Wednesday, January 27, 2010

PEKERJA MALAYSIA PERLU GARAP SIKAP BEKERJA SEPENUH HATI BAGI MEMENUHI TRANSFOMASI PENTADBIRAN NEGARA.


Saya juga tertarik dengan apa yang saya baca di dada akhbar berita harian hari ini yang meminta jasa baik pekerja Malaysia supaya benar-benar ikhlas dalam bekerja untuk meningkatkan ekonomi Negara dan membantu Negara mencapai Wawasan 2020. Kenyataan itu menyentuh juga tentang beberapa strategi yang dilakukan Perdana Menteri dalam mengubah seluruh jentera kerajaan supaya bertanggungjawab didalam tugas bagi mencapai tanda aras prestasi kerajaan dalam melaksanakan agenda Nasional untuk Rakyat dan Negara. Bagaimana ingin mencapai jika hanya sekadar slogan dan penanda aras diagung-agungkan jika pekerja Malaysia masih lagi alpa dan tidak bersungguh-sungguh dalam menguruskan pentadbiran, tidak kiralah sektor swasta ataupun sektor kerajaan?. Didalam buku “Reflection on Asia ” mengatakan bahawa kita di Malaysia ini mengagungkan-agungkan sikap pekerja jepun yang bersemangat kental, patriotik, dan disiplin dalam menjayakan pembangunan Negaranya walhal kita disini, dihantar kursus pun buat “endah tak endah sahaja”. Apakah kita ingin lihat kita ini sekadar menikmati kejayaan hanya baru peringkat pertama tetapi dari segi ekonomi kita masih lagi tidak mampu mengegar vendor antarabangsa?. Generasi kitalah sebenarnya yang mengisi kemerdekaan dan bukannya menikmati kemerdekaan yang dicapai. Kita sebenarnya perlu mengarap budaya mengejar kecemerlangan, kepantasan dalam membuat tindakan yang tepat dan berintegriti dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang, barulah kita mampu mencapai misi dan visi bekerja untuk memajukan Negara sehingga peringkat antarabangsa.

Adalah dilihat sekarang ini, tahun 2010 harus dijadikan tahun untuk semua pihak membuat perubahan anjakan paradigma yang jelas dalam mengejar ke arah mentaliti yang positif bagi membangunkan negara. Kesemua pihak(kerajaan dan swasta ) perlu bekerjasama dengan bersungguh-sungguh di atas landasan yang sama bagi memaksimumkan impak ekonomi negara. Diakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan dengan cabaran globalisasi yang mempunyai arus yang deras tetapi jika kerja digembleng dan cabaran ditangani bersama mungkin dapat diatasi bagi manfaat kita bersama. Jika benar kita dapat memanfaatkan ruang yang kita ada sekarang ini dan dapat kita bergerak di atas satu landasan yang sama, kita yakin hasrat kerajaan menjadikan 2010 sebagai tahun persediaan mencapai status negara maju mampu di realisasikan.

Tuesday, January 19, 2010

KKLW PERLU BERBUAT SESUATU..


"Walaupun secara realiti, cabaran serta kekurangan ini berat dan sukar, bukan bermakna ia tidak dapat diatasi. Jika kita halusi dan susun strategi dengan teliti, kita pasti dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," kata Dato' Seri Mohd Shafie Afdal

Saya melihat kementerian inilah paling kritikal dalam menjalankan amanah sepenuhnya kepada rakyat tetapi kita jangan lupa bahawa kementerian inilah satu-satunya yang juga mempunyai Universiti sendiri dan beberapa lagi pengajian tinggi yang berada dibawah naungannya iaitu MARA, seperti contoh UNIKL,GMI,KM,KPTM,MRSM,GIAT MARA selain Kementerian Pengajian Tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan kementerian ini bukanlah daripada kewangan tetapi dari segi kemahiran dan graduan yang sedia ada. Saya merasakan jika benar-benar kementerian ini ingin mengorak langkah,perlulah bergerak daripada graduan-graduan yang lahir daripada kementerian ini,inilah “income” sebenar kepada kementerian ini. MARA perlu digerakkan secara maksimum dengan kekuatan yang ada bagi membasmi kemiskinan. MARA perlu memperkasakan lagi pembentukkan mahasiswa dan pelajar dari Agensi ini dengan dunia TeknoUsahawan,Industri Teknologi dan sebagainya. Dengan cara ini, akan menambahkan aset daripada konsep (Graduan MARA+ Teknikal + Usahawan) akan membantu mengelakkan kemiskinan.Kekuatan Alumni Graduan MARA perlu diperhalusi sebenarnya bagi membantu meningkatkan dana didalam kementerian ini disamping membasmi masalah rakyat di kawasan luar Bandar. Ini adalah komen saya selaku bekas Graduan MARA mungkin ini salah satu cara untuk membantu Kementerian ini dalam mengembleng tenaga untuk memastikan visi dan misi kerajaan merealisasikan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa gagasan 1Malaysia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Monday, January 18, 2010

JANGAN MENYISIHKAN KEUPAYAAN MAHASISWA


"Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,"Datuk Saifuddin Abdullah.


Kerajaan Barisan Nasional perlu memahami dunia orang muda,khususnya Mahasiswa yang akan mengantikan barisan veteran bagi membantu mencapai agenda nasional Negara. Sejak dari dulu lagi saya melihat bahawa Mahasiswa ini pencetus idea dan suara Masyarakat kedua kepada kerajaan. Kerajaan sepatutnya tidak boleh menolak secara bulat-bulat idea mahasiswa ini, kerana mereka ini juga adalah salah satu kumpulan suara rakyat dan juga pengundi yang paling ramai di Malaysia. Pemimpin Barisan Nasional perlu memegang mereka sebagai rakan karib dalam membentukkan dasar untuk hak rakyat sebenarnya; kerana idea mereka ini kadang-kadang diluar jangkaan dan boleh diterima pakai untuk kebaikan semua pihak. Janganlah dicemuh dan memandang sebelah mata sahaja dengan pemikiran yang mereka suarakan untuk Barisan Nasional kerana hal ini mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional pada masa hadapan, seperti yang terjadi pada Pilihanraya ke 12, idea mereka perlu dihormati dan dilihat sebagai satu idea alternatif kepada keputusan dasar yang ingin dibuat.

Tetapi mahasiswa juga perlu menyuarakan dengan mengikut saluran-saluran yang betul, yang disediakan oleh kerajaan supaya mudah kerajaan menimbalbalik hak suara mahasiswa itu sendiri. Dan saya nasihatkan sebagai bekas pepimpin mahasiswa suatu ketika dahulu, kita perlu mempunyai semua jaringan dan kenalan yang ramai serta perlulah mempunyai fakta yang jelas dalam menyuarakan sesuatu isu tersebut agar suara kita dipandang tinggi dan mampu mengubah persepsi pemimpin negara masa kini.

Sunday, January 17, 2010

BARISAN NASIONAL MAMPU MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT


"Pokoknya kita akan memberi perhatian utama kepada soal fokus yang dihadapi rakyat, dan saya ingin menjelaskan komitmen pimpinan parti dan kerajaan BN dalam menyelesaikan masalah rakyat adalah komitmen 'total' bukan separuh hati.”Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dengan kata-kata ini perlulah rakyat faham bahawa Barisan Nasional tidak kisah dengan apa tindakan rakyat sebelum ini dan tetap meneruskan perjuangan dengan membela Hak Rakyat dan keharmonian rakyat secara keseluruhan. Barisan Nasional tidak memilih mana-mana pihak dan mengamalkan sikap “buang yang keruh ambil yang jernih” supaya rakyat selesa dan selamat di Malaysia ini. Barisan Nasional dan Rakyat sebenarnya bak kata orang-orang tua bagaikan "air dicincang tidak akan putus” kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menjaga rakyat di Malaysia ini sehingga akar umbi. Saya berpendapat,rugilah rakyat tidak mengunakan ikatan ini sebagai suatu jaminan untuk mendapatkan hak sebagai pengundi dan rakyat Malaysia. Lupakanlah sengketa lama dan bersatu sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga perpaduan di negara ini.

Saturday, January 16, 2010

MODEL EKONOMI BARU BANTU EKONOMI NEGARA

"Jika buat duit di luar negara, kita boleh membawanya ke dalam negara menerusi pelaburan. Ini bukan saja akan mengembangkan ekonomi negara, malah membawa kemakmuran ekonomi ke negara kita.” Datuk Seri Najib Razak


Didalam berita harian hari ini, Perdana Menteri Malaysia menyeru kepada semua syarikat Malaysia yang berjaya di luar Negara membantu menjayakan Model Ekonomi baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan ekonomi Negara. Saya melihat model ini adalah satu peluang pelaburan yang besar buat usahawan-usahawan Malaysia yang berjaya diluar negara dalam mempertingkatkan dan meluaskan lagi pasaran yang sedia ada. Model ini juga mampu membantu usahawan tempatan yang berpontensi meluaskan pasarannya ke luar Negara. Dengan cara ini,Malaysia mampu meraih nama diluar negara dengan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi diperkenalkan dan bersaing dengan syarikat-syarikat yang ternama di arena antarabangsa. Mudah-mudahan dengan model yang diperkenalkan dapat membantu usahawan-usahawan dan kesemua pihak perlu bekerjasama erat terutamanya kerajaan bagi menjayakan model ini untuk meningkatkan ekonomi Negara dan bukanlah hanya melepaskan batuk di tangga.

SUDUT PIDATO PENTAS TERBAIK UNTUK MENCARI CALON PELAPIS PEMIMPIN NEGARA


Sudut pidato yang diwujudkan kembali adalah amat baik bagi memastikan idealisme yang disuarakan Mahasiswa adalah salah satu saluran alternatif untuk kerajaan bagi memastikan penentuan dasar yang dirancang untuk Rakyat Malaysia adalah tepat dan ini juga mampu mengukuhkan kembali kegemilangan Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya, Mahasiswa adalah pemikir yang terbaik dan mereka ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencari pelapis yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan di masa hadapan. Saya amat-amat menyokong sudut pidato ini diwujudkan kembali.
Saya melihat bicara siswa di saluran RTM yang menengahkan segelintir Pemimpin MPP yang kadang-kadangnya pemimpin yang diberi peluang tidak mencerminkan sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi pemimpin akan datang, dan sudut pidato ini adalah salah satu saluran yang membuka ruang kepada semua pemimpin yang berpotensi untuk digilap menjadi pemimpin yang akan datang.
Saya juga menyeru agar semua pemimpin kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional supaya meneliti kesemua pemimpin yang mampu mengegarkan sudut pidato ini dengan baik dengan mengupas isu-isu semasa selepas ini diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional supaya barisan pemidato ini tidak beralih kepada kerajaan pakatan rakyat. Saya percaya dengan adanya sudut pidato ini dan kecekapan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional memberi peluang kepada pemidato yang berpontesi bekerjasama dengan kementerian akan mengukuhkan lagi Kejayaan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan.Terima Kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana membuka ruang yang luas kepada Mahasiswa menyuarakan hasrat mereka bagi memakmurkan Malaysia.

BERTANGGUNGJAWAB PADA APA YANG KITA LAKUKAN


"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng,"Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kadang-kadang tindakan kementerian itu betul juga bila kita melihat dari semua sudut, penangkapan seorang pengkritik dari Facebook adalah tindakan yang wajar hanya kerana untuk menjaga hak Perpaduan Malaysia yang berbilang kaum, hari ini pun saya menerima satu pesanan yang mempertikaikan perjuangan UMNO itu sendiri, malas nak jawab sebab soalan dia macam tidak tahu lansung tentang sejarah UMNO, kemudian kritik bagai nak rak. Profail dia pun hanya nampak macam rekaan semata-mata, kenapa rakyat Malaysia suka “baling batu sorok tangan”?, bagi saya itu amat menyedihkan. Kalau jika ingin mengkritik biarlah professional sikit, bertanggungjawab ke atas apa yang telah disuarakan. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri dan kadang-kadang apa yang kita buat itu akan memakan diri sendiri.

Tuesday, January 12, 2010

Subsidi gula: Siapa untung, siapa rugi


WAJARKAH kerajaan terus memberikan subsidi gula? Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada subsidi itu dan bagaimana memastikan ia boleh mengelak ketirisan? Apa yang nyata, Malaysia memang dianggap sebagai negara yang prihatin untuk membela nasib rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah, Malaysia adalah satu-satunya negara yang memberikan subsidi gula kepada rakyat. Sejak tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun untuk menanggung kos subsidi gula bagi memastikan harga gula bertapis berada pada paras RM1.65 sen sekilogram yang diperoleh di pasaran sekarang.
Sekiranya tanpa subsidi gula, pengguna kini terpaksa membeli mengikut harga pasaran dunia, iaitu RM2.45 sekilogram dan itu pasti akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan akan memansuhkan terus subsidi gula menegaskan setakat ini, belum ada keputusan pemansuhan itu, sebaliknya terus memberikan subsidi demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Jika kerajaan tidak membantu menyediakan subsidi gula (pada paras 80 sen sekilogram sekarang) rakyat akan menanggung harga tinggi, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan dan membangkitkan kemarahan masyarakat.
"Tahun lalu, kita sediakan RM720 juta subsidi berikutan harga pasaran gula dunia naik secara mendadak. Malah, tahun ini kerajaan terus menanggung kos subsidi, iaitu berjumlah RM1.008 bilion bagi mengekalkan harganya.

"Pada masa ini, kerajaan mengimport 70 peratus gula mengikut perjanjian jangka panjang yang tamat dua tahun lagi dan 30 peratus lagi bekalan diimport dengan harga semasa. Oleh itu, kita tidak berhasrat menarik balik subsidi gula, walaupun perjanjian pembelian bekalan dari beberapa negara pengeluar tamat pada 2011," katanya.

Justeru, sebarang pemansuhan terus subsidi itu perlu mengambil kira banyak aspek dan ia tidak boleh dilaksanakan. Pada dasarnya, penggunaan gula menjadi keperluan utama masyarakat, selain digunakan secara meluas dalam industri pemakanan dan minuman di negara ini.

Tidak mustahil baru saja kedengaran desas-desus kerajaan akan menaikkan harga gula, orang ramai mula panik dan membeli pada kadar banyak. Pada masa sama, bekalan gula semakin susut di pasar raya dan kedai kerana mereka mula mencatu pembelian gula bagi membanteras kegiatan menyorok komoditi itu.
Apabila berlaku saja kenaikan harga gula, peniaga dan pengusaha makanan dan minuman pula mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman mereka. Ini akhirnya memberi implikasi ke atas pengguna yang terpaksa menanggung segala kos kenaikan harga barang berkenaan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) tegas dengan pendirian mereka mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan subsidi gula dengan alasan hanya pihak tertentu, khususnya peniaga dan pengusaha saja mendapat manfaatnya kerana menggunakan kadar gula yang banyak dalam industri mereka.

Justeru, Setiausaha Agungnya, Muhamad Shaani Abdullah mahu subsidi gula dimansuhkan untuk memberikan keadilan kepada pengguna dan bukannya pihak tertentu seperti peniaga yang menggunakan banyak gula dalam industri mereka.

Katanya, subsidi sebenarnya tidak membantu golongan yang memerlukan khususnya pengguna kerana mereka hanya menggunakan gula pada kadar rendah mengikut jumlah isi rumah berbanding pihak pengusaha tertentu. Justeru, hanya golongan peniaga berkenaan yang mendapat nikmat daripada subsidi itu.

"Sebagai contoh pengusaha biskut. Mereka sudah pasti memerlukan gula yang banyak dalam industrinya. Dengan ada subsidi, golongan ini yang terus mengaut untung. Jika kita hapuskan subsidi, ia tidak menjejas atau membebankan pengguna yang majoritinya menggunakan gula yang sedikit saja setiap hari," katanya.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan pemansuhan subsidi itu perlu dilakukan secara berperingkat supaya tidak menimbulkan kejutan kepada pelbagai pihak, khususnya pengguna yang sering kali tidak berpuas hati apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Pendekatan kerajaan sekarang yang menaikkan harga gula daripada RM1.45 sen kepada RM1.65 sen di Semenanjung, manakala RM1.75 sen di Sabah dan Sarawak dianggap langkah terbaik sebagai proses peralihan secara berperingkat kepada pemansuhan subsidi sepenuhnya.

Sebagai pengusaha dan peniaga, mereka sememangnya akan terus memaksimumkan keuntungan dalam keadaan apa sekalipun. Bagaimanapun dalam hal ini, pengusaha dan peniaga perlu bekerjasama serta mempunyai tanggungjawab sosial tidak mengaut keuntungan atas sebarang kenaikan sesuatu produk, termasuk gula.

Bagi pengguna pula, mereka juga perlu lebih sensitif dan bersatu hati untuk memboikot peniaga yang menaikkan harga makanan, minuman atau barang.

"Perlindungan kendiri ini adalah proses terbaik untuk memperkukuhkan diri dalam berdepan sebarang perubahan dilakukan kerajaan. Dalam teori penetapan harga, penawaran dan permintaan sesuatu barang dapat boleh dikawal jika pengguna bersatu hati dalam memerangi keegoan peniaga," katanya.

Apa juga alasannya, pengambilan gula memang penting untuk kesihatan dan kecergasan badan, tetapi jika diambil secara berlebihan, ia boleh mengundang pelbagai penyakit seperti diabetes.

Sunday, January 10, 2010

Juara Rakyat prihatin semua kaum, agama

PROGRAM Juara Rakyat yang dilancarkan kelmarin, mencerminkan kesungguhan kerajaan menunaikan janji dan melaksanakan amanah yang diberikan rakyat. Ia juga dibuat sebagai kesinambungan tradisi kerajaan, khususnya Umno untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan menyelami degup jantung mereka. Seperti digariskan Datuk Seri Najib Razak pada pelancarannya, program Juara Rakyat berpaksi kepada keprihatinan dan sensitiviti kerajaan untuk menyelesaikan apa jua masalah di seluruh negara demi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sentiasa peka dengan tuntutan akar umbi. Sungguhpun usaha itu memang sentiasa dilakukan sepanjang lebih 50 tahun BN menerajui kepemimpinan, Juara Rakyat akan memperbaharui kaedah pelaksanaannya supaya lebih sistematik dan berkesan. Walaupun ditunjangi Umno, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan komited supaya semua parti komponen BN merangka inisiatif yang sejajar dengan Juara Rakyat bagi memastikan ia boleh disertai semua kaum sekali gus mengelak tanggapan ia hanya memperjuangkan nasib sesuatu kaum saja. Mengambil kira sasaran semua bahagian parti akan melaksanakan sekurang-kurangnya satu program seumpama itu setiap bulan, kita yakin Juara Rakyat dapat membuat transformasi terhadap landskap sistem sosial dan politik negara. Ini kerana ia adalah satu-satunya inisiatif berteraskan membela nasib rakyat yang paling komprehensif pernah diambil mana-mana pihak sehingga ini.

Mengambil kira impak besar bakal dijana program Juara Rakyat dalam jangka pendek dan sederhana, kita boleh menjangka tiupan suara sumbang memperlekehkannya akan mula kedengaran tidak lama lagi. Dakwaan kononnya ia propaganda politik kerajaan untuk mengukuhkan lagi sokongan atau kempen untuk meraih populariti pasti dijadikan modal pihak tertentu untuk menggugat kejayaannya. Bagaimanapun, sebagai masyarakat yang matang, kita tentunya sedar bahawa tuduhan itu tidak berasas. Juara Rakyat lahir daripada hasrat kerajaan untuk memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya. Ia dibuat sebagai bukti keinsafan BN terhadap isyarat dan teguran yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Ia juga adalah lambang ikrar kerajaan bahawa kepentingan umum akan sentiasa menjadi perkara pokok dalam setiap yang diperjuangkannya. Lebih daripada itu, Juara Rakyat tidak mengenal batas sempadan kaum, agama atau politik. Ia adalah satu gagasan yang dibuat secara menyeluruh ke segenap pelosok negara dengan matlamat untuk melihat kesejahteraan dan mutu hidup rakyat dapat ditingkatkan. Dengan mengambil kira hakikat bahawa pihak yang akan mendapat manfaat sebenar daripada program itu ialah rakyat sendiri, Juara Rakyat diharap dapat menjadi platform terbaik untuk semua pihak menyuarakan bukan saja keluhan atau masalah, malah juga aspirasi mereka kepada kerajaan.

Tuesday, January 5, 2010

ULAMA MALAYSIA PERLU BUAT SESUATU..






Ustaz bersama ustaz pun bergaduh dengan keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan, satu lagi pekara yang akan memecahbelahkan umat islam, paderi-paderi dan orang bukan Islam memang menunggu saat ini dan mampu menguatkan lagi pengaruh kepada agama mereka. Hal ini akan meracuni pemikiran generasi baru Islam jika mereka benar-benar tidak memahami dengan permasalahan ini. Dan akhirnya pemecahan dan percanggahan ini mampu merosakkan akidah generasi umat Nabi Allah yang terakhir, saya berasa terpanggil dengan situasi ini melihatkan bahawa kelemahan Ulama-ulama kita bukan sahaja didalam politik mahupun diluar politik dalam membuat keputusan bersama yang benar-benar ikhlas kerana kesucian Agama Islam yang semakin malap. Tiba-tiba saya memikirkan tentang Kiamat semakin hampir dan kefahaman Umat Islam semakin nipis dan nipis disebabkan pergolakkan yang tiada noktah diantara ulama-ulama yang kita sanjungi dan kita hormati. Hak Malaysia yang meletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi pun akan dicabar jika perkara ini tidak dapat persefahaman yang ideal diantara semua Ulama-ulama kita di Malaysia ini.Dulu Malaysia terlalu unggul di persada OIC,tetapi sekarang dengan dasar keterbukaan yang dibuat menyulitkan keadaan dengan sedikit-demi sedikit dengan orang bukan Islam di Malaysia ini cuba mempersoalkan dan meminta rayuan agar kesamarataan taraf agama itu sendiri walaupun kalimah ALLAH ini dipersoalkan. Dimana kekuatan Mufti kita..?Dimana Ulama2 PAS..?Dimana Ustaz2 UMNO?dimana dia kekuatan Imam-Imam masjid negeri dan Daerah?berikan jawapan yang konkrit dan biarlah keputusan itu dibuat berdasarkan satu keputusan sajaha..jangan semua pakat nak jadi glamour dan akhirnya merosakkan dan mengeruhkan keadaan..

Sunday, January 3, 2010

Tindakan KDN mampu menjaga kerhamonian Negara

Kadang-kadang kita memikirkan sesuatu benda yang jauh padahal masalah yang kecil pun mampu mengugat ketenteram awam dan merosakkan perpaduan bangsa di Malaysia ini.
Kenapa Hakim yang memutuskan perkara ini tidak memikirkan sensitiviti masyarakat di Malaysia ini?adakah mahu cuba memperlekehkan agama yang sekian lama diiktiraf sebagai agama rasmi Negara ini?adakah hakim ini lupa bahawa kemarahan umat Islam akan tercetus dengan keputusannya.Bijak pun boleh juga dikatakan bodoh, betul apa yang dikatakan ustaz saya dahulu, Manusia ini hebatlah macam mana pun,tetapi tetap tidak sempurna melainkan Allah yang mencipta dan disembah oleh hambaNya yang beriman.

Saya bersetuju dengan Tun Mahathir dan keputusan KDN untuk memohon rayuan kembali agar memastikan soal keamanan sejagat dan mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum.
Adalah dengan harapan tindakan KDN itu akan mampu sedikit sebanyak melegakan keharmonian Negara yang tercinta ini.

Saturday, January 2, 2010

Islam perlu bersatu

Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Beliau memberitahu, akidah bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana ia adalah perkara wajib dalam Islam.

Katanya, meskipun tiada tindakan yang akan dilakukan oleh pihaknya, namun sebagai pemimpin Islam beliau akan sentiasa menyokong bantahan dan rayuan yang dilakukan.

“Saya menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam supaya bangkit menyuarakan hak agama Islam yang sedang diceroboh.

“Pada masa sama saya dan seluruh umat Islam yang lain akan terus bersatu menyokong rayuan yang akan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

-UTUSAN-

Kebenaran penggunaan kalimah Allah perlu diiringi syarat ketat: Dr Mahathir


KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat.

Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Ini kerana terjemahan ''God'' yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah ''Tuhan'', bukan Allah.

"Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk (bergabung) dalam Malaysia...tapi di Semenanjung ni kita tak pernah dengar pula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Mahathir berkata sensitiviti umat Islam perlu dipertimbang oleh bukan Islam, sebagaimana umat Islam di negara ini menjaga sensitiviti penganut agama lain bagi mengekalkan keharmonian negara.

"Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan guna secara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam.

"Kalau mereka nak gunakan (kalimah) Allah, ia harus dikenakan syarat yang ketat," katanya yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan kemelut itu. - Bernama

Friday, January 1, 2010

Umat Islam perlu pertahan kalimah suci

SAYA rasa amat sedih dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam penerbitan mingguan agama bukan Islam. Kalimah Allah diguna pakai umat Islam dalam kalimah syahadah. Ia sangat suci kepada umat Islam kerana kalimah Allah melambangkan Esa. Tiada sekutu bagi Allah mana-mana Tuhan pun di dunia ini.

Namun, hakim sudah membuat keputusan maka umat Islam hendaklah akur. Namun, masih ada ruang dalam perundangan negara untuk merayu atau membatalkan keputusan hakim berkenaan. Adil kepada Islam. Adil kepada bukan Islam. Adakah keputusan itu adil kepada Islam? Kalimah Allah dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Islam adalah agama rasmi negara. Yang di-Pertuan Agong pula ketua agama Islam. Seseorang yang ingin memeluk Islam sebagai akidah yang diyakini maka mereka wajib berikrar dengan menyebut ‘Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW Itu Pesuruh Allah’.

Kalimah inilah yang membezakan Islam dengan agama yang lain, sedangkan proses menganut agama lain juga berbagai-bagai.

Apabila orang Islam berikrar demikian maka menjadi tanggungjawab mereka mempertahankan ikrar itu sepanjang masa dalam kehidupan seharian mereka supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa dan taat di dunia dan akhirat.

Oleh kerana Islam diturunkan dalam bahasa Arab maka kalimah Allah disebut dalam bahasa Arab juga. Maka saya menyokong sebarang usaha sama ada melalui perundangan negara, melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, OIC, Kerajaan Arab Saudi, ulama Islam sedunia dan sebagainya demi memelihara kesucian kalimah Allah agar tidak disalah guna pihak tertentu untuk membawa ajaran yang bertentangan dengan konsep kalimah Allah menurut Islam.

Ceramah BTN berbaur perkauman tak benar

SAYA merujuk kepada penulis di akhbar The Sun (28 Disember) dan New Straits Times (NST) (29 Disember) yang mendakwa beliau mewakili keseluruhan 84 peserta induksi Kementerian Kesihatan Malaysia diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson pada 18 hingga 24 Disember lalu.

Tidak dinafikan kursus induksi itu berlangsung lima hari, tiga hari dikendalikan kementerian dan dua hari terakhir peserta didedahkan dengan tiga ceramah dan peperiksaan Biro Tata Negara (BTN).

Bagaimanapun, apa yang ditulis penulis dalam kedua-dua akhbar itu merujuk apa yang berlaku pada sesi ceramah anjuran BTN sama sekali diputarbelitkan.

Akibat tersiarnya berita itu, saya dan rakan yang mengikuti kursus berkenaan berasakan kami difitnah, sehingga ada mentafsirkan kenyataan penulis menggambarkan kami bukan seorang intelektual, kerana tidak dapat memahami apa dinyatakan penceramah. Dalam erti kata yang lain, kami ini ‘dungu’.

Memang kami bergelar doktor muda (houseman), tetapi terus terang saya mengakui kami tidak tahu mengenai sejarah negara, apatah lagi mengenai kenegaraan sebelum mengikuti ceramah anjuran BTN.

Ceramah anjuran BTN yang didakwa oleh penulis berkenaan sebagai ‘perkauman’ adalah tidak benar kerana kami difahamkan setiap perkataan serta kenyataan dikeluarkan adalah merujuk kepada sumber sahih.

Penceramah meminta peserta mengetepikan ideologi politik serta asal usul supaya apa yang akan didedahkan dapat dibincangkan secara intelektual dan penceramah memohon peserta bertanya jika ada keraguan.

Pembentangan penceramah disertakan rujukan serta sumber kenyataan sama ada dari dalam negara, ahli akademik, pengamal undang-undang, hakim serta dokumen dan surat menyurat oleh British.

Kami didedahkan sejarah pembentukan negara secara terperinci. Memang agak terkejut dengan pendedahan itu tetapi kerana kami berjanji untuk melihat isu dibincangkan secara ilmiah dan bukan emosi, kami tidak menganggap ia adalah satu bentuk provokasi atau perkauman, sebaliknya ia adalah fakta.

Penceramah membawa kami untuk memahami apa yang terkandung dalam perlembagaan dan terus terang saya dan rakan lain berterima kasih kerana selama ini kami beranggapan sebagai seorang doktor tidak perlu tahu apa itu perlembagaan

Sebenarnya ia adalah satu kemestian kepada seorang warga negara mengetahui hak mereka berdasarkan perlembagaan. Kini kami faham apa yang dimaksudkan pendatang, kontrak sosial dan ketuanan Melayu yang sebenarnya seperti terkandung dalam perlembagaan.

Saya serta rakan bukan Melayu memahami perkara itu dan tidak menganggap ia sebagai perkauman. Kami berterima kasih kerana melalui pendedahan itu baru kami tahu kenapa pihak tertentu menggambarkan kursus BTN sebagai perkauman kerana pendedahan itu menyebabkan ‘tembelang’ mereka yang memutar belitkan fakta terdedah.

Di akhir ceramah, saya bersama rakan India dan Cina berjumpa penceramah dan mencadangkan maklumat diberikan disebarkan kepada mereka di luar sana yang memutar belitkan fakta sehingga menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

Akhir kata, saya mewakili sebahagian besar doktor muda yang mengikuti ceramah anjuran BTN meminta penulis berkenaan jangan memperlekehkan intelektual kami. Kami boleh menilai apa yang fakta dan apa yang tidak.



DOKTOR MUDA,

Kuala Lumpur.

KELIRU...

Kenapa dalam syahadah kita sebut " Asyhadu An La "Ilaha" Illa Allah dan bukan Asyhadu An La "Allah" Illa Allah? Ia untuk menjelaskan bahawa Allah itu sebenarnya satu2 Allah yang tunggal yang wajib diimani dan berbeza dengan ilah atau tuhan yang difahami bukan muslim.

petikan ini saya dapat daripada sahabat lama saya yang sudah menjadi pemimpin yang boleh dikatakan hebat dalam menyuarakan suara generasi muda..kadang2 melihat dunia ini tidak adil,dengan sikap pemimpin yang suka mementingkan diri dalam membuat keputusan...berat juga apabila melihat diri kita ini adalah sebahagian dalam situasi sebegini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...