Saturday, May 22, 2010

MELAYU TETAP TIDAK MAMPU

Bila disebut melayu mesti dikaitankan dengan layu, malas,sensitif, suka mengular ketika bekerja dan ponteng. Bila kita dengar kutukan begini, tentu ada sahaja yang akan melenting walaupun hakikatnya adalah benar. Seharusnya kita perlu menerima hakikat bahawa kenyataan ini adalah benar bahawa sebahagian besar tenaga kerja di Malaysia ini adalah orang asing. Ramai majikan juga berkata bahawa pekerja melayu lemah, malas bekerja dan tidak mampu mencapai prestasi yang patut dicapai. Dalam Milenia bulan ini pun mengatakan bahawa sisipan sikap melayu yang suka bertindak bodoh, tapi malas!,suka bergaji besar tetapi bebanan hendak kerja yang ringan. Kalau pekerja kerajaan pula, suka buat kerja lambat, menangguh kerja, datang lambat tetapi bila masa hampir 5.30 petang sahaja, meja dah bersih dan cepat-cepat kemas beg untuk pulang.

Datuk Mukhriz juga mencanangkan perkara yang sama tentang daya tahan melayu yang kurang mantap atau dengan kata lain memang tidak setanding dengan pekerja asing dari jiran yang merunsingkan Kementerian beliau untuk menyelesaikan masalah ini apabila menerima banyak rungutuan daripada wakil industri. Lebih menyedihkan apabila ada sebuah kilang telah melatih melayu seramai 1,200orang dan akhirnya hampir 200 sahaja yang hadir.Apa sebenarnya masalah melayu ini?

Saya gusar dengan sikap melayu yang tetap tidak berubah dengan cara kerja, persepsi yang tidak munasabah, sensitif dengan perkara yang remeh.
Kita sebenarnya tidak mampu hendak mengikut cara rakyat jepun, Taiwan dan Korea selatan yang terkenal dengan suka menghargai kerja dan masa mereka untuk menyelesaian masalah pembangunan negara mereka. Sekarang ini pula Vietnam dan Bangladesh terkenal dengan persepsi mereka yang baik, rajin dan mematuhi arahan ketua mereka. Tetapi malang untuk negara Malaysia ini khususnya sikap melayu yang tidak berubah dari dulu.

Sepatutnya kritikan dan sindiran ini perlu melayu mengambilnya sebagai cabaran utama. Jika tidak berubah, melayu tetap kitinggalan duduk lebih rendah dari bangsa lain. Kalau hanya dipandang setakat 30 peratus dalam ekonomi,alamatnya melayu dihujung nyawa walaupun duduk diatas negara yang dahulunya dikenali Tanah Melayu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...