ahli perniagaan yang berjaya. Sebelum pulang ke Malaysia, Tony Pua sendiri adalah seorang peniaga yang gagal!!! Beliau merupakan seorang pemilik syarikat Singapura yang mempunyai kerugian sebanyak SGD8.26 juta. Syarikat yang dimaksudkan didaftarkan di Singapura atas nama Cyber Village Holding Limited. Syarikat ini kemudainnya ditukar nama kepada Koyo International pada 2008 untuk mengelakkan daripada dikesan.

Si pembohong Tony Pua tidak pernah memberitahu umum bahawa syarikat Cyber Village telah diambilalih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah merupakan syarikat bernilai RM2. Pemilik saham Brightsphere terdiri daripada bekas pekerja Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing), manakala Setiausaha Syarikat pula adalah isteri kepada Tony Pua, Yow Ting Fong. Brightshphere pula didaftarkan di alamat berdekatan dengan firma guaman isteri Tony Pua, Chris Lim Ting and Partners, T-109, 3rd Floor, Centre Point, BandarUtama. Jika tidak disebabkan pertolongan daripada Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pemilik Genting, yang membuat suntikan modal sebanyak SGD3 juta, Tony Pua sudah lama muflis!

Inilah calon harapan DAP yang bakal memegang tampuk Menteri Kewangan selepas Pakatan Haram menang PRU13. Kalau ini berlaku, yang pasti Malaysia akan turut bangkrap! Dengan sejarahnya yang tidak begitu elok, kita harapkan Tony Pua duduk diam-diam maa! Jangan suka kutuk dan maki orang. Aiyaa, lupa wa mahu tanya, sudahkah "anjing salakan DAP" ini membayar RM200,000 kepada SYABAS selepas didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah?

SUMBER:khairulryezal

Thursday, August 30, 2012

A.SAMAD SAID :KETULENAN MENYAMBUT MERDEKA TERPADAM DALAM JANJIBERSIH

 
A. Samad Said menjanjikan Ketulenan menyambut kemerdekaan didalam Janji Bersih. Tetapi akhirnya Ketulenan itu dicabar dengan sikap penyokong Pembangkang menyebabkan JanjiBersih yang dilambangkan sebagai satu sambutan merdeka yang tulen dicarik-carik akibat sikap memijak-mijak gambar pemimpin nombor Satu Negara, iaitu Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Apakah benar ini satu tuduhan?adakah benar ini satu provokasi terhadap semangat JanjiBersih?adakah ini bukan penyokong Pembangkang? mari kita saksikan:


     

Saturday, August 11, 2012

NAMEWEE DIAKUI SAKIT MENTAL MEROSAKKAN NAMA NEGARA






Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

        

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.- Bernama





Gambar diatas ialah caci - cacian dari rakyat china kepada namewee dan malaysia juga terkena tempiasnya. Dibawah pula lagu balas dari negara China yang dibuat oleh Huang Ming-Chih kepada Namewee. 

FLASHBACK APA NAMEWEE YANG MERUPAKAN SEORANG MENTAL BERKELAKUAN BAIK
       
     

Wednesday, August 8, 2012

APAKAH BN YOUTH CYBER TEAM?

        

KenyataanAkhbar
YB KhairyJamaluddin Abu Bakar
PengerusiPemudaBarisanNasional

Pemuda BN sedar bahawa dalam lanskap politik hari ini, persepsi tidak dibentuk hanya melalui media konvensional, portal berita dan blog, tetapi kuasa pembentukan persepsi turut dikongsi oleh platform media sosial lain seperti facebook dan twitter. Bukan sahaja maklumat dan fitnah dapat dikongsikan melalui pelbagai bentuk bahan multimedia, malah ia juga dapat disalurkan dengan begitu pantas, melibatkan jumlah penyebar dan penerima yang begitu ramai sekali serta sukar dikesan. Menyedari kompleksiti penggunaan media siber dalam pembentukan persepsi pada hari ini, saya suka untuk mengumumkan satu lagi produk Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, iaitu Pasukan Siber atau CyberTeam Pemuda BarisanNasional.

Tujuan utama penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini adalah untuk menyatukan segala sumber bakat, tenaga dan fikiran yang ada di kalangan anggota Pemuda BN dan juga pihak yang bersimpati dengan perjuangan BN; dan mengkoordinasi gerak kerja siber agar makumat-maklumat berkenaan dasar, program dan fakta sebenar daripada pihak kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan seterusnya membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Keahlian CyberTeam Pemuda BN terbuka kepada semua sukarelawan siber pro-BN dan pro-kerajaan, lelaki dan wanita dari semua peringkat umur, dari pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang, di kalangan penulis, penulis blog, pengendali vlogg, pengendali portal, pengendali media sosial, penggiat multimedia kreatif, kartunis dan sesiapa sahaja yang percaya bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan tugas yang baik dan wajar di beri mandat untuk terus memimpin negara.

Bagi menghadapi PRU13 ini, melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN, beberapa program telah dirangka, iaitu bermula dengan pelancarannya jentera ini hari ini, disusuli dengan Makmal Pendampingan Siber Pertama melibatkan CyberTeam Pemuda BN Pusat, Makmal Pendampingan Siber Kedua melibatkan CyberTeam Pemuda BN di peringkat negeri dan Simulasi Pendampingan Siber PRU-13 dalam bulan September. 

Pasukan ini akan diketuai oleh saudara Tun Faisal Ismail bin Aziz dan akan dibantu oleh saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan semua Ketua Penerangan atau Unit Media Sosial sayap Pemuda Parti-Partikomponen. 

Pemuda BN  sedar bahawa usaha untuk mendampingi seramai mungkin anggota masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja siber yang berkesan bagi menghadapi PRU13 amat penting. Pemuda BN juga sedar bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang mahu menyokong dan menyumbang untuk BN di ruang siber. Melalui CyberTeam Pemuda BN, saya berharap kita akan dapat menarik bakat-bakat baru di kalangan anak muda yang menyokong BN di luar sana. Apa yang mengkagumkan, walaupun bukan merupakan ahli mana-mana parti di dalam BN, mereka begitu komited mempertahankan BN. Mereka sanggup melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan kedudukan BN terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda. Melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini, Pemuda BN berharap ia akan membolehkan penggerak siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.

Bakat-bakat baru ini dapat memberi sumbangan kepada CyberTeam Pemuda BN dalam bentuk buah pemikiran strategik, idea, arikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang kemahiran yang dimiliki. Sumbangan yang diberikan tidak hanya tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan tadi, tetapi sesiapa sahaja tetap mampu untuk memberi sumbangan yang berharga dalam bentuk ‘Like’ di Facebook Fan Page, Retweet di Twitter atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.

Untuk menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke email bnycyberteam@gmai.com atau melalui :-

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team/475344502477266
FACEBOOK BAHASA INGGERIS http://www.facebook.com/pages/BN-Cyber-Team-Eng/349963081745588 
FACEBOOK BAHASA CINA http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team-CN/485480184812669 
FACEBOOK BAHASA TAMIL : https://www.facebook.com/BNYCTTamil
TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam
BLOG : http://bnycyberteam.net
YOUTUBE : http://www.youtube.com/channel/UCDZC5AD-rQgUw6nXErZW_dw

Sumber:TUN FAISAL


Sunday, July 29, 2012

NIK ABDUH NIK AZIZ: KEFASIKAN TERJELMA BILA BERCERAMAH TANPA BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM

Mari Kita Lihat Nik Abduh Nik Aziz yang cuba Memesongkan Akidah Umat Islam



       



HM terkejut dengan ada seorang Hamba Allah ini menyampaikan Ceramah PAS Nik Abduh Nik Aziz sudah memesongkan Akidah Umat Islam dengan mengatakan Allah mengarahkan PAS Ke Putrajaya.
Apakah Dalil yang menyokong kenyataan 'Allah mengarahkan kita ke Putrajaya' yang disebutkan oleh Nik Abduh Nik Aziz?

1. Apakah maksud 'Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita'? siapakah musuh yang dikatakan?Siapakah yang menyembah Syaitan? Mereka Lupa Bahawa Allah tidak suka kepada orang yang mencerca sesama saudara Islam 

2. Adakah Pemimpin Melayu yang beragama Islam termasuk Perdana Menteri dikatakan menyembah Syaitan? Mereka Lupa Bahawa Allah tidak suka kepada orang yang mencerca sesama saudara Islam 

3. Apakah Dalil yang mengatakan Biru yang tidak berguna dijalan Allah?Adakah Allah jadikan Warna Biru adalah warna yang tidak berguna di Jalan Allah?Adakah mereka lupa bahawa Air mutlak mengambil Wuduk itu berwarna Biru?Mereka Lupa Bahawa Allah tidak suka kepada orang yang mencerca sesama saudara Islam 

Penjelasan:

1. Janganlah kita merosakkan perhubungan sesama saudara Islam disebabkan atas kepentingan diri sendiri dan politik kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan orang yang menuduh,menghina sesama Islam akan menjadi Fasik


'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang 
(Surah al-Hujurat:11)

Dari Abu Zar r.a.,bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain,melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut.

(Riwayat al-Bukhari)




2. Sesungguhnya menyakiti hati orang mukmin juga Allah menyatakan bahawa orang yang menyakiti menanggung dosa besar

Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)

SILA KLIK DISINI UNTUK PENJELASAN LANJUT: SINI


-Jangan hati kita dikaburi dengan label "Islam" yang tercatat pada nama PAS-




Tuesday, July 24, 2012

EKSKLUSIF: KHAZIM ELIAS 'KENAPA MELAYU PERLU DIPERTAHANKAN UNTUK AGAMA ISLAM'

      

Isu Melayu Kenapa Perlu dipertahankan: 


1. Majoriti Melayu Beragama Islam 
2. Majoriti Melayu beragama Islam Hadir ke Masjid 
3. Sensitiviti Orang Melayu Berasaskan Syariat Islam 
4. Tidak ada Kumpulan Bukan Melayu yang menyokong Syariat 
    Islam 
5. Persatuan Terbesar Melayu (UMNO) mampu menekankan dan
    mempertahankan Agama Islam 

6. PAS tidak mampu menguasai DAP dan Karpal Sigh didalam 
    menegakkan Syariat Islam 
7. Kita Akui bahawa UMNO banyak kelemahan dan tidak sempurna   
    tetapi Parti inilah yang mampu mempertahankan Islam dan 
    memelihara Islam. 


 MAKA DEMI ISLAM PERTAHANKAN UMNO KERANA PARTI INI SAHAJA YANG MAMPU MEMPERTAHANKAN DAN MEMELIHARA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

HOT:KHAZIM ELIAS MENJELASKAN PENDAPAT FAHAMAN TUAN GURU NIK AZIZ HINA RASULULLAH

Sunday, July 22, 2012

TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENGHALALKAN CARA DENGAN MENYAMAKAN 'DEMONSTRASI' DAN 'SOLAT BERJEMAAH'

     

PETIKAN 0.03
1.Tabiat Manusia. Sembahyang Berjemaah ini Demonstrasi
2. Umat Islam diajar Demonstrasi 5kali sehari 
3. Sekali Seminggu Demonstrasi lebih besar dibuat 
4. Setahun Sekali Seluruh Dunia orang Islam pergi ke Tanah Suci

Perbezaan:

PETIKAN 1.00
1. Demonstrasi adalah hak Manusia
2.Demonstrasi xboleh sekat
3. Kalau tidak mahu demonstrasi,jangan buat benda yang bercanggah kehendak rakyat 


Apakah yang difahamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan dengan dua Perkara Berbeza ini "Solat Berjemaah " dan "Demonstrasi"?.

Pendapat HM terang menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah cuba menyeleweng pengertian soal 'Berjemaah' dan demonstrasi dan diharapkan oleh orang Muda tidak menyalahfahami apa pengertian bagi kedua-dua perkataan yang disebut. HM gusar apabila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian mengenai menghalalkan Demonstrasi dengan  menyamakan solat berjemaah disebabkan oleh cuba mempertahankan demonstrasi dan kepentingan politik sanggup menjual pengertian sebenar Berjemaah didalam melakukan ibadat. 

Mari kita lihat perbedaan pengetian dibawah:

PENJELASAN:

Demonstrasi:

Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul secara beramai-ramai melalui perarakan untuk menyatakan pendapat
                         -Dewan Bahasa Dan Pustaka-

Solat Berjemaah:
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selaindaripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
                         -Buku Teks Pendidikan Islam-


-MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA-




Thursday, July 12, 2012

PENJELASAN DATO' SRI NAJIB ABDUL RAZAK BERKENAAN SUBSIDI PETROL DAN PERUMAHAN 1MALAYSIA (PRIMA)

[Video] Penjelasan @NajibRazak menjawab soalan rakan on-line tentang subsidi petrol, perumahan 1 Malaysia #PR1MA


           
       
          

ULAMA TIDAK BOLEH MENJATUHKAN HUKUM HAKAM SESUKA HATI TERHADAP SESEORANG

     


Ulama, umara perlu elak politik kepartian 


FEB 9 — Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa. Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara.” (Riwayat Ibn Abdul Barr).


Oleh itu, harapan tinggi diletakkan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan cabaran.


Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ulama salih akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemerintah.


Katanya, nasihat ulama bukan saja memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat di bawah pemerintahannya sehingga ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada pemerintah adalah lebih baik daripada menderhaka terhadap mereka.


“Apabila Imam Malik ditanya hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, beliau berkata, harus jika kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya jika pemerintah tidak seperti Umar, jawab Imam Malik, biarkan Allah bertindak terhadap kedua-dua golongan itu.


“Ulama lain juga berpandangan apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik,” katanya pada sesi pembentangan kertas kerja sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Ulama dan Umara Dalam Memperkasa Pembangunan Ummah. Katanya, pemerintah pula hendaklah sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama dan melaksanakannya.


Majlis itu bertemakan: ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’ dan bertujuan menyatukan fikrah ulama dan umara bagi melahirkan generasi berkebolehan dalam segenap bidang demi mengembalikan kegemilangan Islam. Pertemuan itu juga bertujuan memberi ruang ulama dan umara berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi serta masyarakat sebagai penyumbang pembangunan negara.


Mahmood Zuhdi berkata, pembangunan ummah hanya akan tercapai melalui hubungan baik serta kerjasama antara golongan bijak pandai dan barisan kepemimpinan. Pemuafakatan itu nanti menentukan kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan ekonomi.


Beliau berkata, kemajuan tidak dapat dilaksanakan di negara yang mengalami pergolakan politik tetapi sebaliknya jika politik negara itu stabil.


“Realiti di Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan kemajuan menjadi pesat pada waktu kepemimpinan politik stabil. Sebaliknya jika politik goyah, tiada kemajuan dicapai dan pembangunan ummah menjadi lembap,” katanya.


Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, pula membentangkan kertas kerja: ‘Ulama dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?’ Beliau berkata, kekuatan negara bergantung kepada empat perkara. Empat perkara yang mesti ada dalam satu negara ialah ilmu ulama, pemerintah yang adil, kemurahan hati hartawan yang bersedia menghulurkan bantuan dan doa orang fakir.


Justeru katanya, status hubungan ulama dan umara ialah ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dalam melaksanakan tanggungjawab serta pengaruh masing-masing, bukan bergabung hanya pada masa tertentu.


“Ulama dan umara perlu tahu kelemahan serta kekuatan masing-masing selain bersedia membantu, menambah mana kurang, memperkuat mana yang lemah. Kelemahan dan kekuatan salah satu daripada dua golongan ini akan menggugat kekuatan serta maruah negara,” katanya.


Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan status tinggi kepada Islam sebagai agama negara menuntut kerjasama antara umara dan ulama melalui pembentukan agensi agama, pusat pendidikan, perundangan serta muamalat berasaskan agama.


Ismail berkata, pentadbiran dan barisan kepemimpinan memerlukan bantuan ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. “Kerajaan memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu dibangkitkan dan kerajaan memerlukan kefahaman daripada sudut fatwa serta hukum Islam. Ini dapat dilakukan melalui hubungan erat ulama dan umara,” katanya.


Pada masa sama katanya, institusi ulama perlu dimantapkan supaya tampil kuat, disegani serta dihormati.


Ismail berkata, tidak dinafikan ulama sekarang lahir dengan pelbagai wajah seperti dalam pergolakan mendapat kuasa politik, maka akan lahir ulama politik dan bagi yang mencari rezeki lebih pula, jadilah ulama duta produk tertentu.


Bagaimanapun, katanya, perkembangan itu tidak menjejaskan institusi ulama selagi mereka bersatu, jujur serta ikhlas menunaikan kewajipan ketika menghadapi cabaran yang menggugat agama dan umat Islam.


“Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.


“Amat menyedihkan apabila ulama sanggup menegakkan hujah yang bercanggah berdasarkan ideologi politik kepartian. Taksub dan fanatik parti politik ini sudah merebak, sekali gus menjatuh serta mencemar imej perjuangan Islam di negara ini,” katanya.


Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan Lembaga Ulama Malaysia untuk meletakkan kerjasama ulama dan umara di peringkat lebih serius. Hubungan ulama dan umara yang diinstitusikan itu membolehkan ulama bekerjasama dengan kerajaan, menasihati daripada sudut agama serta menjalankan aktiviti dipersetujui bersama. — Berita Harian


Sumber : Tun Faisal

Wednesday, June 20, 2012

Monday, June 18, 2012

ANWAR IBRAHIM MANIPULASI ORANG PAS HALANG SULTAN


Ketika kerajaan BN merampas semula Perak dari Pakatan Rakyat, penyokong mereka bertindak liar apabila mengadakan demontrasi dengan berbaring di atas jalanraya.

Perlakuan biadap itu dilakukan semata-mata mahu menghalang kereta yang dinaiki oleh Sultan Perak tiba di majlis pertabalan Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin.



Benar kata orang tua-tua kebenaran tetap akan muncul, cuma masa yang menentukannya. Kini kebenaran serta dalang di sebalik demontrasi tersebut akhirnya muncul membuat pengakuan di sebalik tindakan liar penyokong pembangkang ketika itu.


Ikuti pengakuan beliau sebagaimana dirakamkan oleh brader Minaq Jinggo :


   

Wednesday, June 13, 2012

AZIZAN RAZAK BOHONG ISU LADANG SEJAHTERA


Nampaknya Azizan Razak sudah tersepit. Apabila tersepit mula la nak menipu. Mari kita bongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ni. Mc minta baca bagi habis untuk faham keseluruhan cerita!


SIK 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri menggunakan projek Ladang Sejahtera untuk mengaut hasil balak secara tidak terkawal di negeri itu.


Sebaliknya, jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan Pejabat Daerah mendapat nasihat pihak berkaitan dan projek itu di pantau jabatan tertentu termasuk Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


"Tidak timbul isu ambil balak kerana kita sedia maklum mengenai kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan serta bilangan pokok balak yang boleh ditebang. Orang saja buat bising sebab tak mahu projek ini jalan dan mereka nak tengok projek ini gagal.


"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.


"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.


Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.


"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.


Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.


"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.


Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.


"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.


Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa peserta-peserta Ladang Sejahtera terdiri daripada ahli-ahli Pas, Azizan berkata, senarai nama peserta Ladang Sejahtera diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). - Utusan


Itu kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Kat bawah ni pula video yang kami rakam semasa temubual bersama dengan pegawai dari Jabatan Hutan. Pegawai ni diminta turun sendiri oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah, setelah beliau tidak dapat turun kerana ada urusan lain.


Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar:


        


Pegawai ni cakap dalam 'proses'.. hakikat yang sebenarnya, projek ladang hutan ni tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Malah kami TMK akan dedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).


Sebenarnya, projek Ladang Hutan di Gunung Inas ini benar-benar telah merosakkan alam semulajadi. Sungai telah disekat dan dijadikan laluan jentera dan lori untuk mengeluarkan kayu balak. Kawasan tadahan air bersih penduduk telah diganggu, hingga bekalan air mereka tercemar. Andaikata Jabatan Alam sekitar benar-benar membuat siasatan, Mc confirm projek Ladang Hutan akan diberhentikan serta merta. Itu pun kalau takdak 'kawtim' oleh PMBked la. he he..


Sebelum ni kami sengaja tidak mengeluarkan artikel mengenai EIA, sebab nak tunggu MB jawab mengenai hal ini. Alhamdullilah.. MB pun jawab dan siap berbohong lagi mengenai EIA. Nampaknya perangkap dah kena!


MB Kedah kata, penduduk yang buat demo tu, bukan penduduk kampung Iboi? Mc minta MB Kedah Ustaz Azizan hubungi Mc, untuk Mc bawa Ustaz Azizan ke rumah-rumah penduduk yang buat demo tu. Kadang kala kita kena tengok dengan mata dan kepala kita sendiri, dari mengharap 'report' yang tiba di meja MB tu.


Mengenai air keruh apabila hujan?

 ni gambar diambil setelah dua minggu tak hujan..

Ini diambil  2 hari lepas hujan

 Ini diambil pada hari hujan bersama dengan pegawai Jabatan Alam Sekitar


Siap ambil sampel air lagi..

Jabatan Alam Sekitar pun satu hal.. bila keadaan dah teruk, orang dah bising, baru terhegeh-hegeh nak datang check dan ambil sampel air. Sebelum ni kemana hilangnya mereka, apabila hutan dan air sungai dirosakkan?

Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, kami akan bawa perkara ini hingga ke meja MB Kedah. Kalau tetap tak boleh, Mc akan laporkan kepada SPRM mengenai hal ini. Bagaimana projek Ladang Hutan boleh dijalankan tanpa EIA dari Jabatan Alam Sekitar dan mengikut peraturan tertentu. Pasti ada salahlaku atau 'undertable' yang telah dilakukan.

Apa yang penting, MB Kedah telah menipu mengenai EIA dari Jabatan Alam Sekitar, penduduk kampung dan air keruh. Tiga bukti nyata yang boleh kita pegang untuk kita ketahui bahawa, sememangnya MB Kedah ni sanggup menipu untuk menyelamatkan diri.

Ini memang perangai orang Pas.. sapu duit, bila kantoi, mesti menipu, kantoi menipu, minta tolong Nik Aziz bagi fatwa untuk sucikan dosa. Sia-sia orang panggil Ustaz, kalau dok menipu sana sini.

Insyallah kami akan terus 'follow up' isu ni hingga dapat keputusannya kelak. Disamping, isu-isu lain di Kedah yang kami akan korek dan gali semula untuk menunjukkan bahawa Pas Kedah hanya pandai cakap, sapu duit dan tak reti nak perintah.


McTheory:
Bersedialah Pas Kedah.. gegar kerusi MB lepas ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...