Wednesday, January 11, 2012

FITNAH MAHFUZ OMAR JATUHKAN IMEJ PAS DISEBABKAN RAFIZI DAN NIKNAZMI


Pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah tidak pernah disalahguna. Penjelasan Mufti Wilayah di atas ini pada 9 Januari 2012 perlu diterima oleh semua pihak dan tidak perlu dimanipulasikan demi kepentingan politik dan menolak Hukum Syarak.




Ditekankan disini:

2.FAKTOR MENGAPA PERUNTUKKAN INI PERLU DIWUJUDKAN

1. Akta pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)1993(Akta 55) dalam bahagian II Perkara 5(2)menyatakan:

*Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadananya*

2.  Dalam melaksanakan tanggunjawabnya, terdapat keadaan dimana Majlis terpaksa mendapatkan keputusan Mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut oleh keluarganya yang bukan Islam.


RUJUKAN ULAMA MENGENAI FISABILILLAH


Mengenai perletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat Ulama yang menafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka ialah Iman Al-Fakhrul Razi dalam kitab taksiranya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar. Menurut Sheikh Rasyid Rida, " pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah disini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan"

Rakyat Malaysia perlu faham, Akta pentadbiran ini telah disediakan pada tahun 1993 dan tidak perlu dimanipulasikan sehingga Naib Presiden PAS menfitnah Datuk Jamil Khir Baharom kerana Pecah Amanah wang zakat sekaligus membohongi rakyat dengan menuduh Datuk Jamil Khir membohongi rakyat dan mendakwakan bahawa Datuk Jamil Khir telah menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong.


Harakah Daily yang sepatutnya menasihati Mahfuz Omar sebelum membuat kenyataan tanpa usul periksa menfitnah, inilah sikap pemimpin PAS.

Sedarkah bahawa Mahfuz Omar yang sudah membohongi rakyat dan memfitnah Datuk Jamil Khir?Adakah dia tahu apakah kenyataannya itu tidak benar tanpa merujuk kepada Ulama dan tafsiran yang sebenar tanpa dibayangi oleh kenyataan oleh pemimpin PKR seperti Nik Nazmi dan Rafizi yang sememangnya daif dengan Tafsiran kitab dan Undang-Undang Islam di Malaysia ini.

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman. 

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini. 

HM : Mohon sebarkan supaya fitnah ini ditutup agar PAS tidak terpesong oleh ajaran sesat PKR yang sememangnya sesat dan hanya mementingkan kemenangan tanpa menilai halal dan haram jalan usahanya memenangi hati rakyat. 

2 comments:

aboomuaz said...

Penulis blog ni sama je ngan Jamil @ Amil Khir... Menghina tugas Ketua Audit Negara... Menggunakan dulu kemudian menggantikannya ... sama ngan MENCURI.. sama dengan amil Johor yang pinjam RM19ribu.. dihukum 4 tahun 3 sebatan... Penggunaan Jamil @ Amil Khir disahkan oleh Masyitah dalam Parlimen... SAPA FITNAH SAPA?????

aboomuaz said...

Penulis blog ni sama je ngan Jamil @ Amil Khir... Menghina tugas Ketua Audit Negara... Menggunakan dulu kemudian menggantikannya ... sama ngan MENCURI.. sama dengan amil Johor yang pinjam RM19ribu.. dihukum 4 tahun 3 sebatan... Penggunaan Jamil @ Amil Khir disahkan oleh Masyitah dalam Parlimen... SAPA FITNAH SAPA?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...