Sunday, January 13, 2013

#KL112 : VIDEO KIBLAT TAK TENTU ARAH TIDAK AKAN KELUAR DI HARAKAH


Memalukan, kelam kabut kem Mat Sabu bila Himpunan Shamsidar bukan saja tidak mendapat sambutan malah terdapat salah laku dalam amalan tiang agama, Solat.

HKR bukan Himpunan Kebangkitan Rakyat, ianya adalah Himpunan Kelentong Rakyat dan Himpunan Kencing Rakyat. Semua perkara nak dikencing dan kelentonnya.

1. Jumlah kehadiran awal-awal lagi pasukan media pakatan haram dah spin mengeluarkan angka yang tak
    masuk akal, 200 ribu

2. Kehadiran kanak-kanak bawah umur 15 Tahun jelas melanggar undang-undang

3. Membawa sepanduk yang provokatif, yang bakal timbulkan ketegangan



Malah banyak lagi perkara yang cuba dikencing dan membohong hanya semata-mata kerana nak politikkan semua isu yang dibawa. Ternyata Mat Sabu gagal memimpin Himpunan Kencing Rakyat kali ini. Suara-suara sumbang mula kedengaran bahawa perhimpunan sebelum ini yang mana A Samad jadi Ketuanya lebih berjaya.

Yang paling teruk Mat Sabu kena hentam bila isu solat di waktu yang sama dengan imam yang berlainan di tempat yang sama tetapi arah kiblat yang berlainan. Video solat atau menunjuk itu ada di bawah

        

Gambar di atas sudah tersebar ke merata media maya. Mat Sabu tak mampu nak jawab dan NIk Aziz terpaksa balik ke rumah mencari kitab untuk mencari kalau-kalau ada hadis atau wahyu yang membenarkan solat cara begini.

Menurut sumber dalaman, mereka diarahkan solat dalam jumlah yang ramai, kononnya nak tunjukkan pada rakyat negara ini bahawa mereka bersolat juga walaupun di Stadium Merdeka. Walaupun ada surau disediakan dalam kawasan Stadium Merdeka dan adanya Masjid yang berdekatan. Pasukan Media pakatan haram mulanya seronok mengambil gambar pelbagai posisi untuk menunjukkan dalam medium masing-masing. Akhirnya mereka terjerat dalam usaha mengencing dan membohongi rakyat Malaysia.

Hj Hadi tak mampu nak keluarkan fatwa spontan sebab dia takut termalu dengan sendiri, beliau mengelak untuk menjawab, mungkin Hj Hadi sama seperti Nik Aziz, balik ke rumah dan mula belek kitab kembali, mana tahu ada hadis atau firman yang bolehkan solat sedemikian rupa.

Malah ada juga yang tak solat langsung sepanjang hari dalam Stadium Merdeka dengan alasan susah nak ambil wuduk dan akan solat Qada bila pulang ke kampung halaman masing-masing. Mudah saja pengikut Mat Sabu menjawab bab solat yang amat keliru ini.

Paling memalukan, Mat Sabu, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak bersama semasa solat tersebut. Biasanya Nik Aziz akan jadi imam, tapi kali ini ramai pengikut taksub mereka hampa bila Nik Aziz seolah-olah tidak mahu turun ke tengah padang untuk jadi imam solat mereka. Hj Hadi pun sama dan Mat Sabu takkan berani untuk jadi Imam sebab semua tahu siapa Mat Sabu.

Ada juga peserta yang solat sendirian di atas padang tanpa pedulikan jemaah solat sedang berlangsung. Semuanya jadi kelam kabut dan keadaan ini tak mampu untuk dipulihkan lagi sebab banyak gambar solat pelik ini mula keluar di media cetak dan media maya.

HM harap dalam masa terdekat, Nik Aziz atau Hj Hadi atau Mat Sabu ataupun Ustak Mek Dee tampil untuk jelaskan hal ini.

HM harap janganlah kerana nak undi maka semua perkara nak dihalalkan.

sumber:MI

1 comment:

AkhiFirdaus said...

sorang sembah anwar... sorang lagi sembah lim kit siang.. tu ada lagi tu yang solat kat luar sembah nik aziz pulak.. duhai macai PR.. balik la ke planet marikh.. orang bumi ni x mudah kene tipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...