Saturday, April 28, 2012

Penganjur Bersih 3.0 gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman?



KUALA LUMPUR - Perlakuan ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.

Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.

Pemerhati politik, Che Hamdan Mohamed Razali, daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, berpendapat penganjur perhimpunan yang diketuai Datuk S.Ambiga disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang gagal mematuhi akta tersebut selain gagal mengawal pesertanya.

"Dari segi mengumpulkan orang untuk berhimpun memang Ambiga serta pemimpin pembangkang lain telah berjaya tetapi beliau selaku Pengerusi Bersama NGO itu gagal untuk mengawal para pesertanya supaya berkelakukan baik dan sopan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pensyarah Sains Politik itu berkata tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tidak salah menentang pihak berkuasa.

Perhimpunan tersebut juga dilihat tidak hanya menjurus kepada tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih, sebaliknya turut membawa beberapa isu lain antaranya isu Lynas, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta penyenaraian Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Che Hamdan, jika penganjur hanya mengutamakan isu berkaitan pilihan raya sahaja, beliau percaya peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak ramai dan hanya berjumlah kira-kira 8,000 orang.

Sementara itu, perhimpunan tersebut juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai sasaran penyertaan iaitu 100,000 dengan polis menganggarkan seramai 20,000 peserta.

BUKTI BERSIH 3.0 BENAR-BENAR AMAN DAN BERSIH

IMPAK TERHADAP NEGARA APABILA BERSIH 'BANTAH DAN DUDUK'




Maka, Secara Kesimpulannya:



BUKTI POLIS LANGGAR BERSIH!

POLIS JUGAK DISALAHKAN SEBAB LANGGAR ORANG,PADAHAL POLIS DALAM KERETA DAH TAKUT ASYIK TGK KERETA YANG DIPANDU KENA HENTAM...
  
SALAH SIAPA PUNCA PERKARA INI BERLAKU???

          

Setuju atau tidak dengan saya jika BERSIH tidak disertai oleh sahabat-sahabat kita, Mungkin Perkara ini tidak berlaku..

KATAKAN TIDAK PADA 
BERSIH 3.0

Friday, April 27, 2012

3000 KEPING RISALAH FAKTA PTPTN EDAR FAHAMKAN RAKYAT




Seramai 30 mahasiswa hari ini bertindak mengedarkan 3,000 keping risalah kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh pembangkang.

Walaupun dimaki-hamun oleh seorang lelaki dengan kata-kata kesat serta dituduh sebagai tali-barut kerajaan, ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka  untuk terus menyampaikan mesej mereka agar masyarakat tidak terus dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

Rata-rata masyarakat serta warga kota memberikan respon positif terhadap penerangan serta fakta-fakta yang disampaikan oleh mereka.

Bentuk risalah yang diedarkan :



Selain memberi penerangan mengenai fakta sebenar PTPTN mereka turut mengedarkan risalah tentang kesan serta akibat yang ditanggung oleh rakyat akibat demontrasi Bersih 3.0 yang bakal dirancang esok.

Tujuan mereka adalah untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman serta sikap berdemontrasi di jalanan tidak menjadi amalan oleh rakyat Malaysia sebaliknya rundingan serta musyawarah perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit.

Foto dari lokasi :



Warga kota meneliti risalah yang diedarkan oleh mahasiswa Aman Kampus


Memberi penerangan kepada warga kota tentang fakta sebenar PTPTN




Lelaki ini mengemburkan kata-kata kesat kepada mahasiswa apabila risalah diberikan kepadanya.

SUMBER: DOUBLE Y

JOM BERSIH 3.0 VERSION (2)

Apapbila kita join BERSIH inilah lebih menambahkan 'PAHALA'


JOM BESIH 3.0

Jom Ramai-ramai bersihkan rumah!!!


Monday, April 23, 2012

HOT:BUKTI ZURAIDAH FITNAH ZAHIDA RAFIK DAN DATO' SHAFIE



Saya merasakan sudah tiba masanya membuang pemimpin yang sentiasa menjadikan FITNAH sebagai satu alihan meraih undi rakyat, YB Zuraidah sepatutnya meminta maaf secara terang-terangan kepada Menteri KKLW, YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal kerana memfitnahnya mempunyai skandal dengan Zahida Rafik. 

Mangsa telah menafikannya dan saya merasakan Zuraidah jika ia benar-benar tanggungjawab terhadap fitnahnya itu, silalah memohon maaf kepada orang-orang yang telah menfitnahnya dan letak jawatan sebagai Yang Berhormat, buat malu sahaja..

Petikan dibawah adalah Siaran Akhbar Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...