Tuesday, January 19, 2010
KKLW PERLU BERBUAT SESUATU..
"Walaupun secara realiti, cabaran serta kekurangan ini berat dan sukar, bukan bermakna ia tidak dapat diatasi. Jika kita halusi dan susun strategi dengan teliti, kita pasti dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," kata Dato' Seri Mohd Shafie Afdal
Saya melihat kementerian inilah paling kritikal dalam menjalankan amanah sepenuhnya kepada rakyat tetapi kita jangan lupa bahawa kementerian inilah satu-satunya yang juga mempunyai Universiti sendiri dan beberapa lagi pengajian tinggi yang berada dibawah naungannya iaitu MARA, seperti contoh UNIKL,GMI,KM,KPTM,MRSM,GIAT MARA selain Kementerian Pengajian Tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan kementerian ini bukanlah daripada kewangan tetapi dari segi kemahiran dan graduan yang sedia ada. Saya merasakan jika benar-benar kementerian ini ingin mengorak langkah,perlulah bergerak daripada graduan-graduan yang lahir daripada kementerian ini,inilah “income” sebenar kepada kementerian ini. MARA perlu digerakkan secara maksimum dengan kekuatan yang ada bagi membasmi kemiskinan. MARA perlu memperkasakan lagi pembentukkan mahasiswa dan pelajar dari Agensi ini dengan dunia TeknoUsahawan,Industri Teknologi dan sebagainya. Dengan cara ini, akan menambahkan aset daripada konsep (Graduan MARA+ Teknikal + Usahawan) akan membantu mengelakkan kemiskinan.Kekuatan Alumni Graduan MARA perlu diperhalusi sebenarnya bagi membantu meningkatkan dana didalam kementerian ini disamping membasmi masalah rakyat di kawasan luar Bandar. Ini adalah komen saya selaku bekas Graduan MARA mungkin ini salah satu cara untuk membantu Kementerian ini dalam mengembleng tenaga untuk memastikan visi dan misi kerajaan merealisasikan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa gagasan 1Malaysia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment