Sunday, January 8, 2012

IMPAK 901: HASSAN ALI JADI MANGSA PEMIMPIN PAS PUSAT YANG TIDAK BERTUNJANGKAN ISLAM SEMATA-MATA DESAKAN PKR,DAP TETAP MEMBISU



Sudah dijangkakan Pemimpin pusat PAS yang benar-benar tidak menggambarkan Parti Islam sebenar telah membuat kesilapan didalam menyampaikan dakwah Islamiah dengan sanggup mengorbankan perjuangkan Islam semata-mata menagung-agungkan Anwar Ibrahim yang dicemuh Masyarakat Islam dinegara ini dengan perbuatan terkutuk dan kalah didalam bersumpah untuk mempertahankan dirinya sebagai Pemimpin yang suci dari segala dosa liwat dimana keputusannya akan kita dapat pada hari ini.PAS membuat keputusan secara terburu-buru disebabkan desakan Azmin Ali dan kuncu-kuncunya yang sering mengatakan bahawa PAS selama ini tidak mempunyai suara dalam pakatan pembangkang.

 Saya sudah buang Hassan Ali, Jangan lupa lantik saya sebagai Perdana Menteri sementara..haha

         
               


KENYATAAN HADI AWANG

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS


Saya akan bersama gerakan yang mempertahankan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Institusi Raja walaupun PAS sudah lemah


Ayat-ayat terakhirnya Hassan Ali:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012

Dengan pemecatan Hassan Ali, tiada lagi perjuangan semata-mata untuk Agama Islam mengikut wasiat Almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor. Dimanakah hala tuju PAS? Kita tunggu dan lihat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...