Monday, January 18, 2010
JANGAN MENYISIHKAN KEUPAYAAN MAHASISWA
"Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,"Datuk Saifuddin Abdullah.
Kerajaan Barisan Nasional perlu memahami dunia orang muda,khususnya Mahasiswa yang akan mengantikan barisan veteran bagi membantu mencapai agenda nasional Negara. Sejak dari dulu lagi saya melihat bahawa Mahasiswa ini pencetus idea dan suara Masyarakat kedua kepada kerajaan. Kerajaan sepatutnya tidak boleh menolak secara bulat-bulat idea mahasiswa ini, kerana mereka ini juga adalah salah satu kumpulan suara rakyat dan juga pengundi yang paling ramai di Malaysia. Pemimpin Barisan Nasional perlu memegang mereka sebagai rakan karib dalam membentukkan dasar untuk hak rakyat sebenarnya; kerana idea mereka ini kadang-kadang diluar jangkaan dan boleh diterima pakai untuk kebaikan semua pihak. Janganlah dicemuh dan memandang sebelah mata sahaja dengan pemikiran yang mereka suarakan untuk Barisan Nasional kerana hal ini mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional pada masa hadapan, seperti yang terjadi pada Pilihanraya ke 12, idea mereka perlu dihormati dan dilihat sebagai satu idea alternatif kepada keputusan dasar yang ingin dibuat.
Tetapi mahasiswa juga perlu menyuarakan dengan mengikut saluran-saluran yang betul, yang disediakan oleh kerajaan supaya mudah kerajaan menimbalbalik hak suara mahasiswa itu sendiri. Dan saya nasihatkan sebagai bekas pepimpin mahasiswa suatu ketika dahulu, kita perlu mempunyai semua jaringan dan kenalan yang ramai serta perlulah mempunyai fakta yang jelas dalam menyuarakan sesuatu isu tersebut agar suara kita dipandang tinggi dan mampu mengubah persepsi pemimpin negara masa kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment