Wednesday, July 18, 2018

Apa itu Consumption Tax?

CONSUMPTION TAX: GST & SST

Atas permintaan bekas pensyarah saya Madam Diana Nabila, saya akan terangkan perbezaan SST dan juga GST serta akan menerangkan secara ringkas kedua-dua sistem tersebut. Namun sebelum itu, saya akan terangkan dulu mengapa kita amat memerlukan consumption tax.

Consumption Tax adalah salah satu cukai yang paling stabil kutipannya kerana mahu tidak mahu, rakyat kena berbelanja. Secara kasar, consumption tax dikenakan kepada perbelanjaan rakyat. You consume, you have to pay tax.

Kenapa Consumption Tax itu diperlukan? Pihak kerajaan memerlukan pendapatan yang stabil bagi mentadbir sebuah kerajaan. Seperti mana kita tahu, populasi rakyat Malaysia sentiasa meningkat, dan secara kasar, kos yang untuk mentadbir sebuah negara juga akan meningkat. Subsidi kesihatan dan subsidi pendidikan? You name it. Semua itu termasuk dalam perbelanjaan kerajaan. Mahu harapkan duit dari hasil barangan komoditi seperti petroleum, minyak kepala sawit dan getah? Nda cukup boss, lagipun pendapatan bagi komoditi ini tidak stabil macam consumption tax kerana ianya sangat terdedah pada faktor luaran yang kita tidak dapat kawal.

Consumption tax yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia ialah Goods and Service Tax (GST) atau boleh juga dikenali sebagai Value-Added Tax (VAT) dan Sales and Service Tax (SST). Secara teori, perbezaan sistem GST dan sistem SST adalah GST secara langsung meletakkan beban cukai kepada pengguna manakala SST meletakkan beban cukai secara langsung kepada pengilang lalu pengilang memindahkan beban cukai tersebut kepada pengguna.

ADAKAH GST DIKENAKAN PADA SETIAP RANTAI PENGEDARAN?

Ya, namun cukai yang dikenakan kepada peniaga pada setiap rantai pengedaran itu boleh dituntut. Contohnya, si pengilang menjual produknya kepada pemborong yang bernilai RM10 (termasuk margin untung) dan caj GST 60 sen, jadi jumlah keseluruhan pemborong kena bayar adalah RM10.60. Namun 60 sen tersebut boleh dituntut dengan pihak kastam. Jadi kos pemborong yang sebenar adalah RM10.00. Dan proses ini berlaku sampailah ke tempat pengguna di mana beban cukai tersebut dibayar secara langsung.

BAGAIMANA PULA DENGAN SST?

SST dikenakan pada pengilang sebanyak 10%. Contohnya, si pengilang dikenakan cukai 10% ke atas produk kilangnya, RM10.00 nilai produk, RM1 cukai yang perlu dibayar. Pengilang akan salurkan kos cukai tersebut kepada pemborong. Jadi jumlah kos yang perlu dibayar oleh pemborong adalah RM11.

KENAPA KERAJAAN DAHULU MELAKSANAKAN GST, MEMANSUHKAN SST?

1) Untuk elakkan cukai berganda (barangan+barangan). Kelemahan SST yang boleh kita nampak adalah potensi untuk terjadinya double taxation atau cukai berganda. Contohnya, kilang membuat laptop akan order parts laptop dari kilang membuat parts laptop. Kedua-dua kilang ini dikenakan cukai SST. So akan berlakunya double taxation dalam penghasilan laptop.

2) Untuk elakkan cukai berganda (barangan+perkhidmatan).
Contohnya, kita beli cola dekat hotel, hotel charge service tax, cola yang dibeli oleh hotel dan dijual kepada pengguna juga telah dicukaikan di peringkat kilang. So jadilah double taxation lagi.

3) Transperancy, dulu cukai yang dibayar oleh pengguna tidak dinyatakan di zaman SST, zaman GST, pengguna akan dapat tahu berapa cukai yang telah dibayar.

4)Asas percukaian perlu diperluaskan. Tahukah anda, hanya 2 juta daripada 30 juta rakyat membayar cukai pendapatan? ia sebenarnya jumlah yang sangat sedikit. Walaupun pendapat ini kurang popular bagi orang awam namun ianya adalah satu langkah yang perlu dilakukan untuk ekonomi negara. Cukai pendapatan telah dikurangkan, dan juga BR1M (sudah tukar nama) serta banyak tax exemption untuk barang-barang keperluan telah diberikan bagi membantu golongan b40 dan m40 sebagai cushion bagi langkah ini.

5)"Cukai" tersembunyi. Perlaksanaan GST telah menghapuskan cas hutang tersembunyi yang boleh berlaku pada perlaksanaan SST. Contohnya, kita boleh lihat di sini :

Kilang = RM100+10% cukai SST = RM110
Cukai yang dibayar = RM10
Pemborong= RM 110+20% margin untung = RM132
Cukai yang dibayar = 0 "Cukai" terselindung= RM10x20% = RM2
Retailer= RM132+30% margin untung = RM171.60
Cukai yang dibayar = 0 "Cukai" terselindung= (RM10+RM2)x 30%= RM3.60

So jumlah kutipan yang kerajaan dapat = RM10
Jumlah yang cukai perlu dibayar oleh pengguna = RM10+2+3.60 = RM15.60
Jumlah cukai yang tidak dapat dikutip = RM5.60 (peniaga sapu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...