Monday, June 24, 2013

PERBEZAAN KEADAAN DI DALAM DAN LUAR PARLIMEN







Berbeza keadaan di luar dan di dalam parlimen,

Anwar berseronok sedangkan diluar bermati-matian budak-budak yang sepatutnya belajar menjadikan diri berguna pada masa hadapan dipergadaikan oleh anwar.




Wednesday, June 19, 2013

@Sangkakalajari9 DIBAYAR UTK TUTUP AIB SETPOL @NajibRazak ?

Kenyataan hangat apabila HM terbaca di dalam sebuah artikel blog mengatakan bahawa sahabat blogger kita iaitu Sangkakala sudah dibayar oleh Khairun Aseh bagi menutup aibnya yang memang jelas diperkatakan bagi membuka ruang Khairun Aseh bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Persoalannya apabila report card Khairun Aseh dikeluarkan oleh blogger - blogger Nasional akibat Sangkakala mengeluarkan beberapa isu dan sikap malas Khairun dalam membantu jentera di peringkat Bahagian Putrajaya tetapi diangkat menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri. Kehairanan tindakan Perdana Menteri jelas memperlihatkan ada permainan dan percaturan dari segi meletakkan Setiausaha politik itu di kanan Perdana Menteri sebagai penasihat kanan.

Tetapi apabila Sangkakala dikatakan sudah dibayar akibat isu Khairun tetiba tertimbus, spekulasi terbongkar dikatakan bahawa Setiausaha Politik itutelah membuat perjumpaan sulit dengan Blogger sangkakala dan memberikan habuan.

HM apabila terbaca kenyataan itu,persoalan tertimbul:-

1)Mengapakah khairun ingin berjumpa sangakakala dan siapakah sangkakala?

2) Berapakah jumlah harga yang dibayar kepada sangkakala bagi menutup aib khairun?

3) Mengapakah Khairun tidak memberikan penjelasan yang jelas mengenai aibnya dan

4)Mengapakah sehingga sekarang pemuda Putrajaya dikatakan masih menunggu khairun untuk membuat mesyuarat bagi penjelasan mengenai spekulasi ingin bertanding Ketua Pemuda Bahagian dan naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dan akhirnya Sangkakala telah memberikan penjelasan bahawa beliau menafikan perjumpaan beliau dan khairun, dan sangkakala masih tegar mencari maklumat Khairun. Keadaan ini memberikan ruang kepada sangkakala bagi membuktikan bahawa Khairun memang tidak layak menduduki Pegawai paling kanan Perdana Menteri.

HM bukanlah dengki atau ingin membuka aib khairun,tetapi hanya menegur kesilapan tindakan bahawa Perdana Menteri perlu menilai sejauh mana kredibiliti Khairun sebelum ini bagi membuktikan bahawa khairun Aseh layak menduduki kerusi pegawai paling kanan bagi menasihati Perdana Menteri dalam selok belok hal ehawal politik.

Ikuti kisah selanjutnya penjelasan sangkakala:-

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/khairun-aseh-dalam-perhatian.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 16, 2013

@NajibRazak WAJIB NASIHATKAN KHAIRUN ASEH JIKA MAHU 'RAKYAT DIDAHULUKAN' SEBAGAI TEMA UTAMA BN @TengkuAdnanReal

Blogger Sangkakala lagi membongkarkan tabiat Khairun di Putrajaya walaupun telah diangkat menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Di dalam artikel Sangkakala menceritakan
berkenaan program jasamu dikenang jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional pada malam semalam di Kelab Tasek Putrajaya.

Program yang agak santai bersama Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan,YB Tengku Adnan bin Tengku Mansor yang menyampaikan ucapan penghargaan dan memberikan sijil jasamu dikenang kepada seluruh jentera parlimen tersebut.

Agak menghairankan, lensa pena blogger -blogger tertumpu kepada seorang exco pemuda pusat ini,yang dikhabarkan ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang akan berlansung pada tahun ini,persoalan masih timbul dan tertumpu kepada Khairun Aseh, adakah Khairun tidak ingin meraikan kejayaan YB Datuk Seri Tengku Adnan dan mengenang jentera-jentera Putrajaya?sudahlah dibongkarkan oleh blogger-blogger mengenai kehadiran mesyuarat bahagian yang paling rendah dan penyertaan aktiviti putrajaya khususnya program Umno lansung tidak dihadiri.

Mungkin perlunya Datuk Seri Najib menasihatkan bahawa jangan jadi 'kacang lupakan kulit' bahawa sekian lama dalam Umno dan kenangan bersama-sama dan bertanding menjadi ajk bahagian dan pemuda yang lepas dari 2004 - 2008 termasuk pula exco pemuda pusat adalah bantuan sahabat handai dibawah Khairun, dan apabila diatas jangan pula mendabik dada sehingga timbul perasaan kecewa di hati sahabat-sahabat handai di Putrajaya. Mereka ini hanya jentera dan sayangkan parti dan janganlah disebabkan sikap pemimpin yang sebegini diangkat duduk sebelah Perdana Menteri tertempias kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun khairun lansung tidak bertandang dan menjenguk sewaktu jentera yang bertungkus lumus menghadapi pilihanraya umum 13 sehingga meninggalkan anak bini selama 14hari,makan anak-anak di rumah tidak tersusun,pengurusan rumah diabaikan,keletihan sewaktu bekerja siang akibat malam yang berjaga demi Parti UMNO dan Barisan Nasional memadailah dengan bertandang ke Majlis makan malam semalam bagi menguatkan hati jentera-jentera seperti peenghargaan yang diberikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bersama-sama AJK Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri yang lain.

Kelibatan 3 Exco Pemuda yang lain juga bersama-sama meraikan Majlis penghargaan di Kelab Tasek Putrajaya. Yang menarik perhatian HM, mengapa ada satu gambar yang kelihatan 3exco pemuda ini mengangkat tangan calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda yang baru?

Adakah 3 Exco ini telah merestui kedua-dua pemimpin tempatan ini? Gambar ini mungkin akan memberikan tamparan yang hebat kepada khairun kerana calon tempatan telah direstui oleh Datuk Zaki,Saudara Tun Faisal dan Saudara Yeop Hishammuddin.

Ada juga dikhabarkan Khairun akan menarik diri dengan alasan kesibukkan kerja bersama Perdana Menteri dari bertanding KP Putrajaya akibat sudah merisaukan kekalahan yang akan menimpa apabila bertanding kerana 3 Exco Pemuda telah merestui calon tempatan dan telah kita diketahui bahawa mustahil Jentera Khairun mampu menentang 3 trio Empire yang terkuat di Putrajaya seperti Datuk Zaki,Saudara Tun Faisal dan Saudara Yeop Hishamuddin.

Tetapi adalah yang terbaik supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati pegawai kanannya ini dengan nasihat yang baik dan berketepatan supaya tidak tercatit arang di Muka Perdana Menteri yang selalu mengatakan 'Rakyat Didahulukan'.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 13, 2013

DAP TIADA KERJA; CEC TIDAK SELESAI, SPR PULAK DIKACAU

Ketika suasana negara masih panas dengan isu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sehingga kini, banyak isu yang dimainkan oleh pembangkang di antaranya ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan PRU, isu pengundi hantu dan sebagainya.

Segala-gala isu yang dimainkan pembangkang adalah memberikan imej buruk kepada kerajaan Barisan (Nasional) sekaligus mewujudkan rasa benci rakyat kepada BN dan SPR.

Namun sebenarnya, apa sahaja yang dilontarkan oleh pembangkang kepada kerajaan pimpinan BN mahupun SPR ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, sekiranya pembangkang khususnya DAP menuduh SPR tidak telus dalam mengendalikan 13,268,002 pengundi berdaftar, bagaimana pula dengan DAP yang menguruskan proses pengundian pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang hanya melibatkan tidak lebih daripada 2500 perwakilan.

"Sehingga kini, DAP masih gagal untuk melaku atau membetulkan kesilapan memalukan dalam proses pengundian CEC. Walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemilihan CEC dan seharusnya proses pemilihan diadakan semula, namun DAP masih gagal memberi jawapan konsisten tentang isu ini.

"Apa yang mereka sering lakukan adalah menyalahkan pihak ketiga menuding jari ke arah orang lain. Jika proses pengundian yang hanya melibatkan jumlah yang amat sedikitpun mereka tidak mampu telus jadi mengapa mereka harus mempertikaikan SPR yang mengendalikan jumlah pengundi yang berlipat kali ramai.

"Mengapa DAP terus-terusan mencari kesalahan memburukkan BN dan SPR sedangkan hakikat sebenarnya 'kain' mereka sendiri koyak rabak. Oleh itu, adalah lebih baik mereka selesaikan dahulu masalah dalaman mereka daripada terus-terusan menyerang pihak lain," ujar Zainal kepada UMNO-Online.

Tambah Zainal, DAP perlu ingat bahawa individu yang terlibat dalam SPR semasa hari mengundi di Pulau Pinang adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan negeri sendiri.
Ini membawa maksud bahawa mereka adalah pro pembangkang. Keputusan PRU-13 juga menyaksikan SPR telah memberi kemenangan kepada DAP. BN pula tewas di 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen.

"Jadi, yang harus berasa tidak puas hati dan patut komplen adalah BN. Bukan DAP. Kalau mereka terus mempertikaikan keputusn SPR maka sama seperti mereka mempertikai integriti kakitangan kerajaan negeri..Saya sendiri akui bahawa memang terdapat kekurangan semasa SPR mengendalikan PRU-13 namun mereka telah melakukan yang terbaik walau tidak sempurna.

"Seperkara lagi yang harus DAP sedar bahawa sekiranya kita mahu membuat laporan salahlaku etika pilihan raya, kita boleh lakukan kerana DAP telah mengamalkan selama bertahun-tahun memberi wang kepada para pengundi.

Mereka memberi RM100 kepada pengundi berusia 60 tahun ke atas dan sebagainya.
"BN pula memberi wang kepada semua rakyat negara ini seperti BR1M dan sebagainya. Bukan seperti mereka yang hanya memberi bantuan kepada pengundi berdaftar. Ini adalah menyalahi etika pilihan raya. Jadi nasihat saya DAP dan rakan sekutunya boleh berhenti berpolitik.

"Lupakan PRU-13 dan mula buat kerja. Masih banyak yang perlu dilakukan termasuklah selesaikan masalah dalaman mereka yang amat kritikal itu. Jangan nanti bila DAP diharamkan mereka menuduh ini semua salah UMNO dan BN juga," jelasnya lagi. – MediaUMNO



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@hajihusammusa BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH DUN KELANTAN @TengkuAdnanReal

Husam Musa tidak hadir Majlis angkat sumpah ADUN kelantan semalam memperlihatkan bahawa Husam Musa menolak mentah-mentah Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Kegagalan demi Kegagalan setelah aibnya kelihatan pada penggal lepas yang banyak menabur janji akhirnya gagal dilaksanakan sewaktu husam menjadi exco. Dalam PRU13 pula kegagalan menentang Tengku Adnan juga adalah satu faktor akibat menabur pelbagai fitnah tentang penduduk dan sesetengah agensi di Putrajaya menyebabkan husam terlucut daripada dipilih menjadi exco di Kelantan.

Jika diikutkan angan-angan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim seandainya PRU-13 yang lalu menyebelahi pakatan pembangkang sekali gus membolehkannya menjadi Perdana Menteri maka Naib Presiden PAS, Husam Musa akan dilantiknya sebagai Menteri Kanan.

Anwar percaya PR mempunyai peluang itu sama seperti keyakinannya yang dipertaruhkan di bahu Husam Musa untuk menundukkan lawannya di Putrajaya.

Dengan kepercayaan sebesar itu, tidur malam Husam ditemani mimpi indah dengan segala bayangan kesibukan yang akan dihadapinya kelak. Tiada lagi mimpi ngeri dan memori hitam kambing jamnapari, itu sudah pasti.

Menjadi Menteri merupakan impiannya sama sebagaimana mimpinya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, andai salah satu menjadi kenyataan ia satu kepuasan yang tentunya sukar diterjemahkan.

Tapi realitinya tak selari seperti yang di angan-angankan oleh Anwar dan tak seindah ulitan mimpi yang menemani Husam apabila takdir Illahi menetapkan BN meneruskan kesinambungan kuasanya seiring dengan kekalnya Parlimen Putrajaya di tangan BN.

Husam hanya menang di DUN Salor itu pun kemudiannya terpinggir penuh kehinaan apabila jawatannya sebagai EXCO Kanan Kerajaan PAS Kelantan tidak disambung di masa yang sama dicantas dari menikmati keempukan kerusi MB.

Dunia realiti memang menyakitkan tak seindah bayangan angan-angan. Sekarang Husam bukan sahaja tidak layak menjadi Menteri dan tidak juga kekal sebagai EXCO Kanan, sebaliknya tarafnya semakin rendah sekadar seorang ADUN biasa sahaja.

Itu pun mujurlah dapat juga jadi YB DUN Salor, kot kalau sebaliknya barangkali terpaksalah Husam menghidupkan semula projek kambing jamnapari yang dulu khabarnya gagal selepas banyak sang kambing mati kehausan bergelimpangan disebabkan kelemahan pengurusan.

Gagal menerima hakikat ketentuan Illahi, Anwar bersama Husam meroyan tak sedar diri menyalahkan takdir sambil berura-ura untuk memboikot sesi pembukaan Dewan Rakyat konon sebagai membantah penipuan dan penyelewengan dalam PRU-13.

Di ketika yang sama, Husam turut mengamuk sakan sambil meroyan mempersoalkan kenapa dirinya di buang dari pemntadbiran Kerajaan PAS Kelantan serta mengungkit 'jasa dan bakti' yang dilakukannya untuk Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Naib Presiden PAS itu berhak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan partinya di Kelantan tapi ia sepatutnya bukan alasan untuk Husam tidak menghadiri majlis angkat sumpah di DUN Kelantan sebagai wakil rakyat biasa.

Tak datang angkat sumpah itu dah satu hal yang memeningkan PAS Kelantan, tapi bila adanya pula pengesahan yang anak didik bekas MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak akan datang sepanjang tempoh DUN Kelantan bersidang maka ia satu kejutan yang memalukan.

Di kira dari kedudukannya sekarang patutnya tiada sebab untuk Husam dibelenggu kesibukan mengalahkan Pak Menteri, jadi bila mana Husam gagal menghadirkan diri semalam dan minta cuti untuk tempoh yang panjang, tentunya menyebabkan banyak spekulasi bergentayangan.

Persoalan penting yang bermain di minda ramai sekarang, mungkinkah Husam sedang merealisasikan kempen boikot selari dengan saranan Anwar dan sengaja enggan mengiktiraf Kerajaan PAS Kelantan?

Jawapan itu ada pada Husam tapi yang pastinya Anwar sudah boleh bertepuk tangan kerana tatkala ramai Ahli Parlimen DAP, PAS dan PKR enggan mengikuti arahannya, ada juga seorang ADUN di Kelantan yang seperti cuba merealisasikan saranannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APABILA TUN M TEGUR @NajibRazak

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibunegara semalam.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KHAIRUN LAMBAT BERI PENJELASAN ROSAKKAN KREDIBILITI @NajibRazak cc @TengkuAdnanReal

HM sedih apabila banyak kali sudah menasihati Khairun sendiri telah mendengar rintihan HM termasuk HM telah berhubung didalam sebuah forum group yang adanya kelibat Khairun, tetapi khairun masih lagi tidak boleh menerima kritikan seumpama ini.

Dikhabarkan dalam group whatssapp Pemuda Putrajaya khairun telah mengeluarkan dirinya daripada sedangkan beberapa kali sebahagian pemuda meminta maaf atas tindak laku mereka yang membongkar rahsia khairun di putrajaya dan ingin mendapat penjelasan daripada khairun mengenai status pemilihan pada kali ini yang dikhabarkan ingin bertanding menjadi Ketua Pemuda putrajaya ternyata gagal. Akhirnya mendapat jalan buntu apabila acap kali apabila admin group pemuda putrajaya memasukkan Khairun, akhirnya khairun mengambil keputusan lari daripada masalah dengan keluar group sedangkan pemuda-pemuda putrajaya menunggu jawapan daripada beliau. 


Hari ini juga dikhabarkan bahawa Khairun masih tidak menghadiri mesyuarat UMNO Putrajaya mungkin akibat task yang banyak di berikan daripada Perdana Menteri kita sehingga tidak dapat hadir mesyuarat jawatankuasa putrajaya.

Diharapkan bahawa jika Khairun masih berdegil memberikan penjelasan ini menunjukkan bahawa kempimpinannya didalam menyelesaikan perkara pokok ini lemah dan akan membawa kelemahan kepada Perdana Menteri kerana jawatan yang disandang oleh Khairun adalah setiausaha politik kepada PM. Jika Datuk Seri Najib lambat menasihati beliau, mungkin kredibiliti Datuk Seri Najib juga akan tercalar akibat penantian penjelasan yang perlu dibuat oleh Khairun dilengah-lengahkan.



Tuesday, June 11, 2013

Tindakan @TengkuAdnanReal memfailkan 21petisyen wakili BarisanNasional adalah wajar @NajibRazak

Kali ini kita sudah nampak pergerakkan agresif daripada Barisan Nasional (BN) didalam membuat keputusan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan telah diumumkan olehSetiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau juga pernah memberitahu kepada umum mengenai BN telah merancang untuk memfailkan 50 petisyen bagi memastikan bahawa pembangkang tidak leka dengan kesalahan-kesalahan yang dibuat semasa PRU13, tetapi memandangkan faktor menjimatkan masa mahkamah dan penjimatkan perbelanjaan yang tidak munasabah untuk berlawan dengan pembangkang, BN memutuskan untuk memfailkan hanya 21 petisyen yang mempunyai merit yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadap pembangkang mengikut atas nasihat petugas khas undang-undang.21 Petisyen ini diyakini mempunyai asas yang kukuh dan wajar dipertimbangkan.

"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

HM merasakan bahawa tindakan Tengku Adnan memfailkan 21petisyen ini adalah idea bernas kerana untuk memastikan bahawa keseimbangan diantara pembangkang dan kerajaan melalui proses matang mengikut perlembagaan Negara. Jangan kita benarkan hanya pembangkang sahaja yang mendabik dada menguasai badan kehakiman didalam menuntut hak keadilan yang saksama sedangkan mereka hanya sandiwara untuk memastikan pelbagai cara menipu rakyat walaupun mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional.

Mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional, maka perlu menunaikan janji supaya janji tetap ditepati bagi memastikan bahawa rakyat tetap menyakini Barisan nasional di dalam memperjuangkan dan membela hak rakyat.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DITUNJUKKAN PEKUNG @hajihusammusa ,IKTIBAR UNTUK SEMUA PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA


Kekalahan demi kekalahan apabila tiada keberkatan didalam perjuangan. Allah membuka pekung Husam Musa supaya rakyat dapat menilai akibat ketamakkan harta rakyat daripada gagal melunaskan perjanjian - perjanjian yang dibuat kepada rakyat kelantan. Dan di tunjukkan lagi bukti ditolak menjadi Exco Negeri kelantan apabila hampir kalah di Salor dan Kalah di Putrajaya menentang Tengku Adnan.

Dan pada kali ini terbongkar pula apabila Husam Musa gagal dalam kes saman fitnahnya terhadap NST.

Naib presiden Pas Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan.
   
Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.
   
Lee juga katanya memutuskan bahawa kalaupun artikel itu berbaur fitnah, mahkamah mendapati perlindungan bersyarat dan kewartawanan secara bertanggungjawab yang dijadikan alasan dalam pernyataan bela diri defendan, adalah terpakai dalam kes ini.
   
Beliau berkata mahkamah turut mendapati Husam gagal membuktikan kesnya terhadap defendan dan oleh itu memerintahnya membayar kos RM20,000 kepada defendan.
   
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi daripada pihak Husam dan dua daripada pihak defendan.

Pada 2010, Husam memfailkan saman terhadap NSTP, dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.
   
Dalam pernyataan tuntutannya, Husam berkata defendan, dengan niat jahat, menulis dan menerbitkan sebuah artikel pada 23 Nov 2009 tentang jawatannya untuk tujuan mencemar nama baik beliau.
   
Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, kos dan relief lain yang didapati wajar oleh mahkamah.
   
Dalam pernyataan bela diri mereka, defendan menafikan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat memfitnah dan artikel berkenaan disiarkan berlandaskan perlindungan bersyarat.
   
Defendan diwakili peguam Lim Qi Si dan peguam Wee Jason.  - Bernama

Monday, June 10, 2013

KUNJUNGAN PEMUDA PERAK KE KBS @azwanbro @hairun_own @KhairyKJ

Kunjungan Pergerakkan Pemuda Perak ke Kementerian Belia dan Sukan untuk berjumpa Menteri KBS,YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.30petang Jumaat lepas. Ini adalah kunjungan hormat Pertama daripada kumpulan Pemuda Negeri dan ini adalah penghargaan pertama selaku YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tanggungjawab yang besar semakin meluas apabila Pemuda diberi mandat untuk mengalas didalam pembangunan Belia negara disamping membantu meningkatkan komuniti muda kearah dunia yang sihat melalui sukan di dalam komunti

Mandat yang diberikan adalah memastikan keterbuktian bahawa Barisan Nasional mampu membantu membela golongan orang muda dan hanya orang muda sahaja yang mampu menyelesaikan masalah orang muda. Pemuda perlu menjadi mata dan telinga kepada kementerian ini bagi memastikan bahawa tiada yang terpinggir.

Kita menghargai jentera Pemuda dengan terbukti di Perak bahawa kita mampu merampas kembali Perak daripada pakatan. Kita tahu objektif utama pakatan adalah merampas Negeri perak. syabas dan tahniah kepada pergerakkan pemuda yang membawa jentera bersatu memenangi PRU13 bagi kelansungan kemenangan BN terjamin.

Perak adalah negeri yang memuaskan dari segi kemenangan orang muda yang jadi calon dalam PRU yang lepas. Kemenangan dan kekalahan adalah pengalaman bagi mematangkan kita. Ada juga yang akan meninggalkan Pemuda selepas ini jangan meninggalkan terus perjuangan ini,biarlah menjadi panduan kepada kepimpinan yang terbaru selepas ini kerana jaringan orang lama dalam pemuda adalah amat penting bagi mengharungi cabaran yang lebih getir di dalam PRU14.

Pelbagai program boleh dijalankan dikalangan orang muda kerana sekarang ini mudah atas kapasiti Pengerusi Pemuda BN adalah Menteri Belia dan Sukan, dan gunakanlah sebaik mungkin.

Kita tidak menghalang sesiapa yang bertanding untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk perpaduan parti kita mintak Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan sebab kita sebulat suara kita menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Umno dan Barisan Nasional

Isu parti tunggal, Umno tetap relevan,yang ingin memohon parti tunggal adalah kebanyakkannya dikalangan Cina dan India yang kecewa dengan GERAKAN,MIC, MCA. Cadangan kita dan akar umbi memang tidak sesuai parti tunggal tetapi sesiapa yang ingin menjadi ahli BN,boleh dibuka pendaftaran secara terus.

Delegasi Pemuda Perak yang ketuai oleh Khairul Azwan Dato' Harun,Ketua Pemuda Negeri Perak memberikan cenderamata dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama Menteri Belia dan Sukan,YB khairy Jamaluddin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@NajibRazak PERLU DENGAR WASIAT BANGSA INI

Kami tiada harta untuk ditinggalkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kami di masa hadapan. Kami hanya ada parti yang mampu memayungi mereka untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Platform yang terbaik untuk bangsa Melayu perjuangkan tentang HAK Bangsa Melayu adalah UMNO..tak boleh nafikan jasa UMNO amat besar..jasa pada Bangsa Melayu itu sendiri dan juga pada bangsa-bangsa lain yang ada d negara yang dulunya d kenali sebagai Tanah Melayu.

UMNO mendapat mandat untuk 'memandu' bangsa lain dalam melakar sejarah mendapatkan kemerdekaan..

Bayangkan UMNO mewakili Melayu ketika itu dengan hati yang terbuka :

"..memberi jaminan keselamatan kepada pendatang cina dan india jika mahu merdeka..."

Janji dan jaminan ini d bawa oleh UMNO hingga sekarang..dari Parti Perikatan hingga ke Barisan Nasional..janji UMNO tak pernah berubah..tak pernah zalim pada semua bangsa dan suku yang ada d Tanah Melayu ini..walaupun terpaksa tukar nama tanah ke tanah Malaysia..UMNO kekal dan patuh pada janji..

Satu perkara yang kita jangan lupa..kuatnya parti adalah kerana sumbangan 'manusia' yang bawa parti atau pertubuhan tersebut..manusia yang bertanggungjawab, amanah dan punyai integriti yang hebat saja mampu membawa parti politik atau pertubuhan ke arah kecemerlangan dan mampu meyakinkan manusia lain bahawa parti tersebut bukan parti yang main-main atau hipokrit.

Kalau manusia yang ada dalam parti tersebut tamak dan khianat atau punyai agenda tersendiri maka yakinlah parti itu takkan bertahan lama walau mata kasar nampak ianya satu parti yang hebat.

UMNO gagah berdiri dalam usia yang amat matang..67 tahun..kerana faktor manusia d dalamnya dan juga kerana kesatuan hati manusia yang ada d dalamnya juga.


Keputusan PRU yang lepas bukan asas nak salahkan sesiapa..terlalu banyak faktor yang terlalu subjektif untuk d debatkan..nak salahkan manusia lain memang senang..angka tidak boleh menipu..angka menunjukkan bahawa Cina tolak BN wajib semua terima..cuma jawapan kenapa Cina tolak BN masih belum ada jawapannya kerana buat masa ini semua Cina terkejut..mereka tolak dan mereka kalah..

Cina silap kira..silap perkiraan..mereka tertipu..ingatkan Malaysia dah dapat mereka 'tawan' rupanya GAGAL dan akhirnya tak tahu nak jawab dan beri alasan yang munasabah kenapa mereka TOLAK BN !

Apakah mereka tak rasa d bodohkan oleh manusia yang ada dalam pakatan haram jadah ? Manusia dalam pakatan haram tak sama dengan manusia yang ada dalam UMNO BN !

Kepada PM Najib..kepada Presiden Parti UMNO..Datuk Seri Najib..aakj menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Presiden Parti takkan lupakan begitu jasa pejuang parti..janganlah lihat pada yang menang saja..kata orang tua : "..telan walaupun pahit.."

Harap Datuk Seri lihat dengan mata hati dan nilaikan kekalahan 'calon-calon' bukan dengan mata kasar..lihat 'big picture'..ada Calon yang berwibawa kalah baru-baru ini bukan kerana faktor calon..ada yang kalah kerana UMNO BN sendiri silap buat perkiraan tentang UNDI CINA !! 

BN tahu bahawa MCA amat lemah dalam memenangi hati kaum mereka sendiri  dan kelemahan tersebut tidak d pandang dengan serius..akhirnya beberapa Tokoh Pejuang Melayu gugur d PRU13 !

HM ambil contoh yang paling mengejutkan kita..Datuk Wira Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka yang berjaya bangunkan Melaka hingga Melaka tersenarai d tempat ke 28 d dunia sebagai TEMPAT yang wajib d lawati.

Maaf..apa sumber yang ada d Melaka ? ada sumber petrolium ? sumber emas ? pertanian yang bertaraf dunia ? rasanya aakj tak salah kalau jawab NO ! Tiada !

Namun Melaka mampu bangkit..bangkit dengan bangga dalam industri Pelancungan bertaraf Antarabangsa..bukan sahaja pelawat dari luar yang datang..pelawat dalam Malaysia..pelawat domestik berpusu hadir untuk membawa keluarga bersantai dan melihat bukan sahaja tempat bersejarah namun pelbagai 'benda' menarik ada d Melaka..

Datuk Ali Rustam dah sinonim dengan nama Melaka..pasukan pentadbiran yang d wujudkan oleh beliau mampu melonjakkan nama Melaka..itulah hebatnya Melaka bila ada manusia hebat d dalamnya..

Penuh strategik, penuh 'wisdom' bukan sahaja menjaga Rakyat Melaka yang pelbagai bangsa..namun kemenangan UMNO d Melaka jangan d pandang sepi oleh semua ahli UMNO seluruh Malaysia..Datuk Wira Ali Rustam adalah aset yang berharga pada parti UMNO..kita tidak boleh menyangkal dengan mudah peranan beliau membawa UMNO dalam PRU13 !

Aakj harap YAB Presiden UMNO jangan sia-siakan ASET UMNO yang masih mampu memberi idea dan menyumbang tenaga untuk membela untung nasib Melayu yang d lihat 'keliru dan terhimpit" d tanah sendiri..

"..kekalahan tentera Islam d Uhud yang nyata dan jelas Nabi saw tahu apa sebabnya pun Nabi tidak menghukum ketua pemanah tersebut dan buang ASET yang berharga kepada Islam ketika itu.."

Malah Datuk Wira Ali Rustam tidak undur dalam membela UMNO d Melaka hingga saat ini..tak keluar pun dari mulutnya untuk BERSARA..itu bukan Datuk Ali..

Kepada YAB Presiden Parti..itu antara aset yang ada dan masih berguna untuk  UMNO dan BN..ada ramai yang ingin HM perkatakan d sini..


bersambung...

Sumber:AAKL



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 5, 2013

BLOGGER JALANAN DI PANDANG SEBELAH MATA OLEH SETPOL @NajibRazak cc: @TengkuAdnanReal

Lagi rintihan blogger jalanan yang dipandang sebelah mata oleh Khairun Aseh yang merancang untuk berjumpa dengan kesemua wakil pemuda putrajaya tetapi akhirnya dijemputnya sekali Sahabat Blogger HM, alangkah terkejutnya apabila dibiarkan sahaja blogger Kulaan Niring ditinggalkan begitu sahaja. Mungkin disebabkan tarafnya hanya blogger dan bukan setaraf Ketua Pemuda Cawangan di Putrajaya.

Semalam kita dapat lihat bahawa gambar di atas ini adalah senarai yang dijemput untuk ke pejabat SETPOL PM tetapi ditinggalkan hampir 2jam Kulaan Niring di kedai Mamak yang asalnya dikhabarkan perjumpaan di IOI resort.

Kulaan mula membongkarkan bahawa ketidaksenangan bahawa Tengku Adnan menjadi calon putrajaya sehinggakan Khairun lansung tidak menunjukkan mukanya sepanjang PRU13 berlansung. Mungkin ada cerita disebalik mengapa khairun lansung tidak membantu Tengku Adnan dan apabila Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah tiba-tiba dia pula yang dilantik menjadi setpol? Nantikan pembongkaran seterusnya bagaimana Khairun menjejaki langkah menjadi SETPOL yang sebelum ini dikenali sebagai 'Kaki ponteng mesyuarat' dikalangan AJK Bahagian Putrajaya. Nantikan cerita seterusnya....

Ikuti kisah seterusnya:

http://bit.ly/19KxsPX



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HANYA KPC BARU LAYAK LAWAT SETPOL @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Akhirnya ada juga kunjungan hormat kepada Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,Khairun Aseh daripada wakil-wakil Pemuda Bahagian Putrajaya yang dinaungi oleh YBM Tengku Adnan bin Tengku Mansor walaupun dikhabarkan SETPOL ini lansung tidak membantu Pemuda Putrajaya semasa PRU13 yang lepas.

Bertambah menarik apabila kelihatan di gambar Pemuda yang membuat kunjungan adalah diantara Ketua Pemuda cawangan yang baru. Agak terkejut apabila HM melihat kehadiran yang agak memilih bagi kunjungan hormat Setpol pada kali ini. HM dikhabarkan bahawa inilah jentera baru yang dikumpul oleh Khairun untuk memenangi Pemilihan Ketua Pemuda Umno Putrajaya seperti yang digembar-gemburkan oleh sahabat-sahabat blogger HM.

Ada juga HM terbaca blog-blog terkemuka strategi khairun dengan mengumpulkan bala tentera yang baru dengan berhasrat memenangi KP Putrajaya dan seterusnya berhasrat bertanding Naib Ketua Pemuda pusat yang akan dipertandingkan pada tahun ini.

Dikhabarkan dalam blog-blog mempersoalkan bahawa dengan menggunakan platform SETPOL PM, Adakah khairun mungkin mampu menabur duit bagi mencapai hasratnya? Tidak mengapa,HM bukanlah ingin memfitnah Khairun tetapi jika benar, UMNO akan tumbang jika pemimpin seperti khairun tetap menggunakan cara lama lagak bangsawan menabur apa sahaja hartanya untuk kepentingan jawatan yang dipegang seperti yang dikhabarkan.

Janganlah melayu lupa bahawa perjuangan selama ini bukan disebabkan duit dan pemimpin yang boleh membeli jawatan dengan hartanya tetapi warisan kepimpinan yang berlandaskan perjuangan Agama,Bangsa dan Negara.

Disebabkan perjuangan berlandaskan Agama,Bangsa dan Negara lah mampu UMNO mengecapi kejayaan bersama Barisan Nasional atas restu Rakyat yang memberikan mandat. Agak risau apabila Melayu mudah dibeli dengan duit dan harta. HM bukanlah menuduh mereka-mereka yang membuat kunjungan hormat atas disebabkan kejayaan khairun, tetapi terkejut apabila hanya sebahagian sahaja yang berjumpa khairun dengan atas alasan dijemput oleh khairun. Mungkin ya atau tidak hanya Khairun yang tahu.

Semoga jentera baru akan menilai kembali nilai perjuangan sebenar UMNO sendiri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 2, 2013

SETPOL PM:ALIES NOR DISINGKIR, KHAIRUN ASEH BERMASALAH, @NajibRazak PERLU HATI-HATI



Pagi ini Hak Malaysia terbaca sebuah blog mengenai SETPOL tersilap pilih oleh Najib Razak sebelum dan selepas PRU13. Setiausaha Politik adalah amat penting di dalam mengurustadbir karier seseorang ahli politik disamping memberikan nasihat yang tepat dan membantu seseorang ahli politik membuat keputusan sesuatu perkara dengan cepat dan tepat.

Kembali kepada cerita asal mengenai setiausaha politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum PRU13 iaitu Alies Nor yang menjadi 'think tank' PM telah melakukan pelbagai rancangan rapi untuk PRU13, tetapi setelah keputusan PRU13 yang menunjukkan kelemahan menguasai 2 per 3 kerusi parlimen malah lebih teruk daripada PRU12 pada tahun 2008 menyebabkan desakan demi desakan yang menyeluruh dari akar umbi kepada Alies Nor supaya melepaskan jawatan terpenting itu didalam memberikan nasihat dan pandangan kepada PM agar tidak 'Pisang berbuah dua kali'. Desakan demi desakan Alies Nor melepaskan jawatan itu dilakukan saban hari dari media massa,media baru dan baru-baru ini ramai ahli majlis tertinggi menyokong pandangan dan tindakan tersebut sehingga ramai dikalangan pemimipin Barisan Nasional menyuarakan supaya beliau disingkirkan serta merta.

Berita selanjutnya disini
http://bit.ly/10SCjrF


Tetapi yang menariknya kesilapan demi kesilapan akan dibuat apabila Hak Malaysia terbaca cerita baru yang digembar gemburkan dalam beberapa blog isu 'LOBI-MELOBI' yakni pegawai SETPOL baru yang akan dilantik yaitu Datuk Khairun Aseh yang merupakan anak kepada Tan Sri Aseh yang kuat melobi untuk anaknya supaya hubungan baiknya bersama PM berterusan dan kini Tan Sri Aseh memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya.

Ada juga blog yang memaparkan pada kali ini bahawa Datuk Seri Najib Razak akan menimpa bala baru apabila tersalah pilih SETPOL yang mampu memberikan nasihat terbaik untuk beliau. Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan juga Ketua Bahagian Putrajaya amat kurang menyenangi Khairun Aseh ini kerana menggunakan Platform Putrajaya sebagai bantu loncatan tetapi pelbagai permasalahan identiti Khairun Aseh dan boleh dikenalpasti dalam empat perkara:-

1. AJK BAHAGIAN PUTRAJAYA
Khairun Aseh adalah salah seorang AJK Bahagian Putrajaya yang paling 'worst' kerana mengutip point ketidakhadiran mesyuarat bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor. Perkara ini jelas apabila Hak Malaysia mengenalpasti senarai kehadiran mesyuarat UMNO bahagian Putrajaya dan kelihatan 'top rank' yang tidak hadir mesyuarat adalah Khairun Aseh


2.PROGRAM DI PUTRAJAYA
Khairun Aseh juga adalah seorang exco yang lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor didalam membuat,mempengerusi,mentadbir,menyusun,menghadiri pelbagai program bukan sahaja Pusat Khidmat masyarakat tetapi Program pemuda bahagian dan program-program belia di Putrajaya. Dikenalpasti bahawa Khairun juga selalu mementingkan lagak 'bangsawan' apabila turun mana-mana program yang diingini.


3. TEMPOH BERKEMPEN PRU13 DI PUTRAJAYA
Selaku orang kuat Putrajaya, Khairun Aseh lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor dan sebagai Exco Pemuda Pusat yang lansung tidak menunjukkan muka sepanjang tempoh berkempen tetapi Hak Malaysia ada membuat kajian Khairun pernah ditemubual oleh 'the Star' menganalisis status BN di Putrajaya dalam tempoh PRU13. Bagaimana mungkin seseorang yang lansung tidak turun menganalisis kekuatan Tengku Adnan?mustahil bukan? Inilah sikap pemimpin yang mengambil kesempatan terhadap perjuangan dan perlu ditolak.


4. PEMUDA
Khairun Aseh lupa kepada Pemuda bahagian putrajaya sehinggakan ramai muka baru di dalam pemuda menolak kehadiran beliau yang lansung tidak turun kawasan berjumpa dengan kesemua cawangan. Khairun perlu dinasihati supaya jangan lupa akar umbi kerana Pemuda Putrajaya berkembang dengan Agresif kerana ramai yang memimpin cawangan UMNO Putrajaya semakin pulih dengan kesatuan yang jitu selepas mengharungi PRU13 menentang Husam Musa. Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya dan mungkin Khairun akan tumbang apabila pelbagai masalah yang dihadapi oleh belia diharungi bersama sebelum ini.


SETPOL adalah amat penting bagi Datuk Seri Najib Razak. Hak Malaysia yang merungkai tetapi biarlah PM sendiri membuat keputusan dan janganlah ia menjadikan 'kekusutan' selepas memilih. Nasihat HM kepada PM carilah bakal pemimpin biarlah yang ada kebolehan untuk memimpin, kalau tak nampak tokoh kepimpinan baik suruh dia belajar dulu dan perlu diingat bahawa sifat kepimpinan ini tidak boleh diwarisi dan pengalaman itu adalah proses pembelajaran yang terbaik untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil.

Sekian



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...