Thursday, January 19, 2012

'ANWAR TERKELUAR AKIDAH' KATA HARUSSANI

Soal Jawab mengenai Aqidah dan Homoseksual:
  
   


ULASAN HARUSSANI
Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukum-hukum liwat itu telah pun wujud dalam Al Quran. Al Quran mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dalam Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual” semalam.

Menurut Mufti Perak hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam.
Walau macam mana pun, tidak ada seorang ulama Islam yang mengatakan ‘boleh dilepaskan’..(maksudnya) mesti dihukum..Jadi hukumannya itu mestilah mengikut hukum syarak.

“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita “, katanya.

Harussani juga menghuraikan perkara kedua yang diucapkan Anwar iaitu hukuman terhadap individu yang tidak bersalah.

“Yang kedua, dia kata maksud..jangan seseorang yang tidak bersalah..dihukum..saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.

“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dalam ulasannya mengharapkan agar Allah memberi petunjuk kepada Ketua Umum PKR dan semua rakyat Malaysia.

Menurutnya sesuatu ucapan itu berpunca dari dua faktor iaitu buruknya niat dan buruknya kefahaman tentang agama Islam.

“Niat beliau, wallahualam..apa tujuan beliau mengungkapkan perkata-perkataan yang dilihat sebenarnya tidak relevan dengan Islam itu sendiri..kita tak tau yang tu.

“Adapun dari sudut kefahamannya..dilihat di sini, kefahamannya tentang undang-undang Islam, tentang hukum hakam Islam..saya kira, cara beliau bercakap seolah-olah menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri”, katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...