Friday, January 13, 2012

KONVENSYEN PAKATAN GAGAL, PERWAKILAN PAS 'PULAU'



Suasana Konvensyen sehingga pukul 12 tghari

HM kali ini mengeluarkan gambar satu sahaja dari ‘TOP’ menunjukkan betapa kegagalan Konvensyen Pakatan Rakyat ke -3 ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kita dapat lihat hambarnya suasana sehinggakan urusetia bertungkus lumus menolak peserta-peserta ke tempat duduk hadapan supaya tidak nampak ruang kosong dibelakang. Tetapi jelas dengan gambaran diatas melihat konvensyen Pakatan ini di ruang Utama Stadium Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah tertolaknya pakatan rakyat.


Harakah daily dengan bangganya mengatakan kehadiran akan mencecah sehingga 100,000 perwakilan akhirnya hanya 3000 perwakilan yang hadir bagi konvensyen yang tiada hala tuju ini.

Kita dapat rasakan bahawa mungkin ada pemalauan dibuat dan akhirnya HM bertanya-tanya dan ada yang mengatakan bahawa ramai perwakilan PAS memalaukan konvensyen ini kerana Program ini diadakan disifatkan hanya mengikut telunjuk  Anwar sehinggakan lupa kepada penubuhan Parti PAS dibuat.

“..Kita tidak akan tunduk kepada Anwar yang baru bebas tuduhan tetapi liwat tetap berlaku, ini bukan pemimpin yang dicari sepatutnya untuk memimpin PAS, Parti ini tetap ditubuhkan untuk memelihara Islam bukan  memelihara orang terkutuk ini..” kata salah seorang perwakilan pemuda PAS


Sehingga hampir pukul 12 pagi iaitu selepas 3 jam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 3,000 perwakilan.


Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 600 orang.


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.


Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.


Akhrinya kita dapat lihat Pakatan Rakyat Gagal akibat Anwar.

2 comments:

Tulang Besi said...

Hairan, gambar ni tunjuk sambutan konvensyen Pakatan begitu menggalakkan sekali

KEHADIRAN KONVENSYEN PAKATAN

Unknown said...

mohon tgk betul2...sampai pukul 12...kalau ambik ptg,penuh tue pon xcapai 10 k kan?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...