Monday, January 23, 2012

NO REPORT FROM MALAYSIAKINI ABOUT LIM GUAN ENG AND HIS FAMILY ON A VACATION IN ITALY?


Seen at Changi International Airport a man who closely resembles Penang Chief Minister Lim Guan Eng, who boarded a flight to Italy. He flew in Singapore Airlines business class with a party which could easily pass of as a family unit.

It is also said this trip and the stay at a 5 star accommodation, is being paid by a Tan Sri. Rumour has it he is in the gaming business.Of course, this has yet to be confirmed


Quote from Star on 18 June 2008:

Q: Does your flying economy class really work in terms of a significant and practical cost-saving measure? (Selvi, Bagan Ajam)

A: It is very tiring and I get a migraine but we must send a message that we must save and the only way to do it is leadership by example. If I could do it in the past, why not now? You are using the people’s money, you should treat it as your own

 ..............................................................................................................................................

Diterjemahkan:

Petikan Dari Star pada 18 Jun 2008:

Soalan: Adakah penerbangan kelas ekonomi benar-benar berkesan dari segi langkah penjimatan kos yang signifikan dan praktikal? (Selvi, Bagan Ajam)

Lim Guan Eng: Walaupun agak susah dan saya mampu migrain tetapi kita mesti menghantar mesej bahawa kita mesti menyimpan dan satu-satunya cara untuk melakukannya adalah ‘kepimpinan melalui teladan’. Jika saya boleh melakukannya pada masa lalu, kenapa tidak sekarang? Anda menggunakan wang rakyat dan anda harus menganggap wang itu adalah milik anda sendiri
 ..............................................................................................................................................
Ayat-ayat diatas menjadikan dirinya dianggap tawaduk oleh ahli-ahli PAS, tetapi apabila didedahkan satu keluarga besarnya bercuti di Itali sambil menghabiskan cuti tahun baru cina dengan mengambil penerbangan Raflles Class untuk percutian ke Itali dari Lapangan Terbang Singapura dengan dikhabarkan dibiayai oleh seorang pemaju. Bijak sungguh Lim Guan Eng, terpaksa membawa keluarga menaiki penerbangan di Changi bagi menutup penglihatan ahli-ahli PAS dan PKR.

Kita tunggu dia dan keluarganya kembali dari Itali…







UMNO PATUT SAMAN CHEGUBARD DAN HARAKAHDAILY FITNAH UMNO BUAT KACAU ABU DI JALAN KEBUN

Apa fakta yang jelas Chegubard,Harakah Daily dan Mariah MP PAS yang memfitnah UMNO yang bertindak menggangu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam baru-baru ini?

blog Mariam yang memfitnah UMNO melakukan huru hara


Harakah Daily juga mengatakan penyokong PAS cedera Parah, tetapi diblog Mariam diteliti kembali keadaannya Stabil..



Dimanakah bukti yang mengatakan UMNO yang melemparkan ayat-ayat berunsurkan rasis atau perkauman?Dimanakah bukti?Siapakah yang menyebut Rasis?bukankah Chegubard yang menyentuh dan menyuntik elemen Rasis tersebut?


HM telah meneliti Video tersebut, yang memakai baju berlambangkan UMNO adalah puak-puak ABU tersebut, terpampang di dada mereka terletak logo UMNO dengan Slogan ‘Asalkan bukan UMNO’.

Jika dikaji secara rasional.Chegurbard yang berada sekian lama di dalam ceramah tersebut menunjukkan sikap tidak suka kepada pertubuhan Melayu itu menunjukkan dia menyokong aktiviti rasis. Tidak sedarkah chegubard sendiri?

Didalam program tersebut, jika diteliti berapa ramaikah yang menyokong, hanya kerusi yang penuh didalam dewan tersebut. Dimanakah suara majority yang menyokong penuh chegubard dengan gang-gang ABUnya?

Rakyat boleh menilai…


Mari kita lihat kembali video tuduhan chegubard:

    

Friday, January 20, 2012

MALAYSIAKINI AKAN DISAMAN OLEH KETUA UMB SEBAB....

Di bawah ini adalah dari rakaman podcast perdebatan berkaitan perjuangan maya & media sosial antara Pengerusi UMB, Tun Faisal Ismail Aziz & NGI, Hishamuddin Rais (TukarTiub) semasa membincangkan topik Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia kelolaan radio BFM 89.9 - The Business Station.

        


dipetik dari blog UMB-PPUM


Ini pula penjelasan Tun Faisal (klik!) mengenai fitnah oleh portal Malaysiakini:


Semalam selepas forum Budi Bicara Twitter Jaya, wartawan Malaysiakini, The Sun dan sebuah akhbar lagi telah menemu ramah saya mengenai perang siber dan cybertroopers UMNO. Malangnya semangat Budi Bicara Twitter Jaya tidak dihayati dengan baik menyebabkan kenyataan saya dilapor secara salah dan diambil di luar konteks. 

Malaysiakini menulis - 

"Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."


Seingat saya, kenyataan saya adalah seperti di bawah;

Pertama, saya menyatakan dengan jelas bahawa Parpukari dan Papagomo adalah `independent bloggers' (blogger bebas) dan kita tidak boleh meletakkan sebarang syarat dan peraturan ke atas mereka kerana mereka bukan jentera parti. Saya ada maklumkan juga bahawa jangan kita mengikat perbincangan kita dengan sebarang nama tertentu. 

Kedua, saya hanya boleh menetapkan syarat dan peraturan kepada jentera parti, seperti mereka yang berada di dalam Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO; tetapi akhirnya sebagai blogger dan cybertroopers mereka mungkin ada pendirian mereka sendiri kerana mereka tidak memasuki alam siber kerana mereka mahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di internet.

Jadi konteks yang betul mengenai kenyataan "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," adalah ""Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal (independent blogger seperti) mereka?." 

Ketiga, sebagai independent bloggers dan cybertroopers yang bukan jentera parti mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan jentera parti. Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN.

 Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?

Macam mana la kita nak berbaik-baik dan berbaik sangka di dalam alam siber kalau macam ni?


Sumber: 1Peluru



Thursday, January 19, 2012

'ANWAR TERKELUAR AKIDAH' KATA HARUSSANI

Soal Jawab mengenai Aqidah dan Homoseksual:
  
   


ULASAN HARUSSANI
Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukum-hukum liwat itu telah pun wujud dalam Al Quran. Al Quran mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dalam Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual” semalam.

Menurut Mufti Perak hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam.
Walau macam mana pun, tidak ada seorang ulama Islam yang mengatakan ‘boleh dilepaskan’..(maksudnya) mesti dihukum..Jadi hukumannya itu mestilah mengikut hukum syarak.

“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita “, katanya.

Harussani juga menghuraikan perkara kedua yang diucapkan Anwar iaitu hukuman terhadap individu yang tidak bersalah.

“Yang kedua, dia kata maksud..jangan seseorang yang tidak bersalah..dihukum..saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.

“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dalam ulasannya mengharapkan agar Allah memberi petunjuk kepada Ketua Umum PKR dan semua rakyat Malaysia.

Menurutnya sesuatu ucapan itu berpunca dari dua faktor iaitu buruknya niat dan buruknya kefahaman tentang agama Islam.

“Niat beliau, wallahualam..apa tujuan beliau mengungkapkan perkata-perkataan yang dilihat sebenarnya tidak relevan dengan Islam itu sendiri..kita tak tau yang tu.

“Adapun dari sudut kefahamannya..dilihat di sini, kefahamannya tentang undang-undang Islam, tentang hukum hakam Islam..saya kira, cara beliau bercakap seolah-olah menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri”, katanya.

@WardinaSaffiyah 'Fitnah' @tunfaisal ? - Nak Kena Saman Ni...!


Sejak seminggu dua nie heboh di alam Twitter dan di ceruk-ceruk surat khabar cerita malang Wardina Saffiyah rumahnya dipecah masuk dan dirompak. Kami ingatkan cerita artis nie dah sunyi sepi.
 
sila klik disini:YY

Tup-tup meletup plak di alam blogosfera isu Wardina mengamuk nak jumpa penulis blogger RuangBicaraFaisal pasal blogger nie dah menulis dalam blognya artikel yang kurang menyenangkan Wardiana.

Dalam kenyataan Wardiana, beliau berhasrat untuk berjumpa dengan penulis blog tersebut yang dinyatakan sebagai Tun Faisal Ismail Aziz, Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO.


Nama Tun Faisal memang sudah tidak asing lagi di alam media sosial terutama dunia blogosfera tetapi cerita kali ini agak unik dan menarik. "Yang lain buat tapi lain yang kena" "lembu punya susu, tapi sapi dapat nama".

Kami bukan mahu bicarakan siapa sebenarnya penulis blog ini kerana rakan-rakan blogger lain sudah banyak bercerita. Apa yang Kami suka untuk berkongsi adalah "Siapa yang silap bagi kenyataan?".

Sama ada Wardina yang silap bagi kenyataan berkaitan siapa RBF atau silap penulis Mstar Online, Mohd Al Qayum Azizi? Salah seorang mesti buat silap kerana tidak membuat 'research' yang betul main tembak jer. Sekarang tembak tak kena.

Cerita nie semakin bertambah menarik untuk diikuti. Adakah Tun Faisal yang "takda kaitan dalam ini cerita" akan mengambil tindakan susulan seperti tindakan saman. Kalo nak diikutkan memang Tun Faisal boleh mengambil tindakan undang-undang kepada penulis artikel tersebut kerana ia ada mempunyai unsur "Fitnah".

Nanti kita saksikan kesudahan drama bersiri ini....



Sumber:Kulaan

Wednesday, January 18, 2012

MAHASISWA ‘THIRD CLASS’ BUAT KEMBALI ONAR DI HQ PAS PULA, ADAKAH SAIFUDDIN SETUJU?


Mahasiswa ‘third class’ kembali lagi dengan isu Mahasiswa tolak AUKU di HQ PAS pula  selepas buat kecoh di PWTC bersama-sama dengan timbalan menteri yang menyokong mereka bebas dengan hak suara mahasiswa dan kekecohan memanjat pagar di UPSI.

Apakah yang dimaksudkan oleh Syukri SMM ‘third class’ dan adam adli 3semester gantung ini dengan tergantungnya patung berbentuk  pocong  di Ibu pejabat PAS?

Apakah hak kebebasan suara yang ingin disampaikan melalui simbol baru SMM ‘third class’ ini?

Apa rasionalnya ikat pocong di depan pintu Pejabat PAS....?

Apa kene mengena dengan Bangunan PAS dan Akademik BEBAS yang dilaungkan?

Mereka ini ingin menyatakan bantahan kepada pentadbiran UPSI atau pun pentadbiran PAS...?

Kalau bukan sewel apa lagi gelaran yang layak buat mereka ini...?

Dikhabarkan mereka ingin mengantungkan patung pocong ini di tiang bendera UMNO, tetapi akhirnya terpaksa diubah disebabkan oleh ‘panglima ludah’ sudah berada di Bangunan PWTC

Apa yang ditakutkan adam adli…?dahulunya gang-gang adam adli nie cabar sangat panglima-panglima ludah nie meludah mereka, akhirnya menukar haluan ke pejabat PAS dikhabarkan untuk 5pelajar KUIS.

HM: Mahasiswa Third Class ini bila nak bertaubat. Jangan lepas nie ke pejabat PKR pulak sebab Anwar marah Adam Adli sebab takut nak ber ehem..ehem..

Tuesday, January 17, 2012

RANI FORWARD 'SMS' TAHNIAH JAWATAN EXCO PADA YUNUS, SULTAN RESTUI

Geng 'Parasit' PAS Kecewa - Dr. Ahmad Yunus Exco Baru Selangor




Gambar Adun Sijangkang Dr. Ahmad Yunus angkat sumpah sebagai exco baru negeri Selangor menggantikan Dr. Hasan Ali - nampaknya kecewalah geng-geng 'parasit' dalam PAS kerana calon yang mereka idam-idamkan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.





Dikhabarkan Dr Rani telah menerima banyak ‘sms’ mengucapkan tahniah, akhirnya Dr. Rani ‘delete’ begitu sahaja sebab tidak direstui oleh Sultan Selangor sendiri.

Meskipun namanya dicadangkan oleh PAS Selangor, tetapi yang diangkat adalah Dr. Ahmad Yunus Hairi.




penulisan import timbalan ketua pemuda PAS selangor



Blog pembangkang yang mengatakan Rani paling layak


Kenapa Dr. Rani tidak direstui?


1. Dr. Rani sendiri pernah menyentuh soal isu tauliah apabila tauliah mengajarnya tidak diperbaharui oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lulusan doktor perubatan itu bertegas tetap mahu mengajar agama meskipun tauliahnya sudah tamat tempoh.


2. Malah beliau pernah mempersoalkan tentang langkah MAIS mengagihkan wang zakat kepada negeri Perlis hingga ia menarik perhatian Sultan Selangor yang bertitah bahawa adakah satu kesalahan untuk menyalurkan lebihan zakat kepada umat Islam di negeri lain termasuk Kelantan yang ditadbir pembangkang.


3. Dr. Rani tidak mampu memikul tanggungjawab yang berat dalam menjaga hal ehwal Islam, menjamin keutuhan perpaduan umat Islam terutama melalui institusi masjid dan surau selain memajukan lagi sistem pendidikan Islam di negeri ini kerana tindakan beliau sering menjurus tunduk kepada tekanan sekutu parti terutama DAP apabila berhadapan isu-isu melibatkan kepentingan Islam.


4. Dr. Rani pernah melarang ahli Pas menyertai Himpunan Selamatkan Akidah (Himpun) di Stadium Shah Alam yang turut disertai oleh Hasan sedangkan kepimpinan Pas tidak membuat sebarang keputusan sama ada melarang atau sebaliknya.


5. Begitu juga kepimpinan Pas negeri di bawah beliau tidak menunjukkan sokongan padu ke atas Hasan apabila timbul kes pemeriksaan sebuah premis yang didakwa sebagai gereja di Damansara Utama setelah dipercayai mempunyai unsur kegiatan memurtadkan umat Islam.

sumber:YY


Saturday, January 14, 2012

BBC: ANWAR TARIK UNDI GOL. HOMOSEKS UNTUK CAPAI CITA-CITA JADI PM

Mari Kita lihat apa yang dimaksudkan Anwar :

      


Anwar telah ditemuramah oleh BBC pada hari khamis lepas (12 januari 2012)Undang-Undang Homoseksual(Seks luar tabii) tetap dihapuskan kerana dikatakan lapuk, siap berkata ia boleh menjatuhkan karier politik seseorang sepertinya.

Jelas secara ringkas, Anwar ingin menghalalkan hubungan jantan dengan jantan bagi suka sama suka dan tidak menjadi kesalahan dibawah kanun Keseksaan seperti yang dikenakan kepada dia sekarang selepas Pakatan Rakyat menenangi Pilihanraya 13 dan tentunya Perdana Menteri miliknya.

Usulan Anwar dimata dunia ini membuka mata Seluruh Umat Islam di dunia dan membuka ruang kepada Amiga untuk terus membawa program Seksualiti Merdeka  di Malaysia dan Hak samarata kepada golongan Minoriti Gay, Lesbian, Transgender dan biseksual.


HM dapat jelas, apa yang disebutkan oleh Anwar dipentas dunia hanya untuk meraih undi golongan-golongan minoriti supaya dia layak menjadi Perdana Menteri walaupun dia sedar bahawa umat Islam mencemuhnya dan tidak sedar dia telah mencabuli sensitiviti umat Islam dan agama lain ;dan kita tahu di negara ini tiada satupun yang membenarkan hubungan homoseksual ini.


RUJUKAN BBC: SINI 

HM:Pembebasan Anwar Ibrahim akan menyerlahkan lagi siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Rakyat boleh nilai sendiri siapa Anwar. Biarpun tidak ke penjara tetapi secara psikologinya Anwar sudah “terpenjara secara moral” dari kaca mata rakyat.

HADI MASIH TAKUT SEBUT PENGGANTI HASSAN ALI TANPA RESTU PKR N DAP




Hadi awang masih lagi tidak mengistiharkan nama pengganti Hassan Ali yang baru digugurkan daripada parti dan mengisi calon sesuai untuk jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor

Apabila media menyebut berkenaan dengan pengisian portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat- Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Presiden PAS tetap mengelak menjawab.

Abdul Hadi juga masih mengelak apabila ditanya adakah beliau sudah mengadakan perbicangan dengan Kerajaan Negeri juga Beliau mengelak
  
Abdul Hadi mengumumkan pemecatan Hasan berikutantindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkankepada Fasal 82(9) perlembagaan parti. (Klik Disini)


Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutankenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yangdianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitumendaulatkan Islam.

SUMBER: 1PELURU

Friday, January 13, 2012

KONVENSYEN PAKATAN GAGAL, PERWAKILAN PAS 'PULAU'



Suasana Konvensyen sehingga pukul 12 tghari

HM kali ini mengeluarkan gambar satu sahaja dari ‘TOP’ menunjukkan betapa kegagalan Konvensyen Pakatan Rakyat ke -3 ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kita dapat lihat hambarnya suasana sehinggakan urusetia bertungkus lumus menolak peserta-peserta ke tempat duduk hadapan supaya tidak nampak ruang kosong dibelakang. Tetapi jelas dengan gambaran diatas melihat konvensyen Pakatan ini di ruang Utama Stadium Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah tertolaknya pakatan rakyat.


Harakah daily dengan bangganya mengatakan kehadiran akan mencecah sehingga 100,000 perwakilan akhirnya hanya 3000 perwakilan yang hadir bagi konvensyen yang tiada hala tuju ini.

Kita dapat rasakan bahawa mungkin ada pemalauan dibuat dan akhirnya HM bertanya-tanya dan ada yang mengatakan bahawa ramai perwakilan PAS memalaukan konvensyen ini kerana Program ini diadakan disifatkan hanya mengikut telunjuk  Anwar sehinggakan lupa kepada penubuhan Parti PAS dibuat.

“..Kita tidak akan tunduk kepada Anwar yang baru bebas tuduhan tetapi liwat tetap berlaku, ini bukan pemimpin yang dicari sepatutnya untuk memimpin PAS, Parti ini tetap ditubuhkan untuk memelihara Islam bukan  memelihara orang terkutuk ini..” kata salah seorang perwakilan pemuda PAS


Sehingga hampir pukul 12 pagi iaitu selepas 3 jam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 3,000 perwakilan.


Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 600 orang.


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.


Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.


Akhrinya kita dapat lihat Pakatan Rakyat Gagal akibat Anwar.

#saveSelangor PERDANA MENTERI BERJANJI HAPUS KENAIKAN SEWA HARGA PKNS


Ada cadangan yang dibuat supaya Kerajaan pusat mengambil alih kompleks PKNS Selangor yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri, tetapi ini jawapan Datuk Seri Najib Razak:


“Kita akan berunding dengan kerajaan negeri dahulu, tetapi lebih mudah kita ambil alih kerajaan negeri kita akan selesaikan masalah kenaikan harga sewa”


Perdana Menteri hadir ke PKNS adalah untuk mendengar rintihan rakyat terutamanya peniaga akibat janji-janji palsu PKR terbongkar sepanjang ditadbirnya. Peniaga ditindas bagi menjaga laporan audit kerajaan negeri Selangor, Adakah PKR mampu mentadbir?kita sudah dengar banyak masalah yang timbul tidak dapat diselelsaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dan kita dapat lihat bahawa janji-janji yang ditunaikan gagal dilaksanakan malah menipu rakyat bahawa mereka boleh mentadbir negeri dengan baik selama hampir 4tahun.


Sila Klik sini jika ingin melihat bantahan Peniaga PKNS: SINI


“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini."


“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.


“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” 



Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.


“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,”


HM: SUDAH TIBA MASANYA KITA SELAMATKAN SELANGOR

Thursday, January 12, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS JUGA MANUSIA BIASA YANG PERLU MENILAI BAIK BURUK DAN ADAT MEMBERI CERAMAH


Saya memang menghormati kedua-dua ustaz ini disebabkan ilmu yang ada didalam dada mereka tetapi sebagai manusia yang tidak sempurna sepenuhnya janganlah disebabkan politik, Umat Islam berpecah angkara Para Ilmuan.

Hanya Sekadar renungan untuk kongsi bersama dan mengambil iktibar:

    


HM: Yang membezakan Ustaz Fathul Bari & Azhar Idrus ialah sifat riak yang ada dalam Ustaz Azhar, dia merasakan seolah2 dia saja betul dan pandai dan tergolong dalam golongan ulamak besar .. katanya........ Ini kerana setiap ceramah yang diadakan pasti jumlah manusia yang mengunjungi Azhar lebih ramai berbanding dengan Ustaz Fathul. Tapi renung2 lah sifat lemah lembut, bijak yang ada pada Ustaz Fathul.

‘PRO COMMON SENSE’ JUGA MENYAMPAH TENGOK MAHASISWA “THIRD CLASS“ MENYEBUT PASAL ACADEMIC FREEDOM


Selepas Aspirasi mengutuk sikap syukri ‘third class’ dan SMMnya, lalu Pro common-sense juga meluahkan pandangan mereka yang menonjolkan sikap ketidakmatangan mereka didalam menyampaikan hasrat mereka di dalam kebebasan akademik.

..but you can figure out the office hour of the educational institutions..

..To be honest, I don’t see too much intellectuality quality there…

..and we here at pro common sense hold on to the maxima…guna hak berfikir sebelum hak bersuara

MARI KITA LIHAT APA YANG DIKATAKAN OLEH ANWAR HADI:

      


Video ini mempunyai seramai 1,556 'likes', 110 'dislikes' dan membuktikan bahawa Mahasiswa golongan mereka juga inginkan kebebasan daripada SMM dan BEBAS yang sudah diketahui bahawa golongan yang suka memporak perandakan kampus di Negara ini. Tindakan memanjat pagar UPSI dicemuh oleh bukan sahaja ASPIRASI tetapi golongan 'pro common sense'

mari kita lihat komen-komen bagi video ini:




Wednesday, January 11, 2012

FITNAH MAHFUZ OMAR JATUHKAN IMEJ PAS DISEBABKAN RAFIZI DAN NIKNAZMI


Pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah tidak pernah disalahguna. Penjelasan Mufti Wilayah di atas ini pada 9 Januari 2012 perlu diterima oleh semua pihak dan tidak perlu dimanipulasikan demi kepentingan politik dan menolak Hukum Syarak.




Ditekankan disini:

2.FAKTOR MENGAPA PERUNTUKKAN INI PERLU DIWUJUDKAN

1. Akta pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)1993(Akta 55) dalam bahagian II Perkara 5(2)menyatakan:

*Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadananya*

2.  Dalam melaksanakan tanggunjawabnya, terdapat keadaan dimana Majlis terpaksa mendapatkan keputusan Mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut oleh keluarganya yang bukan Islam.


RUJUKAN ULAMA MENGENAI FISABILILLAH


Mengenai perletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat Ulama yang menafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka ialah Iman Al-Fakhrul Razi dalam kitab taksiranya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar. Menurut Sheikh Rasyid Rida, " pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah disini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan"

Rakyat Malaysia perlu faham, Akta pentadbiran ini telah disediakan pada tahun 1993 dan tidak perlu dimanipulasikan sehingga Naib Presiden PAS menfitnah Datuk Jamil Khir Baharom kerana Pecah Amanah wang zakat sekaligus membohongi rakyat dengan menuduh Datuk Jamil Khir membohongi rakyat dan mendakwakan bahawa Datuk Jamil Khir telah menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong.


Harakah Daily yang sepatutnya menasihati Mahfuz Omar sebelum membuat kenyataan tanpa usul periksa menfitnah, inilah sikap pemimpin PAS.

Sedarkah bahawa Mahfuz Omar yang sudah membohongi rakyat dan memfitnah Datuk Jamil Khir?Adakah dia tahu apakah kenyataannya itu tidak benar tanpa merujuk kepada Ulama dan tafsiran yang sebenar tanpa dibayangi oleh kenyataan oleh pemimpin PKR seperti Nik Nazmi dan Rafizi yang sememangnya daif dengan Tafsiran kitab dan Undang-Undang Islam di Malaysia ini.

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman. 

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini. 

HM : Mohon sebarkan supaya fitnah ini ditutup agar PAS tidak terpesong oleh ajaran sesat PKR yang sememangnya sesat dan hanya mementingkan kemenangan tanpa menilai halal dan haram jalan usahanya memenangi hati rakyat. 

Monday, January 9, 2012

TIDAK BERPIHAK KEPADA SAIFUL, MAHKAMAH TETAP ADIL

Kita dapat lihat bahawa diam terus Pakatan rakyat yang suka menfitnah badan kehakiman Negara ini yang dianggap badan yang zalim dan tidak adil, Jelas kemenangan Anwar Ibrahim menunjukkan Sistem Kehakiman kita tetap adil walaupun sedikit kita kesal bahawa Saiful kalah dalam kesnya hanya disebabkan bukti teknikal yang tidak cukup.



Mari kita rujuk kenyataan Tun Faisal:

Keputusan tidak berpihak kepada mangsa rogol dan liwat #bebasAnwar901 #Justice4Saiful

Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Unit Media Baru merakamkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari Azlan berhubung keputusan yang dibuat oleh dalam perbicaraan kes Liwat II.

Namun dalam masa yang sama keputusan hakim membebaskan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa mahkamah serta hakim di Malaysia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi UMNO.


1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.

2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak. Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.

3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.

4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.

5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?

6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?

Sumber: DOUBLE Y

Sunday, January 8, 2012

EKSKLUSIF BUKTI BARU SYUKRI ‘THIRD CLASS LOWER’ GAGAL 2KALI YANG AKAN BERKUMPUL DI SELERA DUTA ESOK


Esok dimaklumkan Mahasiswa ‘third class lower’ yang diketuai oleh Ahmad Syukri Che Ab Razab yang GAGAL DUA KALI didalam pengajiannya;  menerusi pertubuhan haram Solidariti Mahasiswa (third class lower)Malaysia akan berkumpul di selera duta esok pada pukul 7 pagi dan bergerak ke Mahkamah pada pukul 830 pagi bagi menyatakan hasrat menyokong pembebasan anwar yang lansung tidak ada kena mengena dengan Kebebasan Akademik bagi mahasiswa ‘THIRD CLASS LOWER’  

Mari kita selongkar Maklumat Syukri :
sebut failed pun salah, memang 3rd class lower arrr ko...

Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pengajian di KUIS:
CGPA : 1.9 (THIRD CLASS LOWER)

KEPUTUSAN KUIS
Lansung dibuang daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada bulan 6 tahun lepas

KESIMPULAN:
Mahasiswa dinasihatkan supaya menumpukan peperiksaan akhir supaya jangan terpengaruh dengan sikap syukri yang lansung tidak memberatkan Akademik dan diingatkan bahawa kepada semua mahasiswa yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mencemarkan nama baik Universiti.  


 MAHASISWA PERLUKAN 'AMAN KAMPUS' DAN MENOLAK HIMPUNAN 901 

                 

IMPAK 901: HASSAN ALI JADI MANGSA PEMIMPIN PAS PUSAT YANG TIDAK BERTUNJANGKAN ISLAM SEMATA-MATA DESAKAN PKR,DAP TETAP MEMBISU



Sudah dijangkakan Pemimpin pusat PAS yang benar-benar tidak menggambarkan Parti Islam sebenar telah membuat kesilapan didalam menyampaikan dakwah Islamiah dengan sanggup mengorbankan perjuangkan Islam semata-mata menagung-agungkan Anwar Ibrahim yang dicemuh Masyarakat Islam dinegara ini dengan perbuatan terkutuk dan kalah didalam bersumpah untuk mempertahankan dirinya sebagai Pemimpin yang suci dari segala dosa liwat dimana keputusannya akan kita dapat pada hari ini.PAS membuat keputusan secara terburu-buru disebabkan desakan Azmin Ali dan kuncu-kuncunya yang sering mengatakan bahawa PAS selama ini tidak mempunyai suara dalam pakatan pembangkang.

 Saya sudah buang Hassan Ali, Jangan lupa lantik saya sebagai Perdana Menteri sementara..haha

         
               


KENYATAAN HADI AWANG

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS


Saya akan bersama gerakan yang mempertahankan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Institusi Raja walaupun PAS sudah lemah


Ayat-ayat terakhirnya Hassan Ali:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012

Dengan pemecatan Hassan Ali, tiada lagi perjuangan semata-mata untuk Agama Islam mengikut wasiat Almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor. Dimanakah hala tuju PAS? Kita tunggu dan lihat

Saturday, January 7, 2012

MAAFKAN JAY TERSASUL SEBUT ANWAR PASAL AKTIVITI PM

Tengah sedap melayan Buletin tv3 malam tadi, Pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter...





(diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu)


@JAYJAMALINA *tepuk dahi* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*


Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya, lantas Jay memohon maaf dengan berkata:


@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.

Saya  merasakan tindakan Jay betul segera minta maaf jika kita melakukan kesilapan, sesiapa yang mengikut berita tadi memang banyak cerita anwar ini, biasalah berita top pasal nak masuk penjara sungai buloh.


Yang penting Fans Najib Tun Razak akan menerima kemaafan tersebut, lagipon bukan Jay sebut nama penuh anwarpun dan Jay perlu berhati-hati didalam membaca berita pada lain kali, nanti tak pasal-pasal ambik cuti 2 bulan macam Wardina.


Mari kita tengok berita tadi:


         

901: HASSAN ALI - SOAL PERIBADI JADI ISU MASYARAKAT,BUKAN BELA RAKYAT

Penunjuk bela Pakatan Rakyat terhadap Isu Anwar adalah tidak patut dibela kerana isu peribadi dan sudah diberikan masa dan ruang yang lama dengan 68 penangguhan. Beliau juga mencelah PAS selangor proaktif dengan mendahului kepimpinan PAS Pusat. Disebabkan pakatan berhipun 901 berkemungkinan Anarkisme akan wujud didalam pakatan dan akhirnya memberikan kesan yang mendalam terhadap pakatan rakyat jika Pakatan mampu menguasai Negara Kelak.               
  
           

ANWAR OPTIMIS MENJADI PM SEDANGKAN DAP KETAGIH JADI PM; MENGAWAL PAS DAN JATUHKAN PKR


  
Peranan Seorang Perdana Menteri adalah menjaga Negara dan bukan di dalam penjara untuk mentadbir rakyat. Dari Bacaan HM, kita dapat lihat PKR,khususnya Anwar  telah dimanipulasikan oleh DAP bagi menguasai sebahagian Negara Malaysia. Mereka tahu bahawa dengan cara Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sungai Buluh selepas keputusan 9 Januari 2012, akan memudahkan pergerakkan mereka memanipulasikan PAS bagi menguasai Negara kelak jika memenangi PRU 13 DAP Yakin jika kemenangan diperolehi PKR akan terumbang ambing dengan perebutan kuasa pemerintahan apabila ketiadaan Anwar mentadbir PKR.

Dengan bacaan ini, dilihat sekali lagi DAP akan mengunakan PAS sebagai agen meraih undi melayu setelah tumbangnya Empayar Anwar didalam menguasai Pakatan Rakyat. Pas akan dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan untuk duduk didalam barisan exco dibeberapa Negeri yang akan dimenangi kelak dan DAP akan menabur janji-janji manis untuk membantu dari segi Dana dan Logistik kepada PAS. Cara ini akan melemahkan PKR didalam Pakatan Rakyat yang sememangnya akan sentiasa dipandang parti yang lemah dengan adanya 2 kumpulan yang sentiasa ingin merebut jawatan tertinggi yang diketuai oleh  Azmin Ali dan Khalid



Buktinya kita dapat lihat  semalam Anwar menyatakan hasrat dan menegaskan bahawa dia tetap akan menjadi Perdana Menteri biarpun di dalam Penjara atas tuduhan meliwat Saiful bukhari oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini sehingga Dia sanggup menyatakan hasrat Perdana Menteri Sementara akan dilantik.


DAP tidak akan memberikan muka kepada Anwar kerana mereka akan menyatakan bahawa biarkan anwar menjalani hukuman itu dan sehingga keluar,barulah dipertimbangkan jawatan Perdana Menteri. DAP tetap akan mempergunakan wakil PAS untuk mentadbir Negara kerana PAS mudah di ‘perkotak-katik’ daripada PKR yang diketuai oleh 2 Kumpulan; Azmin dan Khalid.

DAP sudah bergembira apabila khidmat Anwar Ibrahim sudah cukup digunakan dan sekarang pemimpin-pemimpin PAS pula akan menjadi mangsa.. Kita tunggu dan lihat.


Friday, January 6, 2012

AZMIN PENIPU RAKYAT 901: TIADA SYARAT BERHIMPUN HANYA PERTIKAIAN TEMPAT KUMPUL!


Sewaktu sidang media di HQ keadilan semalam, Azmin memberikan taklimat bagi perhimpunan aman 901;

PERSOALAN:
Soalan: Betulkah Polis benarkan pengajur teruskan perhimpunan dengan guna slogan BEBAS ANWAR?

AZMIN: Tiada syarat yang penting perhimpunan aman…


Nampak sangat Azmin cuba berbohong demi meracuni rakyat berkumpul selamatkan anwar.Dari Ketua Umum sampai ke pencacai semuanya penipu?

Nota: Hanya budak-budak PR yang senang ditipu dan diperbodohkan sahaja percaya bahawa Polis akan membenarkan PR mengadakan Perhimpunan Aman di tapak letak kereta mahkamah di Jalan Duta TANPA sebarang syarat. Sebab itu saya mempertikaikan penggunaan perkataan `rally' oleh akhbar The Star tengah hari tadi. Pada kefahaman saya yang dibenarkan adalah 'assembly' selari dengan semangat Akta Perhimpunan Awam yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Jadi, jika PDRM memberi kebenaran, sudah tentu kebenaran ini diberi berdasarkan peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat yang digariskan di dalam akta yang dibentangkan tempoh hari.

Kedua, kenyataan PDRM semalam menyatakan bahawa perhimpunan aman dibenarkan tetapi bukan di Jalan Duta. Tentu sahaja akan ada perundingan berlaku sehingga penganjur dibenarkan untuk menggunakan tempat letak kereta mahkamah di Jalan Duta. Dalam satu-satu perundingan, sudah pasti akan ada syarat-syarat yang dikenakan.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, syarat-syarat dari PDRM dalam perundingan tadi adalah seperti berikut:

10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

SUMBER:tunfaisal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...