Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu didakwa menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, seperti itu tidak betul.
Harun berkata, penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam dan Guan Eng tidak wajar meminta agar dibenar untuk menggunakannya dalam Bible Bahasa Melayu.
"Saya memang kata tak boleh, penggunaan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja. Saya menegaskannya seperti sebelum ini saya sudah bercakap dan tak akan berubah.
"… Lim Guan Eng minta perkataan "God" ditukar menjadi kalimah ALLAH memang tak boleh," katanya dengan nada tegas.
Isu kalimah ALLAH ini turut mendapat perhatian Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan Pas celaru dalam menentukan pendirian berhubung isu tersebut kerana terdapat pencanggahan di antara pemimpin tertinggi.
Harun bagaimanapun berkata, kenyataan Mat Sabu masih belum didengarnya dan isu berkaitan masih belum sampai kepadanya.
"Kenyataan Mat Sabu saya masih belum dengar daripada beliau sendiri dan masih belum sampai kepada saya," katanya apabila ditanya mengenai kenyataan Mat Sabu di dalam sebuah portal berita terhadap isu itu.
Sumber: Kulaan Niring
No comments:
Post a Comment